Cerita Rakyat: Anjing Dengan Bayang-Bayangnya

12:00 AM


Pautan untuk kembali semula ke: Koleksi Cerita-Cerita Rakyat

Suatu hari, seekor anjing liar berkeliaran di sebuah pasar untuk mencari makanan. Sedang ia memerhati sekeliling, ia ternampak seorang penjual daging sedang melayan pelanggannya. Dengan segera ia menghampiri si penjual daging untuk mencuri seketul daging.

Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelanggannya, anjing itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging. Kemudian, ia segera melarikan diri.

"Eh, anjing yang jahat! Berani kau mencuri daging aku!", jerit peniaga daging dengan marah sambil mengejar anjing itu dengan pisau pemotong dagingnya. Namun anjing itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tidak dapat mengejarnya.

Anjing itu pun berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai. Setelah pasti keselamatannya terjamin, ia berhenti dengan termengah-mengah. Ia lalu berjalan di atas sebatang titi untuk menyeberangi sungai itu.

Ketika ia menjenguk ke dalam sungai, ia berasa sunguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggonggong sepotong daging yang lebih besar. Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.

"Aku mesti mendapatkan dagingnya itu", fikir anjing itu.

Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu. Namun malang baginya, sebaik sahaja ia membuka mulutnya, daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.

"Ahhh…bodohnya aku! Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada. Bersikap tamak hanyalah merugikan diri sendiri", rungut si anjing itu. Akhirnya ia terpaksa pulang dalam kelaparan.

-Tamat-

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Pengalaman Isteri Bersalin Sebagai 'Full Paying Patient (FPP)' di Hospital Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua di sini dan di sana, Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat co...

Disable text selection (prevent copy and paste)