Percutian Raja Eyrie Ke Pulau Bali, Indonesia 2010

9:53 PM

Pulau Bali...Aku datang!!!

 Raja Eyrie's Other Travelogs... 

Kat sini, saya nak berkongsi pengalaman saya mengembara di tempat orang hanya dengan 'backpacking style', tapi penuh berhemah.. cewahh.. Senang nanti you guys nak plan pergi jalan2 tanpa melibatkan kos yang banyak..

Kali ni juga adalah throwback kisah pengembaraan 3 sekawan ke Pulau Bali, Indonesia pada 3-7 Julai 2010 bersama sahabat2 saya yang osemmm, iaitu Zulhilmi dan Esqandhar. We guys bertiga je yang plan dan menjayakan program Jejak Bali ni berlandaskan konsep 'Beli tiket duluuuu..baru pikiaq nak buat apa kat sana...' hoho

Bermula kisahnya bila Airasia buat promo tiket flight pergi-balik dari LCCT-Pulau Bali sebanyak RM450 saja. So kitorang terus assign brader Esqhandar ni untuk beli tiket dan tup2, hari kejadian pun tibaaaa..

Day 1: LCCT, Pulau Bali & Pantai Kuta

Kitorang tinggal di kawasan berlainan. saya tinggal di Pantai Dalam, Zul pula jauh nun di Perak dan Esqhandar pula dari Ampang. So kitorang plan sama2 naik LRT - KL Sentral - LCCT. Naik bas yang harga RM8 tu je. Barang kitorang tak banyak. Bawak beg galas je ala2 backpackers..

Sebelum sampai ke KL Sentral, kitorang singgah Times Square sebentar untuk usyar2 barang. Sebab waktu flight kitorang ada dalam lebih kurang 5 jam lagi..


Usyar barang kat Times Square...
Dannnn.. Selepas beberapa jam sahaja penerbangan dari LCCT ke Pulau Bali, kami pun sampai ke Ngurah Rai International Airport Bali.

Disebabkan mcm saya cakap td, kami pergi sendirian berhad, so takde sapa yang datang menjemput kitorang ok..
 
Esqandhar & Zulhilmi...
Tapi jangan khuatir jangan gusar, sebenarnya kami da siap2 tempah hotel yang berdekatan dengan Kuta Beach. Jalan kaki ja da boleh sampai. Korang bleh cari hotel2 yang murah kat Bali ni kat Booking.com, Agoda dll. Booking awal bleh dapat murah. Kalau nak granddd, bleh book Hard Rock Hotel, pun sama juga betul2 berhadapan pantai..

Kami pun ambik la teksi biru yang sangat femes di sini dan seluruh Indonesia yang dikenali dengan nama Teksi Blue Bird untuk ke hotel. Korang kalau da sampai Indonesia, better jangan ambik teksi selain teksi Blue Bird ni sebab kengkawan yang pernah tersilap ambik teksi kata, teksi lain cekik darah yang amat. So be careful..


Jalan-jalan mencari hotel...

Pizza Hut pun ada...


Welcome to Kuta Beach...




Tiga sekawan...
Actually kitorang sampai tu da petang. Dah puas pusing2 kawasan sekitar dengan beg galas kitorang tu, kitorang pun check in la ke hotel kami di celah2 lorong sebelah Hardrock Hotel ni haa. Untuk 4 malam kitorang kat sini, kitorang bayar sorang dalam lebih kurang RM180++ sahaja..

Tibalah waktu makan malam yang dinantikan. Kat kawasan Bali ni tak ramai orang Islam. Tapi banyak kedai yang tulis 'Halal' tapi ada yang jual bir (bintang!) la, macam2 la.. Kitorang ambik keputusan untuk makan KFC je ini malam. Lapar da ni!

KFC dia sangat pelik sebab makan ayam dengan nasi kepal yang kering cicah sos cili.. Disebabkan lapar, kami makan sajalah labuu..


Pekerja KFC tengah melayan pelanggan...
Day 2: Denpasar

Hari kedua di Pulau Bali. After breakfast, kitorang siap2 untuk bersiar2 di kawasan sekitar yang diberi nama Denpasar. Kat sini korang bleh nampak ramai foreigner. Senang citer da macam negara Mat Salleh da Pulau Bali ni..


Kurusnya masa ni.. hehe
Sebelum mengunjungi kedai2 pakaian berjenama yang menawarkan harga berpatutan, kami singgah sebentar di Pantai Kuta ni. Pemandangan laut sangat menarik dan air laut sungguh jernih.

Tapi kitorang tak dok lama kat pantai sebab tak nak menambah dosa melihat Mat/Minah Salleh yang tak cukup pakaian bertiarap kat pantai tu.. acah sangat!


Pantai Kuta..
Hah, masa untuk shopping tiba. Masuk kedai Billabong, tengok baju murah2 kononnya nak beli. Tp bila fikir yang kami punya trip ni as budget trip, so better save duit untuk makan dan jalan2 je. Kann..


Usyar baju kat Billabong outlet...
Dan waktu makan tengahari pun tiba. Perut da berkeroncong memainkan irama lagu zapin Siti Nurhaliza. Pusing punya pusing, akhirnya terjumpa juga satu kedai ni yang milik orang Islam. Sejauh mana keislaman mereka, Wallahu'alam..

Kat kedai ni la first time saya try Nasi Padang. Cara dia, pekedai akan hidang bermacam2 lauk atas meja, dan hanya lauk yang terusik ja diorang akan charge. So kalau taknak harga mahal, sila jangan ambik lauk banyak2.

Lepas makan, misi meneruskan perjalanan bersiar2 di kawasan Pantai Kuta. Pusing2 je tiga sekawan ni sampai penat.

Dalam masa yang sama, kami terjumpa seorang brader ni yang dikenali sebagai Man. Dia offer untuk bawak kitorang jalan2 selama 3 hari termasuklah ke Tanah Lot, tengok ikan lumba2 dan lain2 tempat. Brader ni kerja bawah salah satu syarikat pelancongan Pulau Bali. So dia just mintak Rp300,000 seorang sahaja.

Da siap deal ngan brader Man ni, kami sambung pusing2 dan balik hotel.. Nak makan malam plak..

Brader Zul ni memang susah nak senyum..hehe


Sekali lagi ke Pantai Kuta sebelum balik hotel...



Dannnn.. Pantai Kuta..
Day 3: Kintamani (Padi Teres) & Tanah Lot

Perjalanan pusing2 Pulau Bali pun bermula. Bermula pukul 8 pagi, kami dijemput oleh brader Man. Destinasi pertama kami adalah Kintamani.

Kami singgah ke kawasan Kintamani yang femes dengan tanaman padi teres. Tak de apa yang special cuma pemandangannya sangat cantik dan nyaman...

Sesuai sangat kalau nak bergambar. Walaupun da tengahari, tapi suhu masih nyaman dan segar macam di Cameron Highland.

Brader man tengah drive dengan muka serius...


Pemandangan di sepanjang perjalanan...



Kintamani @ Padi Teres...


Juga Kintamani @ Padi Teres...


Dannn jugaa Kintamani @ Padi Teres...



Sempat snap gambar replika ni masa tengah stok kat traffic light...
Perjalanan diteruskan untuk ke Tanah Lot. Kawasan di mana terletaknya Kuil Hindu purba masyarakat tempatan.
Kawasan Tanah Lot...


Kuil Hindu purba yang terletak di atas batu di Tanah Lot...



Wefieee... Gigih memanjat batu2 licin ni nak dapat view menarik...




View pantai @ Tanah Lot...
Setelah habis satu hari di Kintamani dan Tanah Lot, kami pun pulang semula ke hotel dan rehat.

Day 4: Nusadua, Gitgit waterfall, Krishna & Legian

Perjalanan seterusnya bermula seawal pukul 2 pagi waktu tempatan, kami bertolak meneruskan perjalanan sebab nak tengok dolphin yang berada di Nusadua, yakni di sebalik Pulau Bali. Perjalanan memakan masa 5 jam. Dolphin hanya keluar pada pukul 6-8 pagi sahaja.. Sebab tu kitorang kena bertolak awal..

Seingat saya, sorang kena bayar dalam lebih kurang RM70. Pakej termasukla melihat dolphin dan snorkeling kat Taman Negara Pulau Bali. Kat taman negara ni air sangat jernih dan kita bleh lihat batu karang dengan jelas. Memang sangat2 berbaloi.

Semua cara2 camna nak tempah, apa yang menarik, semua brader Man yang suggest..

Pelancong2 lain pun ada juga nak tengok dolphin...


Brader bot yang bawa kami tengok dolphin dan snorkeling...

Sunrise...


Jalan yang kami lalu untuk ke Nusadua.. tepi bukit je.. hehe
Masa on da way balik ke Pantai Kuta di mana terletaknya hotel kami, kami singgah sebentar di air terjun Gitgit. Tak mandi pun, just singgah basuh2 kaki dan ambik gambar.

Kat Gitgit waterfall ni la terdapat air terjun 7 tingkat yang cantik tuu.
 

Gitgit waterfall...



Perjalanan ke air terjun memerlukan kesabaran yang utuh.. hehe


Original picture of the waterfall.. cantik kan?



Juga gambar air terjun...
Lagi sikit sahaja nak sampai hotel kami, brader Man ni bawak kami singgah ke Krishna. Krishna ni adalah tempat di mana ole-ole daripada Bali boleh dibeli dengan harga yang murah.

Saya memang ada beli sikit2 apa yang patut untuk family dan kawan2.. Nama pun ole2..


Depan pintu masuk Krishna.. Lighting tak berapa nak cantik...



Zulhilmi dan Esqandhar tengah tengok ole2...
Tamat sudah perjalanan kami bersama brader Man. Best juga pusing2 satu Pulau Bali ni. Kalau tak jumpa brader Man ni, alamatnya kami dok pusing2 Pantai Kuta tu sampai ke sudah..

Day 5: Pulau Bali & LCCT

Hari terakhir kami di Pulau Bali. Da siap breakfast sumer, kami terus ambik Teksi Blue Bird dan terus ke Ngurah Rai International Airport.

Tidak lama kemudian waktu penerbangan kami pun tiba. Kami pun pergi meninggalkan Pulau Bali dengan sejuta kenangan yang terindah.

You Might Also Like

6 comments

  1. salam alaik , Menyediakan pakej ke Bali,Medan, Padang dan Bandung dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kepada semua Percutian ke Bukittinggi Padang Saya Mukhlis Tourist Guide Kat Bukittinggi Padang,
    Bukittinggi Merupakan Destinasi Percutian Yang menarik untuk dikunjungi selain View yg cantik, makan sedap dan tempat Shopping Embroidery banyak pilihan dan penduduknya Muslim senang untuk cari makan
    Saya Mukhlis Driver cum Guide kat Bukittinggi bagi Tuan, Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan bagi yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akan bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp +628197513210 or +6281268422608 untuk buat tempahan
    Dan saya Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang Tidak mengatas namakan Travel Agent Manapun untuk Promote saya punya khidmad, 
    Dan saya ucapkan banyak terima kasih pada Blog ini atas share Percutian dengan adanya blog ni boleh berbagi Informasi dan khidmat

    Wassalam 
    Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang

    ReplyDelete
  3. salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion
    kami salah satu agency pelancongan bernama PT.RISFY HIDAYAH WISATA.yang sudah mempunyai legalitas.berada kat bukittinggi padang west sumatera indonesia.
    menawarkan belbagai pakej pelancongan bukittinggi - padang tour,medan tour.padang island's tour.
    untuk information sila hubungi kami di talian
    phone / whatsapp : +6282169960060.(edward ardy)
    atau sila tengok di www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
    inshaallah
    kepuasan pelanggan tujuan utama kami

    wassallam
    pt.risfy hidayah wisata


    (edward ardy)

    ReplyDelete
  4. Semua pakej utk anda dengan harga bajet.All destination ke Indon.
    Hubungi saya di 0126665436 utk info.Tak perlu susah payah uruskan macam2.Saya boleh selesaikan utk anda.
    JAMINAN KEPUASAN WANG DI KEMBALIKAN!!!
    Info: http://freelancetour.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Sewa kenderaan untuk percutian yang berbaloi kat Padang dan Bukittinggi

    Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)