Macam Mana Saya Nak Kurus? Nak Kurangkan Berat Badan? Nak Hilangkan Buncit? Nak Bakar Lemak?

2:54 PM

Anda obesiti???
Assalam dan selamat sejahtera Eyrie ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca entri kesihatan yang telah Eyrie paparkan kat website Raja Eyrie ini...

Untuk pengetahuan semua, segala info yang dipaparkan dalam website ini telah dikajiselidik dengan terperinci oleh Eyrie dan juga telah digunapakai dalam pengajaran Eyrie di gym. Maka, segala kekeliruan bolehlah diemelkan kepada Eyrie di rajaeyrie@gmail.com.




Maka tanpa membuang masa lagi, kali ini Eyrie nak cerita serba sedikit tentang isu yang berkaitan dengan tajuk di atas iaitu "Macam Mana Saya Nak Kurus? Nak Kurangkan Berat Badan? Nak Hilangkan Buncit? Nak Bakar Lemak?"

Sudah terlalu ramai yang bertanyakan soalan cepuemas kepada Eyrie, "Macam mana nak kurus?", "Saya berat 100kg, macam mana nak jadi 70kg?", "Dengan fat burner boleh buang 20kg tak?"

Di sini Eyrie nak kongsikan dengan anda semua, apa jawapan untuk soalan-soalan di atas. So, semuanya bermula dengan...

1) Niat nak dapatkan berat badan yang ideal!


Niat kenalah ada sebelum buat sesuatu. Lagi bagus niat kerana nak menjaga kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kita.

2) Disiplin! Disiplin! Disiplin!

Apa yang Eyrie perasan, ramai orang tidak mencapai berat badan yang ideal adalah kerana kurangnya disiplin dalam menjaga diet seharian. 

Terlalu banyak alasan... 


Almaklumla, banyak sangat alasan. Ya! Alasan yang banyak! Tak boleh kalau tak makan nasi la, kawan ajak makan la, bini masak sedap laa, takde masa nak diet la.. Ya itu semua adalah ALASAN!

3) Mulakan diet sekarang!


Mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat...
 Diet yang macam mana tu? Senang je..
  • Jangan sesekali tinggal sarapan/sahur dan juga makan malam/berbuka puasa. Tapi angan makan malam selepas maghrib. Kenapa sarapan penting? Rujuk Why Do We Need Breakfast? untuk info yang lengkap.
  • Jauhi/kurangkan nasi, garam, gula, minyak dan pedas.
  • Makan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti sedikit, tapi banyak kali. Apakah jenis-jenis makanan yang disarankan? Sila rujuk Food To Get In Shape untuk senarai makanan yang menyihatkan.
  • Amalkan minum cuka kurma untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Rujuk Cuka Kurma Tingkatkan Metabolisme untuk keterangan lanjut mengenai penggunaan cuka kurma yang disarankan.
Diet yang silap...

Ada juga sesetengah orang nak berdiet, tapi caranya silap. Kenapa silap? Sebab kononnya dengan berlapar seharian dapat mengurangkan berat badan mereka. Memang silap yang amat. Rujuk Kesilapan Berdiet untuk keterangan mengenai diet yang silap. 

Lelaki perut buncit...


Bagi lelaki yang buncit perutnya, ada beberapa faktor tambahan yang menyebabkan kebuncitan tersebut. Sila rujuk Cara Mengempiskan Perut Buncit untuk info mengenai kenapa perut lelaki boleh buncit.

Jenis sarapan yang berkesan untuk diet adalah sarapan yang kurang lemak, minyak, gula dan pedas. Ini kerana sarapan sebegini dapat memberikan kesegaran tubuh badan dari pagi hingga petang. Contoh-contoh sarapan yang disarankan untuk diet dapat dirujuk di Sarapan Untuk Diet

4) Bersenam secara berterusan!

Bagi yang bekerja pagi sampai petang, jangan bagi alasan anda tidak boleh bersenam. Banyakkan melakukan aktiviti fizikal di pejabat seperti gunakan tangga, berjalan cepat dan lain-lain.

Senaman bebanan dan joging...

Senaman bebanan...
Bagi yang mempunyai masa terluang selepas waktu kerja, anda boleh la berjinak-jinak dengan gym. Anda mempunyai banyak pilihan jenis-jenis senaman yang anda boleh lakukan di dalam gym seperti senaman bebanan ataupun berlari di atas treadmill.

Bagi Eyrie, senaman bebanan memang membantu untuk membakar lemak dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Bagi yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti bina badan, diet amat penting. Rujuk Diet Bina Badan untuk jenis makanan diet untuk membina badan.

Menggandakan keberkesanan latihan anda...

Semasa anda melakukan aktiviti bebanan, ada beberapa cara untuk menggandakan keberkesanan latihan bebanan anda. Sila rujuk Menggandakan Hasil Latihan Bina Badan untuk keterangan lanjut.

Treadmill...
Bagaimana cara membakar lemak dengan cepat di atas treadmill? Sila rujuk Latihan Kardio Untuk Bakar Lemak untuk cara yang terbaik dan disarankan. 

Senaman lanjutan yang lebih berkesan...

Latihan HIIT membakar lebih banyak lemak...
Setelah berjoging di atas treadmill telah menjadi sebati dengan anda, maka tibalah masa untuk anda mencuba kaedah yang telah terbukti berkesan untuk membakar lebih banyak lemak di badan anda, iaitu High Intensity Interval Training (HIIT). Cubala, insyaallah berkesan. 

Senaman ketika berpuasa...

Bagi yang berpuasa pula, tidak ada alasan untuk anda untuk tidak bersenam. Sebenarnya bersenam semasa berpuasa juga dapat memberikan kesan terbaik sekiranya anda melakukan dengan cara yang betul. Rujuk Workout Semasa Puasa untuk cara bersenam semasa berpuasa. 

Ibu mengandung juga boleh bersenam...

Latihan untuk ibu mengandung...
Dan walaupun anda mengandung, ada caranya juga untuk bersenam. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan ibu mengandung, malah dapat menguatkan rahim. Rujuk Senaman Semasa Mengandung untuk cara senaman ibu mengandung.

5) Meningkatkan kadar metabolisme badan anda secara semulajadi!


Tahukah anda, jika kadar metabolisme badan anda tinggi, kadar pembakaran lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga lebih tinggi, maka lemak di badan anda akan susut dengan cepat. Rujuk Kaedah Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan Secara Semula Jadi untuk kaedah meningkatkan kadar metabolisme badan anda secara semulajadi.

6) Menggunakan produk membakar lemak!

Ramai rakyat Malaysia terutamanya tersilap dengan konsep produk pembakar lemak. Ramai yang ingat produk sebegini adalah ubat kurus. Kalau pembakar lemak @ fat burner ni boleh buat anda senang-senang je kurus, anda ingat harga dia boleh dapat ke seratus dua ratus? Paling kurang pun ada dalam 20-30 ribu untuk sebotol. Makan sampai gemuk, kemudian makan fat burner terus jadi kurus. Amboi senang sangat habaq hang. Tak semudah tu ye..


Antara pembakar lemak @ fat burner yang dijual oleh Raja Eyrie Enterprise...

Konsep sebenar produk pembakar lemak...

Konsep fat burner ni, membantu meningkatkan kadar pembakaran lemak anda semasa anda bersenam. Eyrie ulang, SEMASA ANDA BERSENAM. Kalau tak bersenam, macam mana lemak nak terbakar? Tapi fat burner tidak disarankan untuk orang yang ada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, hati dan lain-lain penyakit kronik.

Kalau anda da betul-betul nak bersenam, anda boleh cuba fat burner yang dijual oleh Eyrie Shah Enterprise di API Fat Burner Advanced

Untuk info lanjut mengenai cara mengurangkan lemak dalam masa 2 minggu, anda boleh baca entri Eyrie di Cara Mengurangkan Lemak Dalam 2 Minggu

7) Mengamalkan diet Nabi Muhammad S.A.W!

Baginda tidak pernah sakit sepanjang hidup baginda. Berikut adalah 22 diet pemakanan baginda:

1) Minum susu
2) Tidak meminum susu semasa memakan daging, ayam atau ikan
3) Tidak meminum susu bersama cuka
4) Tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad
5) Makan buahan sebagai pembuka selera
6) Amalkan memakan bijirin seperti barli, oat dan habbatus sawda
7) Makan roti yang diperbuat daripada gandum asli
8) Amalkan memakan buah kurma
9) Makan tembikai
10) Makan sayuran dari jenis mentimun
11) Makan madu asli
12) Minum air masak dengan banyak
13) Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
14) Makan secubit garam sebelum dan selepas menjamu selera
15) Baca doa sebelum dan selepas makan
16) Makan menggunakan tangan kanan
17) Makan dan minum dalam keadaan duduk
18) Makan bersama keluarga atau sahabat
19) Jangan meninggalkan makan malam dan sarapan
20) Elakkan kekenyangan sebelum tidur
21) Banyakkan berpuasa
22) Jangan minum arak, makan babi dan benda-benda haram yang lain




Selamat mencuba. Never give up!

You Might Also Like

2 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts