Percutian Raja Eyrie ke Perth, Australia Winter 2016

12:34 AM


Trip bercuti semasa bulan Ramadhan & Aidilfitri di Perth, Australia, Winter 2016

  • Total Budget (Air & Ground arrangement only) = RM1,500.00++/pax 
  • Flight Ticket (AirAsia X): RM794.08/pax, bought on 10/05/2016
  • Hotel (Pensione Hotel Perth): RM660.97/pax, booked via Agoda on 10/05/2016

Assalamu'alaikum & salam sejahtera diucapkan kepada pembaca dan follower travelog Raja Eyrie. Konichiwa! Hello! Kali ini, sy nak cerita pasal sponsored trip ke Perth.

Raja Eyrie's Other Travelogs...
 

Alhamdulillah sy baru sahaja melangsungkan perkahwinan sy dengan sang isteri (Hudaa Abdulla) bulan Februari 2016 haritu dan disebabkan jadual kerja yang memerlukan sy travel sana sini, terpaksala kami postpone what we call as honeymoon.. hehe.. Sang isteri kahwin dengan kaki jejalan travel sana sini, maka terpaksala beliau mengikut trip berhoney moon yg saya rancang 2 bulan je sebelum tarikh kejadian..


Gambar hiasan...

Sekarang ni da tak macam dulu.. trick-trick AirAsia ke, MAS ke atau apa-apa airline ke, da tak semestinya kena beli tiket awal dapat murah.. sebab apa? Sebab diorang ada macam-macam teknik marketing diorang buat untuk lariskan jualan tiket. Sekarang ni more to nasib korang, timing korang.. kalau nasib baik, by the time korang check harga, superb murah.. tetiba dalam sejam lagi tiket murah tu da habis.. tinggal jela tiket mahal.. So, what I can say is, tengok nasib.. hehe

As usual, before we start, sy nak explain dulu pasal musim di Australia...

Musim di Australia:
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: www.australia.com


Pemandangan Perth City pada waktu malam. Sumber: Google

Perth adalah sebuah negeri di Australia yang mempunyai iklim Mediterranean, atau dengan bahasa mudahnya, cuaca yang panas dan cerah sepanjang tahun. So disebabkan saya sukakan suhu dingin dan nyaman, kami memilih untuk merasa musim sejuk di Perth.. Syokkk...

Tapi musim di Perth ni walaupun musim sejuk, suhunya adalah hanya 8 - 22 darjah celcius. Tidak sesejuk di East Australia. Waktu malamnya lebih panjang berbanding siang, so maghrib dalam pukul 5.30 petang macam tu. Memang kena merancang waktu perjalanan dengan baik. Masa kami pergi, jaket sederhana tebal sudah memadai untuk dibawa. Tidak perlu beli winter coat yang tebal-tebal, buat susah nak bergerak je..

Malaysia Time = Perth Time

So tak perlu korang setting jam korang ke, henset ke apa ke.. senang.. waktu di Perth sama sahaja dengan waktu Malaysia. Di Kuala Lumpur pukul 5 ptg, di Perth juga pukul 5 ptg..


Muka excited nak jumpa kangaroo...

Apakah tempat-tempat menarik di Perth? Senang citer Tourist Attractions yang sering menjadi tumpuan warga-warga pelancong, terutamanya pelancong berkulit sawo matang macam orang Indonesia dan Malaysia? Haa.. di bawah ni antara senarai-senarai tempat yang boleh kata wajib pergi la bila datang ke Perth.

Perth city
  • Bell Tower 
  • Kings Park
  • Botanical Garden
  • Supreme Court of Western Australia
  • London Court
  • King Street
  • Perth Zoo

Fremantle
  • E-Shed Market 
  • Kailis' Fish Market Cafe
  • The Shipwreck Galleries
  • Fishing Boat Harbour
  • Fremantle Arts Centre
  • The Army Museum of Western Australia
  • Fremantle markets
  • Maritime Museum
  • The Roundhouse
  • Fremantle Prison
  • Rottnest Island (Dolphin Dive Fremantle)

East of Perth
  • Caversham Wildlife Park (Whiteman Park) 
  • Perth Hills
  • Araluen Botanical Park

Okay da settle bab muqaddimah. Sudah menjadi kebiasaan sy utk menceritakan latarbelakang sesuatu tempat yang sy lawati.. Untuk memudahkan jalan penceritaan. Takde la nanti tetiba masa tengah bercerita, ada pembaca yang tertanya-tanya, waktu pukul brapa, macam mana pakaian yang sesuai ke.. So senang okay..

Mana mau pergi? Emmmm.. apa kata kita ke Perth...

Masa ni bulan May 2016, tetiba sang isteri tanya.. "B, skrg ni da tengah tahun.. busy-busy juga, jom take a break nak??".. Maka sang suami pun ligat la berfikir mana destinasi nak bawak isteri jejalan.. Fikir punya fikir, tetiba rasa nk tengok website AirAsia.

Tuppp... meletuppp.. haha.. Tetiba keluar iklan KLIA - Perth (RM499 return). Murah ni.. rugi kalau tak grab. Discuss punya discuss akhirnya kami bersetuju utk ke Perth. Bajetnya alang-alang nak melawat sanak saudara yang tinggal di sana.. So alang-alang tu, boleh la merasa puasa dan beraya di perantauan.. Wah, bukan main lagi ye posa n raya kat Perth!!!

Maka sang suami pun terus menempah tiket flight ke Perth, yang total kos termasuk luggage etc adalah RM794.08/pax only. Okayla, kira beruntung dapat grab seat promo walaupun terpaksa tunggu 30 minit dalam 'AirAsia Waiting Room'.

Settle flight tickets, so sekarang cari hotel pula...


Mr. Agoda menjadi pilihan kami...

Da settle ticket flight, bermakna sebelah kaki da jejak ke Perth, sebelah lagi masih di Malaysia.. hehe over nya la hai.. So, cara paling mudah nak cari info pasal hotel di Perth adalah macam biasa, Pakcik Google.

Saya ni siang hari kerja, busy.. maka malam hari sebelum melelapkan mata la masanya utk menelaah hasil survey dan review daripada geng-geng kaki travel yang pernah sampai ke Perth, termasukla hotel - hotel yang best dan berpatutan. Maka setelah bertungkus lumus, maka dapat disenaraikan di bawah ni hotel - hotel yang di rekemen oleh geng-geng traveller yang penah ke sana:

1) Pensione Hotel
Info: Dekat dengan tempat bus stand Perth Airport Shuttle - CONNECT (sebelah Kings Perth Hotel), kedai runcit Woolworths, CAT Buses, kedai makanan halal pun walking distance sahaja.

2) Criterion Hotel
Info: Dekat dgn city n easy access dgn all public transport kat CBD (Central Bussiness District). Bawah je dah ada kedai makan Msia - D'Ancasa. Ada bas free (Red CAT) depan hotel je, pastu jalan sket dah ada Blue CAT.

3) Mountway Holiday Apartment
Info: Mountway Holiday Apartment ni agak jauh kalau nak berjalan kaki ke Perth CBD & jarak ke bus stop terdekat pun 650m.

4) City Stay Apartment Hotel
Info: Memang ok location nya, opposite Harbour Town. Hotel ni ada sediakan tempat dan peralatan memasak for every unit.

5) Malibu Apartments
Info: Dari Perth Int Airport ke Malibu kosnya dlm AUD54 sahaja. Perjalanan dlm 30-45 minit. Serba serbi lengkap dari memasak, membasuh dan menyidai pakaian. Sangat dekat dgn bus stop dan masih dlm kawasan zon percuma jika naik bus ke Perth city. Apartments ini tiada perkhidmatan wifi percuma dan tiada lobi @ kaunter pertanyaan. Semuanya layan diri. Ambil kunci siap sedia di hadapan bilik dgn password yang telah diemailkan staff dan masa nak check out pun hanya drop kan shj kunci di dalam box yg disediakan.

Dan kami pilih Pensione Hotel...

Setelah mengkaji jarak, masa dan kawasan sekeliling, maka kami bersetuju utk memilih Pensione Hotel sebagai tempat berteduh selama 5 hari kami di Perth. Kenapa Pensione Hotel? Haa.. sebab - sebabnya adalah:
  • Bilik selesa dengan harga yang berpatutan setelah ditempah melalui Agoda.com iaitu RM318/night (Queen Room) 
  • Tengah-tengah bandar Perth
  • Dikelilingi restoran halal (mesti kena makannn..)
  • Hanya 5-10 minit berjalan kaki ke train station
  • Seminit berjalan ke free shuttle bus stop (Blue, Red & Green CAT)

Dengan menggunakan khidmat Mr. Agoda, kami pun book la sebuah Standard Queen Room kat Pensione Hotel dengan harga promosi termasuk caj sana sini dengan harga RM1,321.94 (4 malam). Mahal sikit takpe janji selesa dengan wife. Kata honeymoon.. hehe..

Maka, dua perkara utama sebelum melancong da settle.. tiket flight da beli, hotel pun da tempah. Maka, perkara berikutnya adalah? menungguu.. eh salah.. haha perkara seterusnya adalah buat 'groundwork' mengenai cara-cara dan maklumat mengenai tempat-tempat yang bakal dilawati di sana..

Teruskan membaca..

Apa yang perlu dibawa, boleh dibawa dan tidak boleh dibawa???

1) Passport & Visa
Ini adalah yang paling penting sekali sebelum ke Australia. Kalau takde passport dan visa, pihak imigresen tak akan benarkan korang masuk ke sana. Australia mengenakan syarat untuk memohon visa bagi rakyat Malaysia sebelum memasuki negara ini.


Buku merah jangan lupa bawa, moga moga belum tamat tempoh...

Boleh memohon visa dengan cara menghantar email ke eta.visa.australia@gmail.com (Encik Muhammad). Harga masa ni saya dapat RM20/passport. Atau boleh juga di ejen-ejen pelancongan pilihan anda. Kalau nak selamat, sila print Visa anda dan bawa sekali masa nak check-in.


Australian Visa...

2) Tiket penerbangan (e-ticket / boarding pass bagi AirAsia X)
Kalau nak cepat dan mudah, buat je web check-in. Senang dan tak tergesa-gesa masa kat airport nanti. Print siap-siap boarding pass korang dan standby elok-elok.

Tapi untuk e-ticket AirAsiaX ke Australia, kami kena ke kaunter untuk buat document verification.


Now everyone can fly...

3) Wang tunai (Australian Dollar @ AUD) / kad kredit
Korang leh tukar duit ke matawang Australia siap-siap kat Malaysia. Masa saya tukar tu, rate boleh kata agak tinggi iaitu 3.06 (sumber Bank Negara) dan dapat selling rate as 3.11 kat Seksyen 25 Shah Alam. Elakkan tukar di airport kerana kadar tukarannya rendah dan akan menyebabkan korang rugi.


Australian currency...

Kad kredit pula standby untuk emergency dan PLEASEEE elakkan guna kad kredit anda untuk shopping ye.. Dikhuatiri anda pitam dan pengsan bila bil kad kredit anda sampai nanti..hehe.. Almaklumla kat Aussie barang berjenama boleh tahan la murahnya..;D

4) Pakaian
 Australia mempunyai 4 musim iaitu:
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November

So, disebabkan kami p ke sana kali ni pada musim sejuk (winter), suhu dianggarkan sekitar 8 - 16 darjah celcius je. Tidak la sejuk sangat, nyaman macam berada kat Cameron Highland pada waktu pagi.

Apa yang saya bawak adalah beberapa helai t-shirt, jeans, jaket kulit, glove dan mafla. Standby kot-kot tetiba kat sana jadi terlebih sejuk.. hehe

5) Sunblock atau yang sama waktu dengannya
Haa, kenapa sunblock? Bukan nak berjemur tepi pantai pun?? Haa sebabnya, time cuaca winter/sejuk, kita takkan rasa panas tau. Tapi sinaran UV yang menggelapkan kulit still kena muka kita. So untuk mengelakkan kulit hitam, kami memilih untuk menggunakan Flawless Cream by beautyhut.kl (0129780362). Krim ni adalah produk 3-in-1 di mana ia menggabungkan foundation cream + sunblock + skin repair agent. So, bila kita pakai takdela nampak macam pakai sunblock dan baunya juga wangi. Bleh contact beautyhut.kl (0129780362) untuk keterangan lanjut.


Flawless Cream (foundation + sunblock + skin repair agent) by beautyhut.kl...

6) Lain-lain barangan
Untuk kami punya trip @ ala-ala backpackers style, kami decide nak bawak sesikit yang boleh. Kami bawa yang mana perlu sahaja. Yang mana boleh kongsi kami kongsi la kan.. Jimat space..hehe. Dan tidak lupa juga kepada International Adaptor saya yang da berkhidmat semenjak tahun 2008 lagi.. Jeng3.. ;D

Makanan yang BOLEH dibawa (tapi kena declare):
  • Mi segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb. 
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (sbb Nestle adalah syarikat Australia).
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Panadol atau balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • Serunding daging/ayam. 
  • Bahan makanan yang mengandugi telur.
  • Hasil tenusu seperti mayonis, susu, cheese etc.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.

Untuk maklumat yang lebih detail tentang makanan apa yang boleh bawa dan tak boleh bawa, boleh rujuk kat website Australian Agriculture. 

TIPS PENTING SEBELUM TRAVEL!!!
  • Prepare korang nyer mental dan fizikal untuk hadapi segala kemungkinan buruk; 
  • Prepare semua keperluan seperti visa, passport dan lain-lain;
  • Buat study dulu tentang tempat korang nak pergi, masa, bajet etc;
  • Kalau kat negara mat salleh atau China atau yg lain-lain, be prepared apa yg patut sbb tandas diorg takde air. Kebanyakan guna tisu je ye;

Baca doa musafir. May Allah ease your journey... ;D


Keep calm and go to Perth...

HARI PERTAMA (04/07/2016 @ Isnin)

Penerbangan dari KLIA2 ke Perth International Airport...

Untuk pengetahuan pembaca, trip kami kali ini adalah pada bulan puasa (04/07/2016 = 29 Ramadhan 1437 Hijrah) dan kami membuat keputusan untuk merasa berpuasa dan berhari raya di negara orang.

Maka, perjalanan kami pun bermula...

Selepas terawih pada malam sebelumnya, kami pun bersiap-siap untuk ke airport. Waktu penerbangan kami adalah pada pukul 09.40 pagi waktu Malaysia, tapi disebabkan ingin mengambil langkah selamat, kami bersetuju untuk bermalam di airport.


Sang isteri dan winter coat barunya...

Parking kereta di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya...

Dari Shah Alam, kami bertolak ke stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya untuk parking kereta di sana. Menurut kajian yang dilakukan, ianya lebih jimat kalau parking kat situ selain daripada mintak kawan tolong hantarkan.. Lagipun, ianya parking berbumbung.. hehe..

So parking rate adalah seperti berikut (starting January 2016):
  • Caj siang (6pg - 12mlm) = RM2.00 
  • Caj malam (12mlm - 6pg) = RM4.00

So, senang citer, kalau parking 1 full day = RM6.00

P/S: Kalau nak parking sini, make sure takde tinggal barang-barang berharga. Elakkan parking di selekoh sebab khuatir kena seret dengan kereta lain yang tak bertanggungjawab. Dulu security sini selalu buat rondaan. Tapi semenjak dua menjak ni kualiti security agak membimbangkan. So, just be careful okay!

Untuk parking yang lain adalah seperti di bawah (as at January 2016):
  • Tune Hotel KLIA2 = RM36/day 
  • KLIA2 parking = RM46/day
  • Stesen Bandar Tasik Selatan = RM4/day

Ke KLIA2 dengan menaiki ERL...

Maka, setelah siap parking kereta dengan jayanya, kami pun ambik lif dan naik ke level 3 (if i am not mistaken.. lupa.. hehe) untuk ke level ERL station. Masa kami sampai tu, kaunter tiket baru buka. So memang terbaik la dapat kami naik first train ke KLIA2 pada pukul 04.52 pagi dan dijangka sampai pada pukul 05.12 pagi (20 minit sahaja).

Kami bercadang nak beli tiket guna mesin kiosk menggunakan debit/credit card sebab lebih jimat (diskaun 10%).
  • via cash at the ticket counter (1-way) = RM9.40 
  • via credit/debit card at the ticket kiosk (1-way) = RM8.50

 
Diskaun 10% jika beli dengan menggunakan debit/credit card di kiosk tiket yang disediakan... 

Setelah tiba di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), kami pun terus ke surau untuk solat subuh. Setelah itu kami pun menunggu kaunter check-in buka. Yela, nak makan tak boleh.. Puasa kann.. Setelah siap sumernya, kami pun berlepas ke Perth..

Ya.. Perth kami datang!!!!

Tiba di Perth International Airport...

Setelah tiba di Perth International Airport, tibala masa untuk pemeriksaan oleh bahagian imigresen Australia.. Fuhhh memang strict sangat la mak oiii..

Mula-mula, check passport, siap bandingkan muka dengan gambar, check details dalam arrival card (e.g. address, duration etc). Da settle imigresen, kami diarahkan oleh pegawai imigresen untuk check bagasi pula. Nak check barang makanan yang kami bawa, check betul ke tak declaration list yang kami buat tu. So make sure korang declare betul-betul ok!

Tips untuk senang lepas imigresen (insyaallah):
  • Senyum dan ucapkan selamat 
  • Jawab dengan sopan
  • Bercakap dengan memandang mata (eye contact)
  • Jujur dalam percakapan. Kalau stay seminggu cakap seminggu
  • Kurangkan 'unnecessary movement'

Selepas itu, kami pun berjalan keluar ke arah pintu ketibaan. Terus sahaja berjalan sehingga jumpa balai ketibaan. Jangan lupa ambik peta untuk tourist kat situ. Boleh juga download di internet ya.

Beli Optus Simcard untuk data internet...

Di kawasan balai ketibaan tu, korang akan dapat lihat banyak kedai-kedai menjual simcard untuk henset. Boleh pilih mana-mana korang berminat. Kami bercadang untuk beli simcard OPTUS sebab dengan hanya AUD15, kami boleh guna data internet selama seminggu (1GB). So kalau nak buat update Instagram or Facebook or even nak guna Google Maps, boleh sangat laa..


Kiri = internet speed 3G kat Malaysia; Kanan = internet speed 3G kat Perth...

Sesudah membeli simcard, waktu sudah menunjukkan pukul 4pm. Kami solat di silent room yang terletak di sebelah hujung kiri aras bawah arrival hall. Setelah itu, jeng jeng.. masa untuk mencari hotel. Badan da penat ni.. kalau dapat baring pun sodapp..


Kaunter kereta sewa pandu sendiri...

Dari Perth International Airport to Pensione Hotel...

Untuk ke Perth City di mana terletaknya Pensione Hotel, kami berjalan keluar ke arah bus stand 'CONNECT'. Nasib kami baik sebab ada sorang staff CONNECT warga Australia yang bantu explain kepada kami cara nak ke hotel. Agak susah sket nak faham sebab slang Australian dia sangat kuat. Tapi jangan malu untuk cakap 'pardon me?'. Diorang takde masalah nak explain semula.. hehe


Cari tiang ni untuk naik airport shuttle - CONNECT...

Harga tiket airport shuttle ke Perth City adalah AUD18/pax untuk 1-way. Boleh bayar masa dalam bas. Kalau beli online boleh dapat AUD15/pax. Boleh ke website CONNECT Shuttle untuk maklumat lanjut. Jika anda memilih untuk menaiki teksi (1 - 4 pax), tambang ke Perth City adalah di antara AUD38 - AUD42. Sebaik anda keluar dari pintu ketibaan, terus berjalan ke kiri 100 meter dan anda akan melihat banyak teksi di sana.

Masa dalam bas ni, adalah seorang lelaki Australia borak dengan kami. Dok sembang-sembang dia tanya kami dari mana.. Kami cakap la dari Malaysia. Dia excited sebab dia kata dia pernah datang Malaysia. Kalau tak silap saya, antara perkara-perkara yang dia tahu adalah Penang, Sabah dan Mahathir. Haha lawak...

Setelah sampai di Perth City, kami pun turun di bus stop sebelah The Kings Perth Hotel. Jarak perjalanan kami dari bus stop tersebut ke Pensione Hotel lebih kurang 200 meter. So mengheret la kami beg yang dibawa.


Pensione Hotel - tempat kami berteduh selama 5 hari...

Masa check in tu, kami disapa dengan ramah oleh receptionist hotel tersebut yang merupakan Chinese warga Australia.. Masa borak tu dia kata yang mak ayah dia dulu orang Malaysia tapi da migrate ke Australia sejak 21 tahun yang lepas. Masa tu dia baby lagi katanya.. Depa ni peramah betul... heee

Da settle semua urusan check in, kami pun masuk bilik dan berehat. Suasana bilik tak kecil sangat tak besar sangat. Selesa untuk kami berdua. Waktu maghrib masuk awal masa winter ni adalah pada pukul 5.30 ptg. Kami berbuka ala kadar je.

Makan malam di Insan's Cafe (makanan melayu Malaysia)...

Lebih kurang pukul 8 malam, kami pun keluar hotel dan berjalan lurus ke arah Murray Street sejauh 110 meter untuk ke Insan's Cafe di mana owner dia adalah orang melayu berkerakyatan Australia. Wah best la dia jadi rakyat sana.. wuuu..

Makanan di sana okay la.. dapat nasi berlauk ayam dan sayur dan air dengan harga AUD5 - AUD10 sahaja. Cukup kenyang untuk makanan berbuka puasa kami..hehe


Insan's Cafe. Photo by mymiee.blogspot.my...

Selepas makan, kami pun berjalan ke sekitar Murray Street dan singgah ke Woolworths, dengan kata lain kedai runcit ala-ala Tesco di sini. Kami beli roti dan susu untuk prepare breakfast esok pagi.

Setelah itu, kami pun balik ke hotel dan rehat.. Perjalanan hari pertama yang best...


Murray Street...


On the way to Woolworths...

HARI KEDUA (05/07/2016 @ Selasa)

Bell Tower, Elizabeth Quay, Kings Park & Botanic Garden...

Hari kedua bermula, bersamaan dengan 30 Ramadhan! Hari terakhir bulan puasa bagi umat Islam. Walaupun begitu, suasana yang sejuk di sini pastu mengurangkan rasa penat dan dahaga.. wah gittewww..

Melepak di Supreme Court, Bell Tower dan berjalan sekitar Elizabeth Quay...

Yang bestnya hotel kat tengah-tengah Perth City ni, kawasan tourist attraction dekat je. Hanya dengan berjalan kaki pun boleh sampai. Kalau nak naik CAT buses pun boleh tapi saja nak fefeeling mat saleyy jalan sesama dengan diorang berjaket bagai.

So destinasi pertama kami adalah Supreme Court of Western Australia!


Depan Supreme Court...

Then terus sahaja berjalan ke depan untuk ke Bell Tower pulak.. Saksikan gambar-gambar di bawah.. hehe..


Garden entrance.. Shortcut ke Bell Tower...


Posing kat Garden dulu...

Dalam 3 minit berjalan, akhirnya sampai ke Bell Tower...


Depan Bell Tower...


Masih di depan Bell Tower...

Kami menghabiskan masa bergambar kat sekitar Bell Tower lebih kurang sejam juga la. Sebab kawasan tu luas, siap ada mini London bridge kat situ.


On the way naik jambatan...


Berlatar belakangkan Bell Tower...


Di sana la Perth City...


Elizabeth Quay.. Tasik menghadap Perth City...


Rehat jap sebelum berjalan kaki ke King's Park & Botanical Garden...


Jom.. jalan kaki je ke King's Park...


Melawat King's Park & Botanical Garden yang bersejarah...

Selepas beberapa ketika kami bergambar dan melepak di area Elizabeth Quay, kami pun buka Google Maps nak check jarak ke King's Park tu berapa jauh. Rupanya dekat sahaja lebih kurang 15 - 20 minit berjalan kaki. Sambil berjalan sambil ber'selfie'. Ramai juga warga tempatan yang ambik kesempatan untuk berbasikal dan berjogging walaupun hari tu adalah hari bekerja.


Ekspedisi jalan kaki pun bermula...


Lepas jumpa tiang ni, korang kena lintas jalan untuk sambung track pejalan kaki ke King's Park...

 
Kena naik jambatan, panjat tangga... Then nak kena masuk hutan pula.. memang best lagi mencabar!


Kesian sang isteri.. Kena dera panjat bukit.. sikit je kann.. hehe...

Akhirnya sampai juga ke King's Park...


King's Park...


Pusing-pusing di kawasan sekitar...


Merasa baring atas rumput karpet menghijau kat King's Park ni...


Dari puncak King's Park ni boleh nampak bandar Perth. Cantik!

Selepas penat berjalan-jalan, kami pun bertolak balik ke hotel. Pun sama kami jalan kaki sahaja. Hari sudah mahu gelap dan lagi beberapa minit waktu berbuka puasa, kami pun decide nak tapau nasi arab kat satu kedai arab ni. Harga satu set lebih kurang AUD10.50. Tapi portion untuk dua orang rakyat Malaysia makan.. hehe.. Dan okayla rate sama dengan kat Shah Alam (jangan convert okay.. hehe).

Berjalan dalam dingin malam ke Perth Concert Hall...

Selepas berbuka puasa, mandi dan rehat, malam tu kami decide nak ke Perth Concert Hall. Hanya lebih kurang 10 minit sahaja jalan kaki daripada hotel kami. Takde apa event pun kat situ tapi saje nak tengok lampu yang dinyalakan depan concert hall tu.


Ada orang berdiri dalam gelap laa.. hehe...


Depan Government House, Perth City...


Tepon orang Malaysia ke tu?

Maka tamatla perjalanan hari kedua kami..

HARI KETIGA (06/07/2016 @ Rabu)

Malaysian Hall, Fremantle, Kailis Fish Market, University of Notre Dame, Shipwreck Galleries & E-Shed Market..

Berhari raya di Malaysian Hall Perth...

SELAMAT HARI RAYA MALAYSIAAA!!! Waduh kok hepi bangat... hehe.. Yela, tahun 2016 melakar sejarah kami berdua nak celebrate puasa dan hari raya Aidilfitri kat negara orang.

Okay, terus sahaja bangun pagi bersiap-siap, kami berjalan kaki juga ke Malaysian Hall. Perjalanan menggunakan peta yang diambil dari lobi hotel memakan masa 20 minit. Agak jauh juga la tapi sebab excited nak solat hari raya kat sana punya pasal kami sanggup meredah hening pagi.. cewah..


Depan Malaysian Hall Perth...


Ambik peluang bergambar skett...

Tapi nasib kami tak berapa baik sebab tersalah masuk lorong dan menyebabkan kami terlewat untuk join solat hari raya. Adehhh.. tapi nasib baik la sempat join geng-geng Malaysian kat sana makan dan bergambar.. Buat kenang kenangann.. hehe


Ramai juga yang join berhari raya...

Da settle bergambar sumer, kami pun balik semula ke hotel kami untuk bersiap meneruskan agenda berikutnya, iaitu ke Fremantle.


Nak balik dan bersiap ke Fremantle...

Tapi masa on the way balik tu, dengan berbaju melayu dan berbaju kurung, kami disapa oleh orang Melayu yang ada kat Perth tu. Kenal saja diorang dengan baju kebangsaan kita ni. Siap jerit lagi, "Selamat hari raya bang!!!".. Maybe diorang pun sama tak balik Malaysia beraya sebab nampak diorang pun berbaju melayu. Maybe nak beraya kat rumah rakan dan taulan kot...

Menaiki train ke Fremantle...

Daripada hotel kami, ambik CAT Bus depan hotel untuk ke main train station, Perth Station. Boleh juga berjalan kaki ke sana. 5 minit je pun. Sampai dekat Perth Station, beli ticket ke Fremantle. Jangan silap, ada dua (2) station Fremantle di situ. Satu North Fremantle and satu lagi Fremantle which is last station untuk Fremantle line. So beli ticket untuk ke station Fremantle (last station). Perjalanan kali ni memakan masa 28 minit (Stop No: 99352).


Kat Perth Station. On the way to Fremantle...

Harga satu tiket (1-way) adalah AUD4.60/pax (2 zone cash fare). Tapi kami ambik Family Rider dengan harga AUD12.40 dan dapat unlimited ride untuk satu hari maksimum satu kumpulan seramai 7 orang. Laaaaaagi murah.. Boleh usyar sini untuk info tiket Family Rider: Family Rider Transperth. 

Bagus betul la transportation kat negara Australia ni. Untuk lebih faham pasal ticketing dan fares TransPerth ni, boleh tanya orang kat kaunter. Ataupun, bleh study kat website diorang TransPert.

Apakah tempat-tempat menarik di Fremantle? Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa tempat menarik di Fremantle. Antaranya adalah:
  • E-Shed Market 
  • Kailis' Fish Market Cafe
  • The Shipwreck Galleries
  • Fishing Boat Harbour
  • Fremantle Arts Centre
  • The Army Museum of Western Australia
  • Fremantle markets
  • Maritime Museum
  • The Roundhouse
  • Fremantle Prison
  • Rottnest Island (Dolphin Dive Fremantle)


Bandar Fremantle...



Gaya Ultraman Tarooo...


Okay, destinasi pertama kami adalah Kailis Fish Market, di mana kedai ni ada menjual ikan segar dan juga pakej menu seafood yang menarik. Dan yang paling femes adalah Fish n Chips. Portion nya sedang-sedang sahaja tapi cukup mengenyangkan.

Berikut adalah lunch set yang kami ambik:
  • Fish Snack: AUD10.90 
  • Frilled Fish & Chip: AUD13.90


Setiap masa mesti ada orang datang sini.. Kelihatan beberapa buah keluarga Melayu Malaysia juga datang...



Posing dulu sementara menunggu makanan siap...




Inila juadah untuk lunch kami di hari raya... hehe...



Pemandangan di sini. Banyak burung burung datang untuk makan lebihan makanan...


Melihat Sejarah Kapal Karam di Shipwreck Galleries...

Okay da settle makan, kami pun berjalan ke arah Shipwreck Galleries pula dengan bantuan Google Maps dan peta di tangan. Agak pening juga nak cari sebab Google Maps ni slow sket kalau digunakan dengan berjalan kaki. So kami target nama jalan je. So senang jumpa sebab setiap simpang memang terpacak nama jalan.

Jalan dan jalan mencari dan terus mencari. Nampak macam aktiviti yang memenatkan, tapi sebenarnya best sebab cuaca dingin sambil memerhati suasana di negara orang. Selang beberapa minit berjalan, dan kami pun sampai.


Bergambar depan Shipwreck Galleries...


Kami just lepak bergambar depan galeri je. Tak masuk pun. Tempat ini dibuka pada setiap hari melainkan cuti umum. Kalau tak silap saya masuk adalah percuma. Boleh ke website untuk maklumat lanjut: Shipwreck Galleries, Fremantle. 

Bersantai petang di The Esplanade Park...

Wah, memang orang Australia suka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti outdoor. Di sini kita dapat tengok ramai orang termasukla keluarga dan anak-anak sedang berkelah di atas hamparan rumput yang menghijau. Kitorang pun turut sama join melepak sekejap melepas lelah...


The Esplanade Park. Ramai yang datang berkelah dan melepak...



Udara kat sini memang segar. Kalau bergambar muka nampak flawless je...


Melawat University of Notre Dame...

Sambil-sambil kami duduk melepak kat The Esplanade Park tu sambil menghirup udara segar, kami pun belek belek la risalah tempat menarik yang kami ambik daripada lobi hotel. Tengok-tengok jarak nak ke universiti ni pun dekat je.. So berjalan lah kami ke sana..


Di depan University of Notre Dame, Australia...



Salah satu street berdekatan University of Notre Dame...


Berjalan di sekitar E-Shed Market memandangkan ia hanya buka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja...

Kalau baca entri Perth daripada blogger yang lain, semua akan suggest untuk ke kedai souvenir Aussin dan Megabes di sini. Dengar kata murah la kalau nak beli banyak. Tapi kalau setakat nak beli sehelai dua je baju, beli kat Perth City pun okay.

Masa kami datang ni hari Rabu. E-Shed market hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 9pg - 5ptg sahaja. So pandai-pandai la bajet masa korang kat sini ya.. heee...

Daripada train station, ambik sebelah kanan dan jalan lurus.. Anda akan nampak E-Shed market sebelah kanan anda...


E-Shed Market (side view)...


E-Shed Market (front view)...


Ada a few lagi tempat yang best kat sini tapi kami tak sempat nak pergi seperti:
  • Fremantle Prison 
  • Western Australian Maritime Museum
  • Fremantle’s Fishing Boat Harbour
  • San Churro Fremantle 

Pulang ke Perth City...

Dapat bergambar je depan E-Shed market. Ada rezeki lain kali boleh la singgah sini. So, macam biasa, kami pun berjalan semula ke Fremantle train station. Pass Family Rider yang kami beli awal-awal masa nak datang sini tadi masih boleh digunakan untuk balik ke Perth City. Tak perlu nak beli tiket lain banyak kali. Jimat kan.


Singgah ke kedai arab berdekatan hotel kami untuk beli makan malam...


HARI KEEMPAT (07/07/2016 @ Khamis) 

Caversham Wildlife Park @ Whiteman Park...

Maka, tibalah hari kemuncak kepada sesiapa yang datang ke bumi Australia, iaitu kangaroo!!! Excited nak pegang kangaroo, almaklumla kat Malaysia takde.

Malam sebelumnya tu kami buat study, tempat mana yang ada kangaroo petting. Hasilnya kami menemui dua tempat, Perth Zoo dan Caversham Wildlife Park.

Perth Zoo vs Caversham Wildlife Park

Perth Zoo:
  • Open everyday from 9am - 5pm (except 31 Dec) 
  • AUD29 (adult), AUD14 (children 4 - 15 years)
  • Kangaroo, koala, tiger etc.
  • Website: Perth Zoo 

Caversham Wildlife Park:
  • Open everyday from 9am - 5.30pm (except 25 Dec)
  • AUD28 (adult), AUD12.50 (children 3 - 14 years)
  • Wombat, koala, kangaroo etc.
  • Estimated visit time: minimum 3 hours to cover all parks
  • Website: Caversham Wildlife Park 

Selepas memerah otak buat brainstorming, kami decide nak ke Caversham Wildlife Park sebab:
  • Famous di kalangan pelancong-pelancong yang datang Perth 
  • Pekerja di sana adalah golongan sukarelawan yang cintakan flora dan fauna
  • Jalan ke sana agak mencabar tapi seronok
  • Boleh bagi kangaroo makan dan berinteraksi fast to fast.. eh face to face.. haha
  • Kawasannya lebih besar dan luas
  • Event: Meet the koalas, feed the kangaroo, Molly's farm, meet wombat and friends and farm shows
  • Wildlife park ni telah diselenggara dengan baik oleh sebuah keluarga yang menetap di Western Australia sejak beberapa generasi dahulu. Taman ini tidak menerima bantuan apa-apa daripada kerajaan Australia. Segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pelawat-pelawat yang datang yang membayar harga tiket masuk

Perjalanan ke Caversham Wildlife Park (Whiteman Park) menggunakan public transport...

So after breakfast kat hotel, kami pun terus menuju ke arah tempat yang dituju.. haha.. berbelit-belit lidah.

So cara nak ke sana menggunakan public transport adalah seperti berikut:
  • Jalan kaki/naik CAT Bus ke Perth Train Station.
  • Beli tiket Family Rider (boleh digunakan untuk naik train dan bas di Bassendean nanti).
  • Ambik Midland Line ke Bassendean Station dan turun ke arah bus stand.
  • Naik bas ke Ellenbrook (bas 955). Kalau tak sure, boleh tanya driver bas. Don't worry, Australian memang peramah.
  • Bas akan berhenti ke beberapa bus stop untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
  • Akhir sekali, bas akan berhenti di Lord St Before Youle-Dean Road, betul-betul depan Whiteman Park entrance.


Whiteman Park entrance...


Sesampainya kami di depan entrance, kami decide nak berjalan kaki sahaja masuk. Sebab sepanjang perjalanan masuk tu, ada padang dan hutan yang sangat cantik dan korang boleh tengok banyak kangaroo dan tupai liar berkeliaran. Jarak berjalan kaki hanya 1.9km sahaja.


Muka semangat nak masuk jalan kaki...


Dengan suasana sejuk dan nyaman, boleh la ambik peluang beromantik bersama pasangan. Wah gitteww..

Tapi kalau korang penat nak berjalan kaki, ada cara lain nak masuk. Kat entrance tu ada line phone yang korang boleh guna untuk call shuttle van driver Whiteman Park untuk datang pickup korang for free.


Menoleh ke kiri dan kanan mencari kangaroo... 






Finally.. sampai juga ke Caversham Wildlife Park...


Caversham Wildlife Park main entrance...


Feed the kangaroo...

Okay, benda wajib dibuat bila datang sini adalah memberi makan kepada kangaroo. Sesi memberi makan adalah sepanjang hari. Makanan kangaroo (dedak) juga disediakan secara percuma di situ. Boleh bagi diorang makan sampai kenyang. Tidak dibenarkan beri kangaroo makan makanan dari luar ya. Bawak makanan kangaroo keluar juga tidak dibenarkan. Kalau kena tangkap, kena paksa cuci kandang kangaroo.. hehe acah jee...


Muka excited bagi kangaroo makan...


Memperkenalkan... Mr Albino Kangaroo...


Tempat makan si kangaroo...



Meet Wombat and friends...

Di dalam kawasan Caversham ni ada bermacam-macam aktiviti yang menarik. Antaranya adalah Meet Wombat and Friends. Kawan-kawan wombat ada banyak, seperti ular, serangga dan lain-lain.

Dalam sehari ada 3 sesi sahaja, so manage your time okay!
  • 11.00 am 
  • 02.00 pm
  • 03.45 pm


Yang macam tikus ni adalah.. hmm lupa namanya.. haha...



Haiwan dari keluarga reptilia pun ada...



 
Si Wombat yang gemuk, sensitif dan pemalas.. haha...


Meet the koalas...

Dan nak jumpa koala ni menyebabkan kami terpaksa beratur panjang sebab ramai betul orang nak bergambar dengan koala. Masa lawatan juga singkat sebab koala nak tidur katanya. Kalau tak cukup rehat diorang boleh mati.

Sesi yang available adalah seperti berikut:
09.00am - 09.30am
11.30am - 12.30pm
02.30pm - 03.00pm
04.00pm - 04.30pm


Nah.. si koala yang sedang memanjat...

Panjat si koala panjat.. Panjat la tinggi tinggi...

Farm Shows...

Haa.. farm shows ni pun menarik. Dalam kandang ni, kami dapat melihat cara-cara bulu kambing biri-biri dipotong. Masa kami datang tu, ada 5 orang kanak-kanak comel dipilih untuk menyusukan anak kambing biri-biri (billy) yang juga comel-comel.. hehe...


Aktiviti memotong bulu si kambing biri-biri...


Molly's Farm...

Masa kat Molly's farm ni kitorang sekadar jalan-jalan je. Tengok kuda padi yang comel. Ambik angin yang sejuk sepoi-sepoi menyapa pipi.. wah gittew!


Ni kot si Molly tu.. sejenis kuda padi...



Sejuk dan nyaman di sini...


Perjalanan pulang ke Perth City...

Okay, da settle seharian di sini, maka tibala masa untuk balik hotel. Penat berjalan tapi hati puas.

Untuk balik semula ke Perth City:
  • Jalan kaki/naik van ke Whiteman Park entrance 
  • Lintas ke seberang jalan untuk ambik bas ke Bassendean Station (bas 955) 
  • Naik bas. Boleh guna Family Rider Pass
  • Sampai je Bassendean Station, ambik Midland Line ke Perth Station. Juga boleh guna Family Rider Pass
  • Boleh turun di stesen Mclver atau Perth. Ikut suka..
  • Then jalan kaki balik hotel.

Sesampainya di hotel, rehat sepuasnya.. wehuuu..

HARI KELIMA (08/07/2016 @ Jumaat)

Malaysia, we are home...

Berpagi-pagi kami bangun, sarapan dan packing barang-barang. Flight kami balik ke Malaysia adalah pada pukul 4.40pm dan kami mesti ada kat sana lebih kurang pada pukul 2.40pm. lagi awal lagi selamat. Yela kan, mana nak tau ada halangan ke masalah ke di saat akhir, at least ada juga la masa nak settle.

So, untuk kali terakhir kami singgah makan di kedai arab di sebelah Pensione Hotel. Makan nasi arab kenyang-kenyang sebab next makan adalah bila sampai Malaysia nanti.

 
Ramai juga nak ke airport naik airport shuttle - CONNECT ni...

Untuk ke airport, kami berjalan kaki sahaja ke depan Kings Perth Hotel sebab situ salah satu tempat Perth Airport Connect Shuttle pick up dan drop off point. Untuk info lebih lanjut atau alternatif lain, boleh ke website Perth Airport Shuttle. Untuk tahu jadual perjalanan airport shuttle bus ni tengok kat Perth Airport Shuttle timetable. Senang korang nak rancang perjalanan nanti. Harga tiket sehala hanya AUD15/pax.

Selepas beberapa ketika, kami da sampai Shah Alam.. haha.. Cepat sangat tu.. Okayla guys, setakat ini sahaja coretan dan perkongsian yang dapat kami share dengan para pembaca.

Hope dapat memberi sedikit sebanyak info untuk korang membuat persediaan ke Perth okay!

Untuk pertanyaan, boleh:
email: rajaeyrie@gmail.com


Nota kaki:
> As at 28 June 2016, AUD1 = RM3.11

You Might Also Like

6 comments

  1. Thank you for sharing a very detailed itinerary. Appreciate it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks wiz.. really hope to help others... ��

      Delete
  2. tqtqtq.... teringin gak nak p bwk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne kak percutian d sana aritu? Okay?

      Delete
  3. Kalau bawa baby berumur 6 bln sesuai tak masa winter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winter di Aussie tidaklah sesejuk negara Eropah. So for me rasanya xde masalah sbb suhu dia mcm kat genting je rasanya..

      Delete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)