Percutian Raja Eyrie ke Seoul, Korea Selatan Winter 2016

12:13 AM

Ke Korea Selatan kita.. Kpop country!


Raja Eyrie's Other Travelogs... 


Alhamdulillah sekali lagi kami diberi rezeki oleh Allah s.w.t utk menziarah ke negara orang, menghayati keindahan ciptaanNya. Kali ini, kami berpeluang menjelajah ke negara yang popular dengan cerita 'Winter Sonata', iaitu Korea Selatan, atau lebih spesifik, di Seoul.
Sebelum memulakan hujah bicara (cewahhh..) ingin saya mempromosi travelog saya yang lain termasukla negara Barat mahupun negara timur.

Okay, sebelum meneruskan penceritaan yang penuh suka duka di Seoul, ingin saya kongsikan di sini tentang tips dan kaedah sebagai persediaan untuk ke sana. Untuk tidak menyemakkan entri kali ni, saya da tulis entri lain sebagai rujukan kita bersama.. Entri-entrinya adalah seperti di bawah: 

56 Perkara Yang Perlu Dibawa Semasa Melancong 

7 Survival Tips Melancong Ke Korea Selatan

Musim Di Seoul, Korea:
Musim panas (summer): Jun - Ogos
Musim luruh (autumn): September - November
Musim sejuk (winter): Disember - Februari
Musim bunga (spring): Mac - Mei

Okay, tanpa membuang masa, mari kita buat groundwork, di manakah tempat-tempat menarik yang ada di Seoul, Korea... 


Maka perjalanan kami pun bermula...

Hari 1 - 26/12/2016
Penerbangan dari KLIA ke Incheon International Airport

Perjalanan kami bermula dari Shah Alam terus ke parkir bertingkat stesen ERL Cyberjaya/Putrajaya pada petang 25/12/2016, di mana penganut agama Kristian sedang menyambut Hari Natal. Mengapa kami memilih untuk parkir kereta di sini? Sebab ianya adalah alternatif paling menjimatkan, seperti mana yang diceritakan dalam entri lepas, Percutian Raja Eyrie Ke Perth, Australia. 

Sesudah check in luggage, kami terus sahaja masuk ke dalam balai berlepas antarabangsa, memandangkan masa untuk boarding cuma tinggal 40 minit sahaja lagi. Better early than sorry orang kata. Hehe

Maka, selepas 6 jam perjalanan yang penuh liku-liku berduri (padahal tidur je sepanjang flight.. hehe), kami pun mendarat di lapangan terbang antarabangsa Incheon, South Korea. Untuk pengetahuan semua, di Incheon Airport ni ada 'prayer room', tapi maaf ya.. prayer room untuk orang Islam tidak ada. Yang ada hanyalah untuk Buddhist dan Christian sahaja. Maka, dicarilah tempat-tempat tersorok untuk kami menunaikan solat Subuh yang masih bersisa sebelum habisnya waktu solat.

 
Masa kami datang, Korean tengah bersiap-siap menyambut Hari Natal...

Sesudah solat, mencuci muka dan menggosok gigi, kami pun bergegas ke Gate 7 balai ketibaan. Di sana terdapatnya kiosk Widemobile, untuk ambil Pocket Wifi yang telah kami sewa secara online. Laman sesawangnya adalah: Widemobile.

 
Tengah santai-santai di Incheon airport sambil mencuba-cuba pocket wifi yang baru diambil...

Mengapa kami memilih pocket wifi, bukan local simcard? Ya sebab kadarnya lebih murah dan menjimatkan. Total sewaan untuk 6 hari kami hanyalah KRW24,750 sahaja bersamaan dengan RM95, ditempah secara online menggunakan kad kredit/debit. Ini je alternatif paling murah kami dapat cari (kadarnya berbeza mengikut kadar tukaran wang asing). Kadar kelajuan internet di sini juga sangat laju, kelajuan 3G 20MBps manakala kelajuan 4G adalah 120MBps. Laju kan???

 
Ni la dia tempat mengambil pocket wifi yang ditempah secara online...

Seusai mengambil pocket wifi yang disewa, masa menunjukkan pukul 11 pagi. Sebelum bertolak ke tempat penginapan, kami singgah di kedai ala-ala 7Eleven iaitu, GS25 untuk membeli T-Money (macam kad touch n go. Digunapakai untuk semua jenis public transport di Seoul) dan juga susu pisang. Ya SUSU PISANG yang femes tuuuuu!!! Harga sebotol cuma KRW1,300.

Perjalanan dari airport ke Travelers A Hostel

Harga T-Money adalah KRW4,000 dan topup sebanyak KRW30,000 bagi setiap satu kad (kiraan untuk 6 hari di Seoul). Setelah difikir-fikir, kalau naik bas cepat sampai ke hostel, tapi check in pukul 2 petang. Maka untuk melengahkan masa, kami setuju untuk naik subway.

Haa.. nasihat kami sebelum naik subway kat Seoul, baik korang download apps untuk smart phone yang dinamakan 'Subway', lambangnya warna kuning. Senang dan sangat convenient sebab:
  • Boleh check total fares ke destinasi
  • Bleh dapat train terpantas
  • tak buang masa korang nak check peta Seoul yang macam cacing tu
  • Kena ada internet ya kawan-kawan.. Gunalah pocket wifi tadi tuuu..
Then, dengan menggunakan apps Subway ni, kami ke arah Airport Railroad dan masuk menggunakan T-Money. Naik train ke arah Seoul Station dan turun di Gongdeok Station (10th station). Sesudah itu, bertukar arah ke Maecheon Station (Line 5) dan turun di Euljiro 4(sa)-ga. Jumlah kos adalah KRW4,150. Senang je guna apps ni. Tak pening kepala dan buang masa.

Tepat pukul 2.00 petang, kami tiba di stesen Euljiro 4(sa)-ga. Dari stesen itu, kami berjalan selama 5 minit untuk sampai ke hostel kami iaitu, Travelers A Hostel. Dengan bantuan Google Maps, kami dapat cari hostel tu dalam masa 10 minit sahaja.

 
Nasib baikla hostel ni dekat je dengan subway...

Hostel ni adalah antara hostel yang mendapat review terbaik di Seoul oleh kalangan backpackers. Seusai check in, kami pun masuk bilik, mandi dan masak (kami bawak rice cooker dan packed food from Malaysia hokayyy...). Hari pertama di Seoul dihabiskan dengan beristirehat di bilik memandangkan hari gelap bermula pukul 5 petang.

Hari 2 - 27/12/2016
Namsangol Hanok Village & Seoul Time Capsule

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi yang dimasak sendiri. Takdela kempunan sangat nak makan nasi kat sini sebab beras pun ada dibawa. Sesudah bersiap, kami pun naik subway ke Chungmuro Station. Keluar dari stesen tu, jalan lurus sampai nampak stesen minyak dan ambik lorong ke kiri dan nampak pintu masuk ke Namsangol Hanok Village. Untuk lebih terperinci cara ke sana, bleh usyar entri ni... 21 Tempat Menarik Di Seoul Dan Cara Ke Sana
 
Berada di depan pintu masuk Namsangol Hanok Village...



Terasa seperti berada dalam zaman dinasti dahulukala...


Boleh buat cover album ni.. hehe...

 

Menjejak salji semalam yang bertaburan di lantai...

Terdapat banyak binaan rumah lama yang dijadikan tempat sejarah di kampung ini. Kami mengambil peluang untuk bergambar dan menjejaki Seoul Time Capsule di sana. Hanya dengan berjalan kaki sahaja sebab dekat.



Laluan rahsia ke Time Capsule.. jeng3...

 

Benda bulat tu la Seoul Time Capsule...



Namsan Tower and Cable Car

Sesudah puas menjelajah ke seluruh pelosok Namsangol Hanok Village, kami pun kembali ke stesen subway untuk ke Namsan Tower. Dari stesen itu, kami turun di Myeongdong Station (exit 3) dan berjalan ke arah Namsan Cable Car. Untuk ke Namsan Tower, kami memilih untuk naik cable car dari kaki bukit Namsan.


Jumpa Pacific Hotel tu kan, ambik lorong sebelah kiri tu dan jalan terus ke arah Namsan Cable Car...

 

Akhirnya sampai juga kat stesen kereta kabel ni. Penat kitorang mencari...

Dengan menggunakan apps SeoulPass yang dimuat turun ke dalam henset, kami dapat beli tiket cable car ni dengan harga yang murah. Harga asal KRW6,000 per trip per person. Tapi kami dapat KRW5,000 per trip dengan apps ni. Diulang sekali lagi, SeoulPass apps ye kawan-kawan!

Cara nak jalan kaki ke stesen cable car ni agak mencabar sedikit. Agak tersesat juga kami mencari, ditambah pula orang tempatan tak berapa reti berbahasa inggeris menyukarkan tujuan kami. Bleh klik entri Tempat Menarik Di Seoul dan Cara Ke Sana. Ada saya terangkan di dalam entri tersebut.

Sesampainya kami di puncak Namsan Hill, kami berjalan naik atas untuk ke Namsan Tower. tapi sebelum itu sempat juga kami mengambil sekeping dua gambar di anak-anak tangga yang ada di situ.


Panjat tangga sambil main salji...


Kat tangga menuju ke Namsan Tower ni pun da boleh nampak bandar Seoul...


 
Ni la dia tempat femes orang dok letak-letak mangga kunci tu kononnya melambangkan ikatan cinta setia.. chiaa chia chiaaa...

Selesai bergambar, kami pun terus menuju ke Namsan Tower untuk ke observatory. Dengan SeoulPass, kami dapat harga KRW7,500/person (harga asal KRW10,000/person).

 
Camera tak mencapai gambar puncak.. Guna henset je..


Namsan Tower observatory deck...

 

Nah.. ada pula jual jajan kat atas ni.. nyummy...

Hari beransur gelap. Masa naik tadi guna cable car, so masa nak turun ni kami decide nak naik bas pula. Senang, selesa dan murah, cuma KRW1,000 sahaja seorang untuk ke Chungmuro Station.


Tengah tunggu bas nak balik ke subway station...

 

Ramai juga yang sama-sama menunggu bas...

Selepas menunggu kira-kira 15 minit, bas (Namsan SunHwan No 2) pun tiba. Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami pun tiba di Chungmuro Station. Dari stesen tersebut, kami ambik subway ke Euljiro 4(sa)-ga untuk balik semula ke Travelers A Hostel.


Hari 3 - 28/12/2016
Lotte World

Okay, hari ketiga bermula di mana selepas berfikir panjang, kami memilih untuk ke Lotte World, dan terpaksa melepaskan peluang ke Everland. Antara faktor-faktornya adalah sebab Lotte World ni dekat sahaja, berada di tengah-tengah bandar berbanding dengan Everland yang terpaksa pergi dengan menaiki subway. Perjalanan ke Everland dijangka memakan masa selama 2 - 3 jam. So untuk mengelakkan masa habis di atas jalan, kami memilih untuk ke Lotte World.


Turun je kat subway, kita akan jumpa Lotte World Mall dulu...

 

Da kat depan pintu masuk utama Lotte World...

Lotte World adalah sebuah taman tema indoor yang terbesar di dunia. Ada macam-macam mainan yang menarik dalam tu. Tapi pengunjungnya tersangatla ramai. Dianggarkan masa menunggu untuk sesuatu games tu minimum 20 minit. So kalau nak try semuanya, memang kena datang berulang kali la jawabnya. Penat menunggu je sebab terlampau ramai pelancong yang datang.

Okay, kalau nak ke Lotte World, kena turun kat Jamsil Station. Keluar dari subway, jalan terus dan ikut je signboard nak ke Lotte World. Kalau sesat, boleh tanya guard atau orang tempatan. Insyaallah mereka sudi membantu. Harga asal tiket adalah KRW52,000 per person. Dengan menggunakan SeoulPass lagi sekali, kami dapat harga KRW39,000 per person. Jimat banyak wooo...

 

Ni bahagian outdoor Lotte World...


Kat sini pun ada ruangan yang ala-ala Trick Eye Museum 3D...


Muka teruja nak try games 'Haunted House'...

 

Masa untuk naik belon udara panas..hihihi...

Setelah penat berjimba di Lotte World (padahal penat menunggu...) kami pun balik semula ke hostel, macam biasa naik subway.


Hari 4 - 29/12/2016
Nami Island & Petite France

Hari seterusnya kami merancang untuk menjelajah Nami Island yang tersangat la glemer di kalangan peminat-peminat K-Pop. Kitorang takde la minat sangat K-Pop, tapi menurut kengkawan yang pernah pergi sana, kat Nami Island banyak tempat-tempat menarik untuk berfotografi. So, orang kata rugila kalau datang Korea tak pergi Nami Island.


Muka segar je nak ke Nami Island...


Nak diceritakan macam mana kami dapat book tiket tour ke Nami Island dan Petite France ni, masa sebelum sampai Korea lagi kami da godek-godek aplikasi SeoulPass tu. Tetiba ternampak pakej tour ke Nami Island & Petite France. Harga asal adalah KRW50,000 seorang, tapi guna apps ni kami dapat harga KRW40,000 seorang.

Da settle bayar pakej tu secara online, dalam apps tu tulis tarikh, masa dan tempat untuk berkumpul. Kami punya masa adalah pada 29/12/2017 @ 07.45 pagi, berkumpul depan Dongdaemun History & Culture Park Station (exit 10).

Setibanya di sana, kami berkumpul bersama-sama dengan beberapa orang pelancong lain yang sama-sama menempah tiket tour hari ni. Da siap semuanya, kami di bawa ke pelabuhan Nami Island dengan menaiki bas. Sesampainya di sana, ketua rombongan memberi setiap orang return tiket untuk feri ke Nami Island.


 
Depan gate pelabuhan untuk naik feri ke Nami Island...

Masa diberikan adalah sehingga jam 1 tengahari, semua dikehendaki untuk ambil feri balik ke pelabuhan sebab next station kami adalah ke Petite France.


Atas feri ke Nami Island...

 

Da sampai pintu masuk Nami Island...

Maka, sesi free and easy pun bermula. Kami berdua mengambil peluang untuk menjelajah ke seluruh pelosok Nami Island, bergambar dan berkejaran.. cewahh.. Suhu pada ketika itu adalah sangat sejuk iaitu -7 darjah celsius.


Suhu -7 darjah celcius tapi malangnya salji tak turun lagi...


Merenung tasik yang semakin membeku...


Ni spot dalam citer Winter Sonata yang dinamakan 'First Kiss'...


Spot standard orang Malaysia posing kalau datang Nami Island...

 

Sebelum balik, lunch dan solat dulu...

Masa berlalu dengan cepat menyebabkan kami berkejaran untuk balik semula ke tempat feri untuk balik ke pelabuhan. Kalau lewat nanti tak pasal-pasal kena tinggal dengan bas.. haa padan muka.. hehe

So, Nami Island done.. Destinasi berikutnya adalah Petite France. Petite France adalah sebuah perkampungan ala-ala Perancis, yang terletak tidak jauh dari pelabuhan tadi. Nak cerita terperinci pun tak ingat sangat detail dia. So kalau nak tau tempat ni pasal apa, boleh la Google.. hehe


Petite France...


Memanaskan diri dalam salah sebuah rumah tetamu...


Banyak spot menarik untuk bergambar...


Di salah sebuah guest house yang boleh disewa...

 
Masa untuk pulang...

Masa diberikan untuk berada di petite France adalah lebih kurang 2 jam. So sempatla nak pusing-pusing dalam perkampungan Perancis tu. Rumah-rumah yang dibina tu just macam replika je, walaubagaimanapun, ada je Guest House untuk disewa di sana.Tapi harga memang premium la.. hehe

Sesudah itu, kami pun dihantar pulang ke subway station masing-masing.. Kami turun semula di Dongdaemun History & Culture Park untuk ke Euljiro 4(sa)-ga di mana terletaknya hostel kami.


Hari 5 - 30/12/2016
Trick Eye & Ice Museum & Myeongdong

Hari hari terakhir di negara orang memang tak dapat dipisahkan dengan shopping barang-barang kiriman dan souvenir. Tapi sebelum itu, kami bercadang untuk melawat Trick Eye & Ice Museum Seoul sebab da beli pass masuk daripada SeoulPass. So rugi la kalau tak pergi kan.

Untuk ke sana, kami turun ke Hongik University Station. Cara yang detail untuk ke sana ada saya ceritakan dalam entri Tempat-Tempat Menarik Di Korea. Sesampainya di sana, kami mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk meneroka apa yang menarik sangat kat Trick Eye Museum ni. Harga asal adalah KRW15,000. Dengan SeoulPass kami dapat tiket berharga KRW12,000 seorang sahaja. Bergambar di sana sini untuk melengkapkan travelog kami. So takdela kempunan bergambar dengan 'jerung 3D' kat sana.. Hehehe..

 
Jerung 3D...


Bergambar dengan Tom Cruise...


 
Ice Museum.. kecik je tempat ni..

Okay, da settle bersuafoto di Trick Eye Museum, kami pun ambik subway dan turun di Myeongdong Station. Sesampainya di sana, nah tu dia.. Borong semua benda sampai hari gelap...

Hari 6 - 31/12/2016
Penerbangan dari Incheon International Airport ke KLIA

Home sweet home. hari terakhir di Korea. Pagi-pagi lagi kami da bersiap untuk ke airport dengan menaiki subway. Senang dan selesa. Sesampainya di airport, kami terus check in dan terus sahaja masuk ke balai berlepas untuk pulang ke tanah air tercinta.


**TAMAT**

You Might Also Like

2 comments

  1. Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)