Cerita Rakyat: Keldai Dengan Serigala

12:00 AM


Pautan untuk kembali semula ke: Koleksi Cerita-Cerita Rakyat

Pada suatu pagi, seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sungguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.

"Oh, beruntung sungguh aku hari ini!"


Setelah kenyang, keldai memandang sekeliling, tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya.

"Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari, tentu serigala itu berjaya mengejar aku", rungut keldai yang ketakutan itu.

Tiba-tiba keldai mendapat satu idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah serigala.

"Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?" tanya serigala yang kehairanan.

"Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga", kata keldai dengan berani. 

"Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga", kata serigala.

"Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamu".

"Baiklah, aku setuju dengan cadangan kamu", kata keldai.

"Tapi sebelum kita main kejar-kejar, aku mahu meminta pertolongan kamu. Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku?" 

"Ya, sudah tentu aku akan tolong kamu!" kata serigala.

Keldai pun menghulurkan kaki belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut, keldai pun menendang muka serigala dengan kuat. 

"Aaaaaahhhhhhh!", jerit serigala dengan kuatnya.

Disebabkan tendangan keldai itu teramat kuat, serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya ia berdiri dengan kesakitan yang amat sangat.

"Lain kali aku akan tangkap kamu dan makan kamu!", jerit serigala dengan marah. Maka terselamatlah si keldai pada hari itu.

-Tamat-

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)