Cerita Rakyat: Cerita Sang Kancil Dan Gajah

6:40 PM


Pautan untuk kembali semula ke: Koleksi Cerita-Cerita Rakyat

Pada suatu hari ketika sedang berjalan-jalan di sebuah hutan, Sang Kancil telah terjatuh ke dalam sebuah lubang yang agak besar. Puas dia berusaha untuk keluar dari lubang berkenaan, namun tidak berdaya.

Secara kebetulan pada ketika itu lalu seekor gajah dan menghampiri lubang di mana Sang Kancil berada. Bagi Sang Kancil kehadiran Sang Gajah di tepi lubang berkenaan akan memberikan peluang keemasan kepadanya untuk keluar dari lubang berkenaan. Sang Gajah agak hairan melihatkan Sang Kancil berada dalam lubang berkenaan lalu Sang Gajah bertanya kepada Sang Kancil.

"Mengapa kamu berada dalam lubang ini?", tanya Sang Gajah.

"Apakah kamu tidak tahu yang langit akan runtuh sebentar lagi?", jawab Sang Kancil.

Sang Gajah menggeleng-gelengkan kepalanya, menandakan yang dia tidak mendengar khabar sedemikian.

"Jikalau anda mahu selamat dari langit yang hendak runtuh itu, lebih baik anda masuk ke dalam lubang ini bersama aku untuk menyelamatkan diri", sambung Sang Kancil.

"Baiklah...", kata Sang Gajah tanpa berfikir panjang. Dan Sang Gajah pun memasuki lubang untuk bersama-sama dengan Sang Kancil mengelakkan dari 'langit yang hendak runtuh'.

Strategi seterusnya Sang Kancil ialah bagaimana ia akan mengeksploitasi Sang Gajah untuk membolehkan dia keluar dari lubang demikian. Dia mendapat satu akal.

Ketika Sang Gajah sedang tidur, menggunakan taktik menjentik anu gajah berkenaan (gajah jantan). Sang Gajah terjaga, lalu marah dengan perbuatan Sang Kancil menjentik anunya. Sang Kancil mohon maaf di atas perbuatannya itu dengan alasan tidak sengaja. Sang Gajah agak berpuas hati dengan alasan Sang Kancil berkenaan.

Sang Gajah menyambung tidurnya. Sekali lagi Sang Kancil menjentik anu gajah berkenaan. Kali ini Sang Gajah mula marah akan perbuatan Sang Kancil, seraya berkata,

"Jikalau kamu jentik sekali lagi anu aku, kamu akan aku campakkan keluar dari lubang ini. Dan kamu akan mati dihempap langit nanti..."

"Janganlah begitu. Aku takut", kata Sang Kancil berpura-pura. Sebenarnya tindakan itulah yang amat dikehendakinya supaya dia boleh keluar dari lubang berkenaan.

Dan Sang Gajah terus cuba melelapkan matanya. Sekali lagi Sang Kancil bertindak menjentik anu si gajah. Sang Gajah begitu marah. Sudah beberapa kali dia beri amaran supaya jangan bertindak begitu, tetapi Sang Kancil terus tidak peduli.

Sang Gajah terus menangkap Sang Kancil dengan menggunakan belalainya dan mencampakkan Sang Kancil keluar dari lubang berkenaan.

Apabila berada di luar lubang Sang Kancil terus ketawa berdekah-dekah seraya berkata,

"Memanglah aku nak keluar dari lubang ini", kata Sang Kancil.

"Mana ada langit nak runtuh… aku tipu sahaja...", kata Sang Kancil lagi.

Sang Gajah begitu marah.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Pengalaman Isteri Bersalin Sebagai 'Full Paying Patient (FPP)' di Hospital Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua di sini dan di sana, Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat co...

Disable text selection (prevent copy and paste)