Cuka Kurma/Epal Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

4:46 PM

As salam dan selamat kembali kepada semua pembaca.

Haa, hari ni saya mahu menceritakan tentang khasiat cuka kurma/epal. Kenapa cuka? Masam tuuu.. Haa, sebab tu saya tulis entri ni, nak share pengalaman saya minum air masak + cuka pada waktu pagi.

Tips ni memang sunnah Rasulullah yang kita sayangi, tapi jarang kita dengar sebab tak ramai orang nak buat. So, memandangkan saya sendiri dah cuba, so saya boleh la nak cerita panjang-panjang pasal minum air bercampur cuka ni..hehe

Mula-mula saya nak cerita, macam mana saya boleh rasa nak cuba. Haa, jawapannya dia, 2 minggu lepas, saya ada borak-borak dengan salah sorang Manager saya. Saya pun tanya la dia camne dia boleh nampak segar sepanjang hari. Dia pun cakapla, pemakanan kena jaga. Paling mudah dan murah minum air cuka setiap pagi selepas mandi.. Haa? air cuka? Masammmm tuuu..hehe..

Cara dia bukanlah minum cuka kawan-kawan. Caranya mudah sahaja:

1. Ambik sebiji gelas dan isikan air suam

2. Campurkan satu sudu cuka kurma/epal dan gaulkan hingga sebati

3. Baca bismillah dan selawat 3 kali

4. Minum tanpa ragu2..hehe. Kalau x tahan masam, leh campur dengan sesudu madu

Hari pertama saya cuba petua ni, pergh..memang menakjubkan. Saya selalu pagi2 akan sarapan kat ofis. Dan boleh kata after sarapan tu, mata akan rasa macam nak tido mengantuk, badan pun lemah ckit. Tapi bila saya dah try petua ni, badan rasa macam bertenaga, mata pun tak berat dah macam biasa.

Memang kajian menunjukkan dengan minum air bercampur cuka pada waktu pagi sebelum breakfast boleh meningkatkan kadar metabolisme badan. Dan secara tak langsung leh turunkan berat badan yang berlebihan.

Gambar di bawah adalah contoh cuka kurma yang bleh didapati di pasaran:

Contoh cuka kurma...

Bertenaga sambil buat pahala. Selamat mencuba......;)

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)