Kesihatan & Anda

3:48 PM

As salam semua...Sihatkah semuanya?
Anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan K.E.S.I.H.A.T.A.N? Dalam entri ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang apakah erti kata sebenar kesihatan dalam bahasa tersurat dan juga tersirat.

Menurut Badan Kesihatan Dunia (WHO), kesihatan dapat diertikan dengan "keadaan lengkap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial dan bukan hanya kerana tiada penyakit atau kelemahan".

Kepada yang sihat tubuh badannya, haruslah menjaga kesihatan samada muda ataupun sudah berumur. Bagaimanakah kita dapat menjaga kesihatan? Saya akan berkongsi serba sedikit tips-tips untuk menjaga kesihatan.

Terdapat 3 kategori yang perlu kita titikberatkan iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental & kesihatan sosial.

1. Kesihatan Fizikal
Untuk menjaga kesihatan fizikal, ada beberapa perkara penting yang perlu diutamakan iaitu:
  • Pemakanan 
  • Senaman 
  • Pemakaian 
  • Waktu rehat
Setiap aspek berkenaan mempunyai banyak cara yang boleh dilakukan sebagai rutin harian. Contohnya pemakanan. Cara yang paling mudah adalah dengan mengambil diet yang seimbang dengan erti kata lain mengambil set makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), protein (ayam) dan sumber vitamin (sayuran).

2. Kesihatan Mental

Mungkin ramai yang sudah arif dengan cara menjaga kesihatan fizikal. Tapi tidak ramai yang tahu cara menjaga kesihatan mental. Caranya tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan malah resultnya sangat menggalakkan. Cara yang saya selalu lakukan adalah dengan cara bertafakur.

Caranya mudah sahaja, ambil masa rehat 5-10 minit, pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus sambil membayangkan suasana yang indah. Kalau nak tidur terus pun boleh. tapi bukan waktu pejabat ya!

3. Kesihatan Sosial

Bagaimana ingin mendapatkan kesihatan sosial di kala gejala buruk sosial semakin menular di kalangan anak-anak muda pada masa kini? Cara saya senang sahaja. Saya akan melibatkan diri dengan aktiviti sukan selepas waktu kerja. Bila badan dah cukup latihan, malam-malam boleh tidur awal..hehe.

Di hujung minggu pula, saya suka mengemas rumah, membasuh kereta dan motor. Di waktu petang dan malam pula, saya suka melawat kawan-kawan dan sanak saudara. Di samping dapat merapatkan silaturrahim, boleh juga mengenal bakal isteri..hihi..gurau je..

Sekian, salam mesra.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)