Sebab Musabab Lampu 'Check Engine' Yamaha FZ150i Menyala

11:05 AM


Siap-siap nak pergi kerja, hidupkan enjin tiba-tiba motor tak boleh start dan lampu enjin menyala? Bila guna 'kick start' baru enjin hidup, tapi sangkut-sangkut macam nak padam.

Kenapa ya?

Ada beberapa sebab yang menjadi punca kenapa lampu 'check engine' motor anda menyala dan simptom-simptom seperti di atas berlaku. Antaranya adalah...

1. Bateri kong/ terminal penuh karat
Cuba tukar bateri baru. Sel basah atau sel kering mana-mana pun boleh. Kalau bateri 'kong' dalam masa beberapa jam, maksudnya bateri tidak dapat 'recharge' dengan sempurna. Berkemungkinan masalah berpunca daripada 'charging system' motor anda - 'rectifier' dan 'magnet coil'.

2. Rectifier (katab) kong/ problem
Bila motor asyik-asyik nak mati, tu maksudnya 'current' dari 'charging system' ke bateri seterusnya ke ECU adalah rendah. 'Rectifier' adalah komponen penting dalam 'charging system' motor anda. Sepatutnya masa 'idling/ free gear', kekuatan 'current' adalah sekitar 12-13 volt. Kalau semasa motor berada dalam gear 1-6, biasanya 'current' adalah sekitar 13-14 volt. Maka, kalau 'current' berada di bawah 11 volt, lampu 'check engine' pasti akan menyala sebab 'current' yang rendah, lalu menyebabkan enjin motor terhenti dengan sendirinya.

Untuk memastikan samada masalah berpunca daripada 'rectifier', cuba sentuh rectifier lepas itu kira 15 saat...
  • Suam-suam = Okay
  • Panas = hampir rosak 
  • Tak rasa apa-apa = Rosak
3. Magnet coil rosak
'Magnet coil' berputar dalam enjin untuk menghasilkan 'current' untuk dialirkan ke ECU dan 'rectifier' untuk mengecas semula bateri. Kalau magnet coil tidak berpusing, 'current' tidak dapat dihasilkan, maka bateri tidak dapat dicas semula.

4. Electronic Control Unit (ECU) rosak
Ini adalah mimpi ngeri untuk semua pemilik motorsikal kerana ECU adalah komponen yang mahal untuk ditukar ganti. Sekiranya ketiga-tiga sebab di atas bukan menjadi punca sebenar, maka kemungkinan besar kerosakan utama berpunca daripada ECU motor anda.
 
Terdapat beberapa penyebab kerosakan ECU:
  • Penggunaan komponen elektrikal 'after-market' yang tidak menepati piawaian pengilang
  • Pemasangan aksesori elektrikal secara berlebihan dan mengganggu sistem elektrikal asal motorsikal anda
  • Gangguan 'current' yang berpanjangan - sebagai contoh, pendawaian yang silap

Maka, silakan cuba dulu 'self-test' seperti di bawah...

  • Cuci bahagian 'connector' wayar 'charging system' di bawah tempat duduk atau mana-mana 'connector' yang ada. Pastikan 'wiring' semua dalam keadaan yang memuaskan;
  • Periksa fius di bawah seat dan pastikan keadaannya baik dan sempurna;
  • 'Recharge' atau tukar bateri baru;
  • Kalau masalah kembali selepas 1-2 hari, periksa 'rectifier' dan 'magnet coil' (tepi sebelah kiri enjin); 
  • Kalau tidak berhasil juga, silalah bawa motor anda ke bengkel motor yang berdekatan untuk pemeriksaan penuh.
Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

37 comments

  1. kalo klip bateri longgar boleh jadi juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi juga tuan.. better kasi pomen check. takut api x sampai..

      Delete
  2. Salamat mlm fz150 old nak tanya Rectifier yang lama panas tak bolih masuk cas saya beli baru ok masuk cas tapi pasan juga ???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam. recttifier yg sihat mmg akan panas tuan. dia panas suam2..

      Delete
    2. salam.saya pun sama.fz old. dulu panas2 suam.masa tu elokla charging.then baru2 ni bat kong cek rectifier panas sgt.charging xmasuk.la ni dh ganti rectifier.charging masuk tapi panas xleh tahan.

      Delete
    3. cuba mtk mechanic tu check wiring. Takut ada wiring jem. magnet coil da check?

      Delete
  3. Assalam. Nak tanya, moto saya lampu depan dan belakang tak menyala taktahu punca apa. Saya dah cek bulb semuanya elok lagi. Bila tekan brek menyala, then timing saya asyik nak mati ja. Lepas semua ni jadi saya rasa bateri saya mcm drain sgt. Minta pencerahan dr otai2. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ecu ada problem.. try bwk p check guna device utk check ecu. pomen2 biasanya ada..

      Delete
  4. Salam, nak tnya, moto sy jenis skuter nouvo lc, hari ni lampu enjin menyala, bawak pun jalan semput2, bila berhenti moto mcm nak berjalan sendiri mcm ada gear, tapi tak pulas minyak pun, apa problemnya ye?

    ReplyDelete
  5. Masa nga bwk ttbe nyala.
    Pstu dia padam sndiri ..
    Blh tahu bossku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kes moto saya

      Delete
    2. Ni mcm rectifier da kong ni. Try check coil, rectifier or bateri.

      Delete
  6. Masa nga bwk.
    Dia nyala.
    Pstu padam
    Blh tahu bossku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sebab bateri kong. check samada bateri yang betul2 kong atau rectifier yg rosak sebab tak boleh recharge battery

      Delete
  7. kalau lampu sebelah dia yg nyala mcm mne plk tu tgh laju org lepas jalan jauh dia nyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. lampu sebelah lampu 'check engine' tu engine temperature punya lampu. maksudnya enjin panas. try check kuantiti coolant. takut da kering

      Delete
  8. lagi satu,spark plug problem pun memang akan menyala lampu tu

    ReplyDelete
  9. y15 aku time bawak tiba2 meter check engine naik terus mati enjin terus tak boleh start, apa masalah nya tu eh? mintk pendapat korang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tukar bateri baru pun jadi mcm ni, most probably rectifier rosak..

      Delete
  10. Salam boss..sy da tukar retifier..tp still memyala lampu enjin..ada sebab lain x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. motor padam tak lepas nyala lampu check engine? kalau padam maksudnya masih lagi problem magnet coil/ rectifier/ battery. Kalau tak padam, check spark plug ataupun wiring takut ada wiring sensor terputus.

      Delete
  11. saya baru mengalami masalah yg sama,lampu check engine sekejap menyala skejap mati,masa motor tidak bergerak dia akan mati sebaik motor bergerak terus lampu engine menyala.
    masalah selesai lepas saya tukar rectifier/katab. Original yamaha RM95

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kebiasaannya mcm ni la kalau power bateri tak cukup. So masalahnya adalah berpunca daripada bateri, samada bateri kong atau sistem pengecasan bateri tu yang kong (rectifier, magnet coil etc.)

      Delete
  12. motor fz lama saya bru jer tukar batery.. sekali start enjin hidup.. lepas tok cuba lagi tak dapat hidup pulak.. ada bunyi batery tdk kuat.. bila cek vol batery 12.22, lepas tu enjin hidup vol dia 12.99 kadang2 sampai 13. 30 .. apa masaalah sebenar nyer.. bossku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni masalah ni mcm rectifier problem ni. Try google cara check rectifier. Mudah je.

      Delete
  13. Y15 v2 saya keluar warning engine tp still dapat start ..knape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sebab. Try tgok terminal bateri ada longgar ke tak? ada usik enjin modi2 ke?

      Delete
  14. Assalam bos nak tanya, saya punya fz old bila start engine lemau pakai kaki, lepas hidup tu kalau tak rem2 lampu check engine menyala, lepas rem2 berapa second dia hilang balik, then kalau biar tak usik dia nyala balik, lepas nyala tu terus semput2 dan mati. Coil magnet, katab dgn bateri semua baru tukar, tapi jadi mcm tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiga2 ni da tukar, most probably ada wiring yang da kong. Barang yamaha ni mmg terkenal dgn wiring cepat reput.

      Delete
  15. Salam bro. Nak tanya, fz saya baru baru ni meragam teruk. meter rpm lari lari, lepastu terus tak function. lampu engine yg warna oren tu pun menyala, tak berkelip. bila saya nak start engine, takboleh start terpaksa tolak and masuk gear 2 baru boleh hidup. bila time bawa tu, time laju atau slow, motor jadi semput semput. bila berhenti je motor terus padam and nak start balik pakai starter atau kick starter, motor tak hidup. kenapa ya? nak kata spark plug, saya baru je tukar. tapi bila saya touch dkt katab, rasa mcm panas sangat. pening kepala la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan pertama.. ada modi fz tak?

      kalau katab terlampau panas, ada prob dgn katab ataupun wiring dia.. simptom rpm lari2 ni boleh jadi ECU problem. Pakai ECU ori ke after market?

      Delete
  16. Salam boss.saye pakai motor lagenda 115 fi,saye beli ecu bru and then naik dyno,lepas je test tiba tiba ecu shot,pastu lampu engin berkelip banyak kali x berhenti-henti

    ReplyDelete
  17. lampu background meter xmenyala bos.prob apa ye bos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tu sebab mentol belakang meter terbakar/ rosak.

      Delete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Pengalaman Isteri Bersalin Sebagai 'Full Paying Patient (FPP)' di Hospital Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua di sini dan di sana, Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat co...

Disable text selection (prevent copy and paste)