Percutian Raja Eyrie Ke Ho Chi Minh, Vietnam 2015

10:19 AM

Kali ni saya ke Ho Chi Minh, bukan sebagai pelancong tapi sebab kerja. Walaupun begitu, saya nak kongsikan tempat-tempat menarik di sana. Antaranya adalah:

1) BEN THANH MARKET

Kalau tidak mahu bersusah payah fikir macam-macam Ben Thanh Market adalah tempat yang sesuai. Semuapun ada di sini namun yang penting kenalah pandai untuk menawarkan harga. Setengah orang memang tidak kisah harga lebih sedikit asalkan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke banyak tempat. Di sinilah syurga membeli belah kain, memang rambang mata dibuatnya apabila kita masuk kebahagian kain. Rasa nak beli semua kerana terasa murahnya kalau dibandingkan dengan kain di negara sendiri. Ada English cotton, Vietnamese cotton,  Japanese silk, Vietnamese Silk, kain satin, kain lace bermanik, kain lace berlabuci, kain viscose dan lain-lain lagi.

Bukan sekadar kain sahaja ada di sini, ada juga baju kurung siap, jubah siap, blaus, t-shirt, kasut bling-bling (auw), beg tangan, beg sandang, telekung, barang perhiasan rumah, cadar, lapik meja, souvenier dan lain-lain lagi. Jadi tidak perlu runsing dah penat membeli belah boleh hantar ke hotel dulu, luruskan kaki sekejap dan turun balik kerana banyak hotel di keliling pasar Ben Thanh ini.



Paling seronok di pasar Ben Thanh ini ialah peniaganya boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, jadi mudahlah sikit segala urusan. Bab memuji memang diaorang pandai sangat terasa cantik sangatlah kitani padahal dia nak bodek kita jer.. Lagi seronok matawang ringgit juga boleh digunakan di sini disamping boleh juga menggunakan US dollar dan Vietnam Dong. Pasar ini memang mesra pelancong.

Harus diingatkan di Pasar Ben Thanh ini ada dua bahagian kedai, iaitu bahagian harga tetap dan satu lagi kedai yang boleh tawar menawar. Jadi janganlah duk menawar di kedai yang telah tertulis fixed price tu memang nak kena maki ler jawabnya.

Masa operasi :-
Setiap hari dari 8.00 pagi ke 5.00 petang..
Selepas di tutup, kemungkinan peniaga yang sama akan berada di pasar malam di luar Pasar Ben Thanh sehingga pukul 11.00 malam.


Ben Thanh Market di siang hari

Ben Thanh market at night...

Ben Thanh market in the evening...

2) PASAR MALAM

Pasar malam terletak di luar Pasar Ben Thanh sahaja di sebelah pintu Cua Tay dan pintu Cua Dong. Maknanya ada dua jalan yang digunakan untuk dijadikan pasar malam. Barangan dijual di pasar malam sama shaaja seperti di dalam Pasar Ben Thanh tapi harganya mungkin murah sedikit kalau pandai tawar menawar. Tapi harus diingatkan kalau tiada niat membeli jangan bertanya kerana peniaga di sini agak agresif
Waktu operasi :-
Setiap hari dari 7.00 malam hingga 11.00 malam


Pasar malam
3) BINH TAY MARKET

Pasar Binh Tay ini secara tidak rasmi dipanggil Pasar Cho Lon, kerana terletak di kawasan Cho Lon. Cho Lon ini pula dikenali sebagai Saigon's Chinatown kerana ramai orang Cina menetap di sini. Reka bentuk pasar ini juga banyak unsur-unsur Cina.



Itu fakta yang saya baca dari google tapi yang penting ramai orang kata harga di Pasar Binh Tay ini lebih murah berbanding dengan Pasar Ben Thanh. Namun pada saya lah kalau kita sekadar pergi untuk membeli dua tiga pasang kain sahaja eloklah kita tidak ke situ buang duit teksi sahaja. Di sini konsep borong kalau setakat membeli sehelai dua kurang dilayan. Peniaga di sini juga kurang pandai berbahasa Malaysia membuatkan komunikasi kita umpama itik dengan ayam. Kalau Pasar Ben Thanhtu sempit di sini lagiler sempit dan bersesak-sesak kerana pembelinya bukan window shopping macam kita. Pembeli di sini adalah peniaga yang membeli secara borong berkemungkinan penjual di pasar Ben Thanh dan tempat lain.


Tapi untuk pengalaman apalah salahnya kita ke sini. Boleh menaiki teksi Vinasun yang boleh diambil dari hotel dan katakan ingin ke sini. Malah ada maklumat yang saya dapat dari blog siapa tak ingat boleh naik bas dari Pasar Ben Thanh untuk ke sini. Ambil bas bernombor 1 dan kadar bayaran lebih kurang VD5000 dan perjalanan kesana adalah lebih kurang selama 30 minit ke 45 minit. Katanya bas itu akan berhenti di perhentian yang terakhir. Mungkin lepastu carilah bangunan seperti di bawah untuk rujukan.
Maklumat tentang Pasar Binh Thay :-
Dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Alamat :
57, Thap Muoi
District 6


Pasar Binh Thay

4) DONG KHOI STREET

Bagi yang ingin membeli belah di kawasan dengan fesyen yang  lebih  moden dan persekitaran yang lebih maju disinilah tempatnya. Di sinilah tempat terletaknya hotel, pusat membeli belah moden juga butik terkenal keluaran luar negara yang menawarkan fesyen yang lebih terkini. 



Harga janganlah hendak dibandingkan dengan Pasar Ben Thanh memang jauh panggang dari api kerana yang mampu bershopping di sini hanya orang yang ada-ada sahaja
Dong Khoi Street
5) RUSSIAN MARKET


Tempat mana dijual barangan sisa export Vietnam seperti t-shirt, baju sejuk (winter coat), beg, back pack, luggage bag, kasut dan sebagainya. Tidak hairanlah kata orang harganya lebih murah di sini. 
Maklumat tentang Russian Market
Waktu dibuka : 9.00 pagi hingga 10 malam.
Alamat :-

328, Vo Van Kiet Street

Tempat di Tingkat 2, Lucky Plaza
Russian Market
6) TEROWONG CHU CHI
 
Terowong Chu Chi adalah tempat bersejarah mengenai askar gerila Vietnam sekitar zaman peperangan pada tahun 1968. Di katakn salah satu jaringan bawah tanah yang di bina oleh pahlawan Vietnam pada zaman menuntut kemerdekaan. Yuran untuk masuk lebih kurang RM12.


Selalunya kawan-kawan blog kita kalau percutian ke sana tidak lama akan memilih Terowong Chu Chi berbanding dengan Sungai Mekong kerana lawatan ke sini hanya separuh hari. 

Maklumat tentang Terowong Chu Chi :-
Yangni kena pergi menerusi ejen yang boleh didapati dikaunter hotel atau ada juga kedai makan menawarkan perkhidmatan ini. Boleh bandingkan harga kalau ada kesempatan. Ada juga yang menyediakan pakej lawatan ke tempat ini dan juga sekitar bandaraya Ho Chi Minh.
Chu Chi Tunnel
7) SUNGAI MEKONG



Menurut kawan-kawan yang pergi ke sana sekiranya kita hendak melawat ke sini perlukan masa seharian. Ini kerana perjalanan dari Ho Chi Minh City ke daerah My Tho lebih kurang 2 jam. Di sana kita boleh menyelusuri Sungai Mekong dengan bot tradisional.
Sungai Mekong
8) WAR REMNANTS MUSEUM
 
Muzium unik dan popular yang terletak berdekatan dengan Independence Palace. Jadi tidak ralat datang kena boleh sekali harung pergi dua tempat. Di dalam muzium terdapat informasi bergambar dan peralatan perang juga replika sejarah seperti helikopter, kereta kebal, meriam dan lain-lain.

Maklumat tentang War Remnants Museum
Yuran masuk : VND 15,000
Alamat :
28, Vo Van Tan Street,
District 3
War Remnants Museum
9) NOTRE DAME CATHEDRAL (1880)


Sebelum ini Notre Dame Cathedral di kenali sebagai Saigon Church. Gereja ini juga di bina oleh Peranchis semasa zaman penjajahan mereka dahulu. Malah bahan binaan juga di datangkan dari Peranchis sebabtu tempat ini terasa kita berada di Paris gitu. Memang tempat menarik untuk bergambar kalau di lihat dari blog kawan-kawan mungkin kerana seni binanya yang klasik dan warna yang agak menonjol.
Notre Dame Cathedral
10) BITEXICO FINANCIAL TOWER


Tinggi menara ini ialah 265 meter dan terdapat 68 tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di Vietnam. Seperti Menara Kuala Lumpur terdapat juga sky deck yang menawarkan 360 darjah pemandangan bandar HCMC. 
Maklumat tentang Bitexico Financial Tower Deck
Yuran masuk : VD300,000
Alamat :-
45, Ngo Duc Ke Street,
District 1
Bitexico Financial Tower
11) Song Be Golf Resort

Okay kat sini kawan satu ofis bawak kami makan tengahari. Suasana padang golf yang luas menjadi tempat santai kami menjamu selera.


Song Be Golf Resort...

Santai petang di bandar Ho Chi Minh...

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts