7 'Survival Tips' Melancong ke Korea Selatan

12:10 PM

Korea Selatan, sebuah negara Asia yang terletak di selatan Semenanjung Korea, berkongsi satu daripada sempadan ketenteraan yang ketat bersama dengan Korea Utara. Korea Selatan terkenal dengan pergunungan yang menghijau di kawasan luar bandarnya dan bandarayanya yang serba canggih, Seoul.

Okay, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit 7 tips yang berguna untuk 'survive' kat sana, samada sebagai pelancong, 'traveller' ataupun 'backpacker'...

1. Tukar duit Korean Won sebelum ke Korea


Ramai traveller yang saya temui mencadangkan untuk menukar duit Ringgit ke Korean Won di Malaysia. Benar juga kata mereka, tidak semua money changer di Korea menerima Ringgit sebagai tukaran wang. Nilai Ringgit yang rendah berbanding Korean Won antara faktor utama. 

Jika ada money changer yang sanggup terima, nilai tukaran itu pasti lebih mahal berbanding money changer di Malaysia. Sebaiknya, tukar sebelum berlepas ke Korea, jadi tidak perlu pening kepala untuk mencari money changer dan boleh focus bercuti dan berbelanja.

2. Ketahuilah bahawa kos sara hidup di Korea Selatan agak tinggi


Seoul antara bandar yang mempunyai cost of living yang tinggi di dunia. Walaupun kini mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Seoul dari Kuala Lumpur dengan harga yang murah, itu bukan bermakna kos percutian di sini semurah tiket penerbangan yang kita dapat. Ramai juga traveller yang kami jumpa menganggap harga barang di sini lebih kurang sama dengan China. 

Kos belanja di sini boleh dikatakan berkali ganda mahal dari Malaysia kerana kadar mata wang kita yang semakin mengecil berbanding Korea. Sebagai contoh, jika anda menaiki pengangkutan awam seperti subway atau bus, anda akan dikenakan bayaran sebanyak ₩1200 (RM 4.50) untuk sekali naik. ₩100 akan ditambah mengikut jarak tertentu yang anda lalui. 

Selain itu, harga purata untuk satu hidangan makanan di restoran adalah ₩8000 (RM30). Itu belum termasuk hidangan sampingan seperti side dish dan minuman. Oleh itu, membawa makanan dari Malaysia antara salah satu cara untuk menjimatkan kos makan semasa bercuti. Untuk barangan lain seperti pakaian, aksesori dan sebagainya, ia bergantung pada tempat dan kedai.

3. Belajar basic Bahasa Korea


Jika anda tahu basic bahasa Korea, ini sangat membantu. Masyarakat Korea sangat bangga dengan bahasa mereka. Mereka akan bercakap bahasa Korea dengan anda seperti mereka yakin yang anda memahami bahasa mereka. Tak ramai orang Korea yang cuba berbahasa Inggeris dengan traveller kecuali di tempat lawatan pelancong, Tourist Center atau lapangan terbang. Oleh itu, jika anda tahu basic Korean, sudah cukup untuk anda survive di Korea.
 

Contoh basic Korean:
Annyeong-haseyo (안녕하세요) : Hello / Apa Khabar?

Olma-yeyo (얼마예요) : How much / Berapa ?
Odi-yeyo (어디예요) : Di mana?
Sigan (시간) : Masa
Cihacheol (지하철) : Subway / Keretapi bawah tanah
Wen-cheok (왼쪽) : Kiri
Oreun-cheok (오른쪽) : Kanan

Hana(하나) : Satu (1)
Tul(둘) : Dua (2)
Set(셋) : Tiga (3)
Net(넷) : Empat (4)
Tasot(다섯) : Lima (5)
Chon-won(천원) : 1000won
i-chon-won(이천원) : 2000won
sam-chon-won(삼천원) : 3000won
o-chon-won(오천원) : 5000won

Man-won(만원) : 10,000won

4. Pastikan penginapan di lokasi strategik


Ketika anda mencari tempat penginapan yang sesuai, pastikan lokasi hotel/guesthouse yang anda tempah terletak di kawasan yang sesuai. Ada beberapa daerah yang menjadi tumpuan pelancong yang mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri. Myeongdong : Kawasan ini merupakan pusat membeli belah yang menjadi tumpuan traveller. Oleh kerana terdapat pasar malam di sini, kawasan ini agak happening dan ‘hidup’ pada waktu malam. 

Jika anda menginap di kawasan ini, anda tidak cuma menghabiskan masa anda di dalam bilik sahaja, anda boleh manfaatkan masa percutian dengan berjalan di sekitar pasar malam di Myeongdong. Itaewon : Kawasan ini menjadi pilihan traveller muslim kerana terletaknya masjid dan banyak restoran halal. Kemudahan mendapatkan makanan halal di sini antara sebab kenapa daerah Itaewon dijadikan tempat penginapan pilihan traveller. Walaupun di Itaewon terdapat banyak restoran halal terutamanya restoran Pakistan dan Turki, di sini juga terdapat banyak bar dan kelab malam. Setiap malam terutama pada hujung minggu, Itaewon akan dibanjiri orang Korea dan pelancong asing yang datang untuk berhibur dan bersantai di bar. 

Kawasan ini mungkin tidak sesuai untuk anda yang bercuti dalam keluarga serta ada anak kecil. Jongno : Kawasan ini terdapat banyak hotel dan guesthouse murah. Jongno merupakan kawasan yang tidak terlalu bising dan lebih tenang. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan tempat pelancongan seperti Insadong, Istana Gyeongbuk dan Cheonggyecheon Stream menjadikan daerah Jongno antara kawasan pilihan traveller untuk mencari tempat penginapan.

5. Fahamkan peta subway


Terdapat lebih dari 10 line subway yang menghubungkan daerah-daerah utama di Seoul. Hanya dengan menaiki subway, anda boleh melawat banyak tempat pelancongan di Seoul dan sekitarnya. Cuma perkara yang perlu anda tahu adalah memahami peta subway dan arah untuk dituju. Mungkin mudah bagi anda untuk membaca peta subway. Untuk ke suatu tempat contoh ke Myeongdong dari Itaewon, anda perlu tahu di station mana perlu anda naik dan station untuk anda tukar line subway seterusnya di station mana perlu anda turun. 

Kebanyakkan traveller sangat arif dengan teknik membaca map subway, tambah pula dengan bantuan apps yang lebih memudahkan anda memilih line mana perlu anda naik. Tetapi, ramai juga yang telah sampai di station yang ingin dituju, tapi sesat di dalam station kerana ada sesetengah station yang mempunyai banyak pintu keluar atau exit. Setiap exit akan menghala anda ke tempat yang berbeza. Subway station yang besar dan bertingkat dibawah tanah mungkin mengelirukan anda. Oleh itu, selain daripada tahu di station mana perlu anda turun, amatlah penting jika anda tahu exit mana yang perlu anda keluar.

Boleh download mobile apps 'Subway' untuk lebih senang.

6. Tempat membeli belah yang murah di Seoul


Bagi sesetengah traveller, tidak sah jika tidak membeli belah. Ada beberapa port shopping best yang boleh anda tuju. Jika anda shopping di sini, pasti berbaloi-baloi. Myeongdong : Untuk traveller yang mencari barangan kosmetik, skin care dan barangan berjenama, ini tempat yang harus anda tuju. Beratus butik kosmetik dan barangan berjenama terdapat di sini. Pasti anda rambang mata selepas melihat sign board ‘sale’ yang mereka pamerkan. 

Namdaemun Market : Pasar ini adalah port shopping terbaik untuk membeli souvenir. Daripada keychain, t-shirt I love Korea hinggalah ke barangan kulit dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Gwanjang Market : Akak-akak yang meminati barangan fabric, Gwanjang Market pasti tempat yang paling anda sukai. Pasar ini merupakan kawasan pemborong kain terutamanya kain cotton dan Korean silk di Bandar Seoul. Harga disini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan serta banyak pilihan.

7. Bawa business card hotel anda ke mana sahaja.


Bahasa antara masalah utama pelancong jika datang ke Korea. Nasib tidak selalunya baik. Anda mungkin akan tersesat dan tidak tahu cara untuk balik ke hotel. Cara ini boleh membantu anda untuk pulang ke hotel dengan selamat. Di Seoul, anda tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan teksi awam. Setiap teksi di Seoul akan dilengkapi system GPS. Walaupun tidak semua teksi tahu bahasa Inggeris, dengan adanya business card tempat penginapan anda, pemandu teksi akan masukkan alamat di GPS dan mudah bagi mereka menghantar anda terus ke tempat penginapan anda.

Semua teksi di Korea menggunakan meter dan kebarangkalian untuk anda bertemu dengan pemandu teksi yang menipu adalah tipis. Ada beberapa jenis teksi terdapat di Seoul. Teksi biasa berwarna oren dan silver. Kadar meter teksi ini bermula dari 3000 Won. Selain daripada 2 jenis teksi ini, ada juga teksi pelancong dan teksi executive bewarna hitam. Kadar meter yang digunakan oleh teksi ini lebih mahal dari teksi biasa. Oleh itu, disarankan pelancong menggunakan teksi bewarna oren dan silver kerana kadar meter yang lebih murah.


Sumber: http://www.thevocket.com/

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts