Percutian Raja Eyrie ke Osaka, Japan January 2019

12:19 PM

Raja Eyrie's Other Travelogs...

CELEBRATING NEW YEAR 2019 IN OSAKA, JAPAN!


Percutian Tahun Baru kali ini kami memilih Osaka, Jepun sebagai tempat untuk bercuti. Sebab utamanya adalah untuk bermain salji, memandangkan pada bulan Januari masih lagi musim sejuk (winter). Tapi anda perlu tahu, Osaka ini terletak di bahagian bawah negara Jepun, maka kelebatan salji yang turun bergantung kepada nasib. Adakalanya turun, adakalanya tiada yang turun langsung. Maka, pada percutian kami kali ini, salji tidak turun di bandar, tetapi di kawasan pedalaman. Di manakah kawasan pedalaman itu? Sila teruskan membaca ya...

Berikut adalah kos percutian ke Osaka, Jepun pada kali ni:
  • Tiket penerbangan AirAsia & bagasi = RM1,177.70 
  • AirBnB @ Higashiyodogawa (rumah Satsuki) untuk 7 hari 6 malam = RM561.34
  • Insuran Perjalanan (Etiqa Trip 360 Takaful) = RM27.67
  • Tiket-tiket keretapi oleh HIS Malaysia (Osaka Amazing Pass, JR KWAP) & SUICA card) = RM546.00
  • Makanan yang diproses daripada Malaysia = RM60.70
  • 'Travel wifi' = Disediakan percuma oleh tuan rumah AirBnB. Lagipun di Jepun, terdapat wifi percuma di mana sahaja
  • 'Grab Car' (Home - KLIA2 - Home) = RM72.40
P/S: 'Cost breakdown' di atas adalah untuk seorang.

Jumlah keseluruhan = RM2,445.80/ seorang

Sebagai persiapan untuk melancong, anda boleh ke pautan 56 Perkara Penting Untuk Dibawa Melancong Ke Mana Sahaja. 

Musim Di Osaka, Jepun:
Musim panas (summer): Jun - Ogos
Musim luruh (autumn): September - November
Musim sejuk (winter): Disember - Februari
Musim bunga (spring): Mac - Mei

Hari 1 - 01/01/2019 @ New Year!
  • Penerbangan dari KLIA2 ke Kansai International Airport (KIX)
  • AirBnB Osaka (Higashiyodogawa)
Perjalanan kami kali ini menggunakan perkhidmatan 'Grab Car' untuk ke KLIA2. Penerbangan kami adalah pada siang hari, dan dijangka sampai pada pukul 9.40 malam waktu Osaka. Maka, kami kena prepare mental dan fizikal untuk berkejaran di Kansai Airport nanti untuk ambik keretapi ke AirBnB sebab keretapi terakhir dari stesen KIX adalah pada pukul 11 malam. Plan B kami sekiranya penerbangan lewat, kami bercadang untuk tidur di lapangan terbang KIX sahaja, tetapi akan rugi kos 1 malam AirBnB.

Perjalanan dari KIX ke AirBnB memakan masa lebih kurang 1 jam 18 minit dengan menaiki keretapi. Amat tidak digalakkan untuk mengambil teksi di Jepun disebabkan harganya yang sangat mahal. Masa kat sana, kami memang fully utilize Google Maps sebab information kat situ sangat la comprehensive. Kita boleh tahu waktu tren, harga tiket tren dan the fastest tren. Dia siap ada mention tren line mana yang kita boleh guna. Agak complicated pada awalnya, tapi kalau da biasa guna, sangat la membantu.

Nasib kami baik sebab malam tu memang lancar. Sebaik sahaja settle immigration clearance, kami ke kaunter kastam untuk declare makanan (nasib baik Japan tak strict sangat pasal makanan as long as kita tak bawak makanan basah. Processed food sahaja dibenarkan). Settle segala urusan ke airport, kami berkejaran ke airport train station untuk ke AirBnB menggunakan SUICA card. Dari airport, kitorang follow je arahan dari Google Maps untuk ke Kamishinjo Station. AirBnB kami dekat sahaja dengan train station tu.

Time sejuk-sejuk kalau jalan kaki tak terasa sangat. Maklumla tak berpeluh. Malam pertama settle, kami light dinner dan bersiap-siap untuk tidur.

 
Inilah rupanya dapur AirBnB kami. Cute miut...

Hari 2 - 02/01/2019
  • Osaka City & Dotonbori
Berpagi-pagian kami bangun untuk siapkan sarapan. Haa, ni yang best kalau ambik AirBnB. Kami ambik the whole apartment yang ada private bath dan juga tempat memasak. Tuan rumah sediakan semua termasuklah barangan memasak, rice cooker dan even travel wifi percuma. So, untuk menambah keyakinan kami untuk guna barangan memasak tu, kami guna sabun tanah Taharah untuk samak. Takde la was-was nanti.

Da settle breakfast, kami berjalan ke arah Kamishinjo Station untuk ke Shin-Osaka Station (collect JR Kansai Wide Area Pass) dan Osaka-Nanba Station (collect OAP). Dalam perjalanan ke Kamishinjo Station tu, kami singgah di satu convenient mart (macam 7E) kat tepi-tepi jalan untuk topup SUICA card 2,000 yen. After that, kami ke Dotonbori untuk merasai suasana malam di Osaka. Sempatlah shopping beg sandang (2,500 yen), snowcap ala-ala M2M (2,500 yen) dan winter glove (550 yen).

 
 Menunggu train...


Dotonburi (river side)... 

Signature building kat Dotonbori...









After that kami pun balik ke apartment, makan da rehat. Tamatlah perjalanan hari kedua.

Hari 3 - 03/01/2019
  • Biwako Valley (bermain salji)
Hari yang paling ditunggu-tunggu untuk bermain salji. Menurut kata orang, ada 2 tempat menarik untuk main salji di Osaka, satunya di Hakodateyama Ski Resort dan satu lagi di Biwako Valley. Kami pilih Biwako Valley sebab salji dia real, bukan buatan manusia. Di Hakodateyama, kawasannya diliputi salji buatan. So, baik ke tempat yang ada salji real kan walaupun jauh sikit.

Selepas breakfast, kami terus naik train ke Shiga Station (boleh guna JR KWAP).

Sesambil tunggu train.. kita ber'posing' la dulu...

Sampai di sana, kami ambik bas (nombor 68) untuk naik ke cable car station Biwako Valley (330 yen sehala untuk seorang. Kena bayar guna cash/ SUICA/ICOCA sahaja). Kemudian kami ambik cable car (2,500 yen return ticket seorang) untuk ke puncak Biwako Valley.

Kat bawah puncak sebelum naik cable car...

Semasa on the way ke puncak tu, kami da perasan salji da turun dengan lebat. Makin excited la kami nak sampai atas!

Yeay.. da sampai puncak!
 




Kanak-kanak riang bermain salji...




Sesudah berdrama dan berswafoto (gitcheww...) kat atas Biwako Valley, badan pun da menggigil kesejukan, kami pun turun smula ke cable car station then terus ambik bas untuk balik semula ke Shiga Station. Dari Shiga Station tu kami terus balik semula ke Kamishinjo Station untuk ke apartment kami, makan dan rehat. Maka, tamatlah perjalanan hari ketiga.

Hari 4 - 04/01/2019
  • Himeji Castle (Naik Shinkansen @ Bullet Train)
Shinkansen @ Bullet Train. Sapa da sampai Japan tak pernah naik Shinkansen memang sangat rugi. So, kami memang plan nak naik Shinkansen ni ke Himeji Castle. Kalau Google, gambar-gambar kat castle ni time autumn (musim bunga) memang sangat cantik. Tak percaya silalah Google sendiri.

So after breakfast, kami bersiap-siap untuk ke Himeji Castle (turun di Himeji Station). Kalau tak sure nak turun station mana, boleh guna Google Maps. Cari option yang ada gambar bullet train. Kad JR KWAP kami boleh naik bullet train Sakura, Hikari, Nozomi dan Kodama di seluruh area Kansai.


Menunggu Shinkansen kami sampai...
  


Perjalanan ke Himeji Station memakan masa 30 minit sahaja menaiki Shinkansen. Sesampainya di sana, kami terus ke bus platform 6 - 10 untuk ambik bas yang stop depan Himeji Castle (100 yen sehala untuk seorang).






Bergambar kenang-kenangan di sekitar kawasan Himeji Castle...

Setelah penat bergambar, kami pun balik semula ke Himeji Station. Kena ambik bas di seberang jalan ya. Kalau tak nanti dia hantar ke kawasan kampung ceruk dunia sebab nak habiskan trip dia yang panjang tu. Da sampai Himeji Station tu, kami sekali lagi naik Shinkansen untuk balik ke apartment kami. Merasa juga kami naik Shinkansen kebanggaan rakyat Japan ni.

Sampai rumah, kami pun makan dan rehat.

Hari 5 - 05/01/2019
  • Arashiyama Bamboo Grove
  • Ebisu Bashi-Suji Shopping Street (Dotonbori)
Hari ke-5 asalnya kami plan nak ke Nara-Koen Park untuk tengok rusa. Tapi memandangkan ada another Malaysian tourist inform yang rusa kat Nara Park tak banyak yang keluar sebab musim sejuk, so kami decide untuk terus ke Arashiyama Bamboo Grove.

Setelah turun di JR Saga-Arashiyama Station, kami berjalan follow tourists yang lain untuk ke kawasan buluh-buluh yang banyak tu. Pemandangan time winter berlainan dengan masa musim panas or musim bunga. Suasana agak kelam tapi masih lagi menarik dan cantik. Di kiri kanan lorong tu memang ramai yang berniaga cenderahati dan sebagainya. Ada yang sewakan kimono untuk bergambar dan macam-macam lagi. Memang menarik!






Bergambar di depan sebuah rumah penduduk di kawasan yang sama...

Setelah itu, kami pun balik semula ke Osaka naik train dan turun kat Osaka-Nanba Station untuk ke Ebisu Bashi-Suji Shopping Street di area Dotonbori. Pusing-pusing tengok barang la pulak.

Dotonbori laaaagiiii...


Shopping lagiii...

Kemudian kami berhasrat nak ke Green Gift Shop untuk beli souvenir. Nak ke sana kena turun di Osakako Station. Sesampainya di sana, kedai tu da tutup. Adoi!!! Sebab musim sejuk so dia tutup awal dalam pukul 7.30pm lagi. Takde rezeki nak beli souvenir kat situ, kami plan nak datang kemudian. Kami pun balik ke apartment untuk makan dan rehat.

Green Gift Shop tutup awal ye guys...

Hari 6 - 06/01/2019
  • Osaka City
  • Tempozan Giant Ferris Wheel
  • Santa Maria Cruise Ship
  • Green Gift Shop
  • Shinsaibashi Shopping Arcade (Dotonbori)
Hari ke-6 adalah hari untuk fully utilize OAP dan JR untuk pusing-pusing area Osaka. After lunch, kami ke Green Gift Shop yang semalam tutup tu. Makcik Japanese yang berniaga kat situ boleh cakap Melayu sikit-sikit. Boleh faham la apa dia cakap. Ramah pulak tu. Dia ada jual fridge magnet dengan harga 100 yen sahaja. Yang lain pun murah juga. Kami sempat sambar 2 topi Japan kat makcik tu.. Yuhuuuu..

Sempat shopping souvenir dengan makcik yang boleh cakap melayu ni...

Then di kawasan yang sama berdekatan dengan Green Gift Shop tu, kami terus ke Tempozan Giant Ferris Wheel dan juga Santa Maria Cruise Ship. Semua di tempat yang sama. So, boleh la try mana-mana yang korang suka. Guna OAP banyak benda menarik macam ni yang percuma. Masa kitorang pergi tu, nasib baik la tourist tak ramai. So beratur pun dalam 5 - 10 minit sahaja. Cuma untuk Santa Maria Cruise Ship tu je yang ada timing dia yang korang kena alert dan beratur.

On the way ke Tempozan Ferris Wheel...

Pemandangan dari atas Tempozan Ferris Wheel...




Kat atas Santa Maria Cruise...


Uncle ni salah seorang kru Santa Maria Cruise...


Inilah rupanya Santa Maria Cruise ship tu...


Acah-acah jadi kapten kapal sattt....




After that, kami ke Dotonbori untuk last minute shopping di Shinsaibashi Shopping Arcade. Kat situ memang meriah dengan barangan Japan, ramai orang pulak tu. Dapatla kami sambar baju 'I Love Osaka' dengan harga 1,500 yen sehelai. Kat tempat lain memang kami tak de nampak baju 'I Love Osaka' ni. Seriously? Bila kami singgah kat kedai tu (lupa namanya), owner kedai tu kata 'I Love Osaka' tu trademark yang dia patent. So memang hampeh. Nak tak nak beli jela dua helai kat sini walaupun harganya agak mahal.

Dotonbori di malam hari...


Dotonbori di malam hari... 


The only kedai yang jual souvenir 'I Love Osaka'.. copyright dia punya katanya...

Disebabkan kaki dah letih dan hari pun da lewat, hajat kami untuk ke Hardrock Cafe Osaka (Hommachi Station) terpaksa dibatalkan. So, kami pun balik ke apartment kami untuk makan dan rehat.

Hari 7 - 07/01/2019 
  • Universal Studio Japan, Osaka
  • Kansai International Airport
Hari terakhir di 'Negara Matahari Terbit'. Selepas checkout, kami naik train ke Kansai International Airport (kena naik train car nombor 1 - 4 sebab train akan split nanti). Sampai di sana, kami solat dulu di prayer room airport. Cara nak ke prayer room ni agak tricky sikit. Mula-mula cari Daiso kat level 3F. Kemudian dari Daiso, cari Korean Air Lounge. Prayer room tu sederet dengan lounge tu.

Then kami turun ke level 2F untuk simpan luggage kami. Sebabnya, kami akan ke Universal Studio Osaka, Japan! USJ ni bersambung denga Universal City Station. So memang senang je nak ke sana dari Kansai Airport guna JR KWAP.


Kami ke sana bergambar saja. Tak sempat nak main games kat dalam tu pun. So setelah beberapa ketika di USJ, kami pun balik semula ke Kansai Airport.





Setelah siap solat maghrib, kami pun check in flight untuk pulang ke tanah air, Malaysia! Percutian yang kami beri 5 bintang!


Nota kaki:
  • Tiket flight kami adalah AirAsiaX
  • AirBnB kami berdekatan dengan kamishinjo Station; dapat free wifi
  • Tiket-tiket keretapi kami beli daripada HIS Malaysia
  • Kena banyak buat 'background work' sebelum ke Japan. Kalau tak, banyak duit terbuang okay!

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Pengalaman Isteri Bersalin Sebagai 'Full Paying Patient (FPP)' di Hospital Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua di sini dan di sana, Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat co...

Disable text selection (prevent copy and paste)