[BERMULA TAHUN 2023!] Cara Batalkan Roadtax Digital Kenderaan Yang Telah Berpindah Milik

7:46 AM


Selamat sejahtera para pembaca blog Raja Eyrie sekalian.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan cara terkini untuk membatalkan cukai jalan atau roadtax kenderaan anda bermula tahun 2023 atas sebab penukaran pemilik (kenderaan telah dijual kepada pemilik baru). Kenapa ya? Sebab sekarang Kementerian Pengangkutan sudah memberi pelepasan untuk tidak lagi perlu mencetak roadtax untuk ditampal pada cermin kenderaan. Cukup sekadar menggunakan superapp MyJPJ sahaja. Mudah dan sangat praktikal!

Saya baru sahaja membatalkan roadtax kereta saya yang telah dijual kepada pembeli baru, semalam. Seperti biasa, sesudah kedua belah pihak (pembeli dan penjual) selesai mengecop cap jari di JPJ, maka dengan secara automatik roadtax dan insuran kereta tersebut terbatal.

Maka, langkah seterusnya amatlah penting untuk mengelakkan anda kerugian kerana TIDAK MENUNTUT semula hak anda sebagai bekas pemilik roadtax dan juga insuran kenderaan yang telah anda jual.

Yang pertama, pastikan anda menghubungi syarikat insuran kenderaan anda untuk membatalkan dan menuntut cancellation refund/ surrender value kepada baki insuran kenderaan anda. Ini amat penting, kerana insuran tersebut tidak akan batal secara automatik. Sebagai contoh, anda telah memperbaharui insuran kenderaan anda pada April 2023. Maka, pada Mei 2023, anda layak untuk menuntut semula baki 11 bulan untuk insuran yang telah dibatalkan tersebut. Sistem syarikan dan JPJ adalah inter-linked.

Yang kedua, adalah pembatalan roadtax kenderaan di kaunter JPJ. Pada masa entri ini ditulis, tiada pilihan secara atas talian disediakan oleh pihak JPJ untuk membatalkan roadtax. Anda perlu juga ke kaunter JPJ terdekat untuk membuat pembatalan.

Cara-caranya adalah:
1. Muat turun, cetak dan isi borang JPJ K6 (borang boleh dimuat turun daripada laman sesawang JPJ).
2. Sediakan satu (1) salinan dokumen di bawah:
- Borang JPJ K6 yang lengkap diisi.
- Kad pengenalan anda (pemilik lama kenderaan) - salinan dan original.
- Penyata bank (mempunyai nombor akaun bank anda untuk proses refund).
3. Download aplikasi JPJeQ dan daftar sebagai pengguna.
4. Sila ke kaunter JPJ terdekat. Gunakan aplikasi JPJeQ untuk dapatkan nombor giliran.
5. Urusan pembatalan akan dilakukan di kaunter.

Perlu diingatkan:
- Lagi lambat anda membuat pembatalan, lagi berkurang jumlah refund yang anda akan dapat.
- Tidak perlu membawa geran original kenderaan.
- Bagi yang awalnya memilih untuk mencetak roadtax, sila bawa roadtax fizikal yang ingin dibatalkan bersama ke kaunter JPJ. Bagi yang memilih untuk tidak mencetak roadtax fizikal, tidak perlu. Hanya maklumkan sahaja kepada pegawai JPJ di kaunter. Beliau akan memeriksa rekod di dalam sistem sekiranya ada sejarah pencetakan atau tidak (tidak boleh tipu ye).
- Penyata bank tidak perlu cop pegawai bank. Cukup dengan penyata yang dimuat turun daripada laman sesawang bank masing-masing.
- Hanya pemilik asal cukai jalan sahaja dibenarkan untuk hadir. Sekiranya melalui wakil, dikehendaki membawa surat kuasa bersama.

Setelah selesai, pegawai JPJ akan memberikan anda slip pengesahan yang tertera jumlah refund yang anda bakal dapat. Pemprosesan akan mengambil masa di antara 1 hingga 3 bulan dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)