Langkah Permulaan Untuk Bina Badan
3:08 PM
Selamat sejahtera dan salam satu dunia untuk semua....
Cuba tengok gambar di bawah ni...
Apa rasa bila tengok gambar di atas? Mahu memiliki bentuk badan macam mereka? Jika ya, teruskan membaca...
Harini saya akan menceritakan serba sedikit macam mana saya boleh rasa nak join sukan bina badan ni. Sampai harini, dah masuk 4 bulan saya mengaktifkan diri dalam sukan bina badan. Saya join bukan sebab nak masuk pertandingan, tapi sebagai nak mendapatkan bentuk badan yang menarik.. pakai baju apa pun nampak smart.. kan3?
Untuk entri kali ni, saya hanya akan cerita sedikit tips-tips untuk korang mulakan aktiviti sebagai seorang 'budak gym'..hehe..Untuk next entri insyaallah saya akan masuk lebih detail tentang tips-tips bina badan yang betul.
Orait, sebagai permulaan, korang perlu mendapatkan motivasi dulu. Dengan kata laen, korang kena suntik semangat yang membara untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik seperti Salman Khan ataupun Aaron Aziz (Malik).
Bagaimana caranya?
Ya, dengan melawat dan membaca website ataupun majalah tentang bina badan/workout.
Tak kisahla website Melayu ke ataupun orang putih... Kalau boleh hari-hari pun kena baca..
Dalam masa yang sama, korang akan dapat lihat gambar-gambar badan mereka yang mantap lagi menarik lagi memikat lagi menawan perhatian kaum hawa contohnya seperti.......
Salman Khan yang mantap dan ada six packs...
atau.....
macam Aaron Aziz yang pakai pakaian fesyen mana pun, tetap smart dan macho!
Sebagai permulaan, mulakan dengan baca-baca dulu tentang bina badan, baca majalah fitness untuk dapatkan semangat dan sedikit pengetahuan tentang sukan ini... Orait, untuk tips-tips bina badan yang lain, saya akan tulis dalam entri berikutnya. Pastikan anda terus bersama saya, okay!
0 comments