Sebab Musabab Lampu 'Check Engine' Yamaha FZ150i Menyala
11:05 AM
Siap-siap nak pergi kerja, hidupkan enjin tiba-tiba motor tak boleh start dan lampu enjin menyala? Bila guna 'kick start' baru enjin hidup, tapi sangkut-sangkut macam nak padam.
Kenapa ya?
Ada beberapa sebab yang menjadi punca kenapa lampu 'check engine' motor anda menyala dan simptom-simptom seperti di atas berlaku. Antaranya adalah...
1. Bateri kong/ terminal penuh karat
Cuba tukar bateri baru. Sel basah atau sel kering mana-mana pun boleh. Kalau bateri 'kong' dalam masa beberapa jam, maksudnya bateri tidak dapat 'recharge' dengan sempurna. Berkemungkinan masalah berpunca daripada 'charging system' motor anda - 'rectifier' dan 'magnet coil'.
2. Rectifier (katab) kong/ problem
Bila motor asyik-asyik nak mati, tu maksudnya 'current' dari 'charging system' ke bateri seterusnya ke ECU adalah rendah. 'Rectifier' adalah komponen penting dalam 'charging system' motor anda. Sepatutnya masa 'idling/ free gear', kekuatan 'current' adalah sekitar 12-13 volt. Kalau semasa motor berada dalam gear 1-6, biasanya 'current' adalah sekitar 13-14 volt. Maka, kalau 'current' berada di bawah 11 volt, lampu 'check engine' pasti akan menyala sebab 'current' yang rendah, lalu menyebabkan enjin motor terhenti dengan sendirinya.
Untuk memastikan samada masalah berpunca daripada 'rectifier', cuba sentuh rectifier lepas itu kira 15 saat...
- Suam-suam = Okay
- Panas = hampir rosak
- Tak rasa apa-apa = Rosak
'Magnet coil' berputar dalam enjin untuk menghasilkan 'current' untuk dialirkan ke ECU dan 'rectifier' untuk mengecas semula bateri. Kalau magnet coil tidak berpusing, 'current' tidak dapat dihasilkan, maka bateri tidak dapat dicas semula.
4. Electronic Control Unit (ECU) rosak
Ini adalah mimpi ngeri untuk semua pemilik motorsikal kerana ECU adalah komponen yang mahal untuk ditukar ganti. Sekiranya ketiga-tiga sebab di atas bukan menjadi punca sebenar, maka kemungkinan besar kerosakan utama berpunca daripada ECU motor anda.
Terdapat beberapa penyebab kerosakan ECU:
- Penggunaan komponen elektrikal 'after-market' yang tidak menepati piawaian pengilang
- Pemasangan aksesori elektrikal secara berlebihan dan mengganggu sistem elektrikal asal motorsikal anda
- Gangguan 'current' yang berpanjangan - sebagai contoh, pendawaian yang silap
Maka, silakan cuba dulu 'self-test' seperti di bawah...
- Cuci bahagian 'connector' wayar 'charging system' di bawah tempat duduk atau mana-mana 'connector' yang ada. Pastikan 'wiring' semua dalam keadaan yang memuaskan;
- Periksa fius di bawah seat dan pastikan keadaannya baik dan sempurna;
- 'Recharge' atau tukar bateri baru;
- Kalau masalah kembali selepas 1-2 hari, periksa 'rectifier' dan 'magnet coil' (tepi sebelah kiri enjin);
- Kalau tidak berhasil juga, silalah bawa motor anda ke bengkel motor yang berdekatan untuk pemeriksaan penuh.
55 comments
kalo klip bateri longgar boleh jadi juga ke?
ReplyDeleteBoleh jadi juga tuan.. better kasi pomen check. takut api x sampai..
Deletelampu kuning saya menyala masa bawak saja.. bila berhenti lampu dia terus padam
DeleteBoss ito ecu untuk apa simpan kat motor fz150 v2 untuk kegunaab apa ye ecu to
DeleteECU tu mcm otak yg kawal selia komponen2 dalam motor.
DeleteBetul tu..
DeleteSalamat mlm fz150 old nak tanya Rectifier yang lama panas tak bolih masuk cas saya beli baru ok masuk cas tapi pasan juga ???????
ReplyDeleteselamat malam. recttifier yg sihat mmg akan panas tuan. dia panas suam2..
Deletesalam.saya pun sama.fz old. dulu panas2 suam.masa tu elokla charging.then baru2 ni bat kong cek rectifier panas sgt.charging xmasuk.la ni dh ganti rectifier.charging masuk tapi panas xleh tahan.
Deletecuba mtk mechanic tu check wiring. Takut ada wiring jem. magnet coil da check?
DeleteAssalam. Nak tanya, moto saya lampu depan dan belakang tak menyala taktahu punca apa. Saya dah cek bulb semuanya elok lagi. Bila tekan brek menyala, then timing saya asyik nak mati ja. Lepas semua ni jadi saya rasa bateri saya mcm drain sgt. Minta pencerahan dr otai2. Tq
ReplyDeletemungkin ecu ada problem.. try bwk p check guna device utk check ecu. pomen2 biasanya ada..
DeleteSalam, nak tnya, moto sy jenis skuter nouvo lc, hari ni lampu enjin menyala, bawak pun jalan semput2, bila berhenti moto mcm nak berjalan sendiri mcm ada gear, tapi tak pulas minyak pun, apa problemnya ye?
ReplyDeleteMungkin gigi gear da tumpul.
DeleteMasa nga bwk ttbe nyala.
ReplyDeletePstu dia padam sndiri ..
Blh tahu bossku?
Sama kes moto saya
DeleteNi mcm rectifier da kong ni. Try check coil, rectifier or bateri.
DeleteMasa nga bwk.
ReplyDeleteDia nyala.
Pstu padam
Blh tahu bossku?
ini sebab bateri kong. check samada bateri yang betul2 kong atau rectifier yg rosak sebab tak boleh recharge battery
Deletekalau lampu sebelah dia yg nyala mcm mne plk tu tgh laju org lepas jalan jauh dia nyala
ReplyDeletelampu sebelah lampu 'check engine' tu engine temperature punya lampu. maksudnya enjin panas. try check kuantiti coolant. takut da kering
Deletelagi satu,spark plug problem pun memang akan menyala lampu tu
ReplyDeletepun boleh jadi juga
Deletey15 aku time bawak tiba2 meter check engine naik terus mati enjin terus tak boleh start, apa masalah nya tu eh? mintk pendapat korang
ReplyDeletekalau tukar bateri baru pun jadi mcm ni, most probably rectifier rosak..
DeleteSalam boss..sy da tukar retifier..tp still memyala lampu enjin..ada sebab lain x??
ReplyDeletemotor padam tak lepas nyala lampu check engine? kalau padam maksudnya masih lagi problem magnet coil/ rectifier/ battery. Kalau tak padam, check spark plug ataupun wiring takut ada wiring sensor terputus.
Deletesaya baru mengalami masalah yg sama,lampu check engine sekejap menyala skejap mati,masa motor tidak bergerak dia akan mati sebaik motor bergerak terus lampu engine menyala.
ReplyDeletemasalah selesai lepas saya tukar rectifier/katab. Original yamaha RM95
yes kebiasaannya mcm ni la kalau power bateri tak cukup. So masalahnya adalah berpunca daripada bateri, samada bateri kong atau sistem pengecasan bateri tu yang kong (rectifier, magnet coil etc.)
Deletemotor fz lama saya bru jer tukar batery.. sekali start enjin hidup.. lepas tok cuba lagi tak dapat hidup pulak.. ada bunyi batery tdk kuat.. bila cek vol batery 12.22, lepas tu enjin hidup vol dia 12.99 kadang2 sampai 13. 30 .. apa masaalah sebenar nyer.. bossku..
ReplyDeleteNi masalah ni mcm rectifier problem ni. Try google cara check rectifier. Mudah je.
DeleteY15 v2 saya keluar warning engine tp still dapat start ..knape ek?
ReplyDeletebanyak sebab. Try tgok terminal bateri ada longgar ke tak? ada usik enjin modi2 ke?
DeleteAssalam bos nak tanya, saya punya fz old bila start engine lemau pakai kaki, lepas hidup tu kalau tak rem2 lampu check engine menyala, lepas rem2 berapa second dia hilang balik, then kalau biar tak usik dia nyala balik, lepas nyala tu terus semput2 dan mati. Coil magnet, katab dgn bateri semua baru tukar, tapi jadi mcm tu jugak
ReplyDeleteKalau tiga2 ni da tukar, most probably ada wiring yang da kong. Barang yamaha ni mmg terkenal dgn wiring cepat reput.
DeleteSalam bro. Nak tanya, fz saya baru baru ni meragam teruk. meter rpm lari lari, lepastu terus tak function. lampu engine yg warna oren tu pun menyala, tak berkelip. bila saya nak start engine, takboleh start terpaksa tolak and masuk gear 2 baru boleh hidup. bila time bawa tu, time laju atau slow, motor jadi semput semput. bila berhenti je motor terus padam and nak start balik pakai starter atau kick starter, motor tak hidup. kenapa ya? nak kata spark plug, saya baru je tukar. tapi bila saya touch dkt katab, rasa mcm panas sangat. pening kepala la.
ReplyDeletesoalan pertama.. ada modi fz tak?
Deletekalau katab terlampau panas, ada prob dgn katab ataupun wiring dia.. simptom rpm lari2 ni boleh jadi ECU problem. Pakai ECU ori ke after market?
Salam boss.saye pakai motor lagenda 115 fi,saye beli ecu bru and then naik dyno,lepas je test tiba tiba ecu shot,pastu lampu engin berkelip banyak kali x berhenti-henti
ReplyDeleteECU brand apa tu?
Deletelampu background meter xmenyala bos.prob apa ye bos...
ReplyDeleteRasanya tu sebab mentol belakang meter terbakar/ rosak.
Deleteslm bos,sy py motor sume dh tukar bru tetap x hidup2,xtau ape punca..ke ecu motor problem?
ReplyDeleteApa yang baru ditukar? Boleh share problem yang takde sebelum tukar, tetiba ada lepas tukar?
DeleteAssalamualaikum. Sy pengguna fz 150i old (tahun 2012) lampu diamond. Motor sy mengalami masalah. Sy nk tnyaa. Lampu enjin (bentuk mcm pili tu) dah start mnyala. Bteri sy bru tukaq dlm bulan 9 jaaa. Tp slrg dah xboleh hdup. Guna starter dn enko. Masih xmnyala. Hinggakan sy on suis smpai lampu xmnyala trus bila sy biar lama. Aapa boleh bg info sikit. Terima kasih semua.
ReplyDeleteMacam problem rectifier. Cuba pegang rectifier ada rasa panas2 ke suam2 ke sejuk?
DeleteSlm bos , moto fz baru yg v3 tu mse tgh tukr signal ada slh wyr terus mati moto tak hidup lansung lampu meter pun xhidup , pastu tukar fius terus okay hidup balik tapi signal sebelah function sebelah tak , tak lama 2,3 hari lepastu naik lampu kuning tu , dlm moto idle tu die kelip 2 kali , lps start je lampu tu hidup tak kelip
ReplyDeleteNi nampak mcm masalah wiring. Baik cepat2 pergi check takut rosak ECU.
DeleteSalam boss
ReplyDeleteMotor saya y15 v2 standart masalah dia lampu enjin menyala pastu motor taknak hidup kenape erk boss ? Pastu saya ingat battrry saya kong so saya tukar baru bttry nya still tak boleh hidup jugak kenape erk boss boleh tolong jelaskan tak ? Ermmm
Ada tukar2 ECU or usik enjin tak? Kalau ada, itulah puncanya..
DeleteApa masalah lampu depan srl115fi selalu putus boss?
ReplyDeleteAda tukar casing lampu ke?
Deletebos. lampu enjin motor sy menyala time bawa laju. tapi time slow, x menyala pon. boleh tolong jelaskan x? terima kasih
ReplyDeleteMaybe masalah injector ataupun air intake. dah kotor atau tersumbat. Cuba guna injector cleaner. Beli yang toyota punya untuk kereta tu. boleh pakai
DeleteSalam..nk bertnya sedikit..sy baru shj buat motor fz diamond..tukar block dgn water pump and tensioner..tp Lepas dh siap motornya Tu Naik lampu check enjin..and battery drain cepat..smpai starter ats xboleh pakai..mcm low Karen nya..battery dh siap charging dkt kedai..still sama (Kong lagi)..and last simptom meter rpm Turun Naik tak konsisten..
ReplyDeleteSalam bro. Kemarin magnet coil mto sy trbkar. Dh tukar baru. Selepas bwk moto dlm 4km lmpu check enjin tu mnyala dam meter digital km/h tu xnaik. Kosong ja. Tp moto xde masalah apabila bawak. Xde semput2. Agak2 apa masalah. Tnya bengkel depa sruh tinggal moto... Xsenang lg nk antar. Tq bro.
ReplyDeleteKomen anda: