Mengatur Jadual Untuk Aktiviti Bina Badan (Buddies Style)

8:56 PM

Hai semua.

Untuk entri kali ni, saya akan berkongsi dengan anda sekalian bagaimana untuk mengatur masa untuk aktiviti bina badan. Aktiviti workout bergantung pada setiap individu. Kadang kala waktu yang dicadangkan tidak sesuai untuk sesetengah individu.

Tapi ada juga waktu yang tidak sesuai untuk workout dan saya akan ceritakan dalam entri yang berikutnya ya. Bagi saya, walaupun sibuk bekerja pada siang hari, tapi saya tetap meneruskan rutin latihan bina badan mengikut jadual yang saya dah buat sendiri.

Waktu yang sesuai untuk latihan bina badan:

1. Hari bekerja
Okay, bagi sesiapa yang bekerja pada siang hari, waktu yang paling tepat untuk melakukan senaman bina badan adalah selepas waktu bekerja. Ini adalah kerana, waktu itu adalah waktu yang paling sesuai untuk mengeluarkan peluh. Kalau nak buat malam, penat. Kalau tak buat petang, bila lagi nak buat kan.

Macam saya, saya akan buat latihan 3 kali seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat). Ini adalah untuk optimumkan pembinaan otot selepas penat workout. Jangan buat lebih dari 6 kali seminggu ye, bimbang badan overtrained (sumber dari pakar bina badan).

2. Hujung minggu
Kalau korang free waktu hujung minggu, korang boleh la singgah mana-mana gym untuk workout. Tapi jangan terlalu push bimbang nanti akan mendatangkan kecederaan. Malang tu tak berbau.

Membuat jadual sebelum memulakan sesi workout adalah penting untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Entri kali ni saya akan lebih fokus kepada aktiviti yang melibatkan buddies 2-4 orang. Berikut adalah jadual yang saya cadangkan untuk beginner:

  • Isnin: Biceps + Back
  • Selasa: Chest + Shoulders + Triceps
  • Rabu: Legs
  • Khamis: Biceps + Back
  • Jumaat: Chest + Shoulders + Triceps
  • Sabtu: Rehat
  • Ahad: Rehat
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Pastikan anda terus bersama saya. Pasti ada lebih banyak info menarik menanti anda

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)