Percutian Raja Eyrie ke Turki Winter 2014 (Istanbul - Cappadocia - Pamukkale)

10:47 PM

As salam n very good day kpd semua pembaca setia Raja Eyrie.. Thank you .. ;)

 Raja Eyrie's Other Travelogs...

KLIK SINI

 
Turkiye Seasons:

Spring (musim bunga): March-May
Summer (musim panas): June-August
Autumn (musim luruh): September-November
Winter (musim sejuk): December-February

Untuk entri kali ni, saya nak kongsikan pengalaman saya menjelajah negara Turki (Khalifah Uthmaniyyah) semasa cuti raya cina awal bulan Februari 2014 (30/1/2014 - 8/2/2014). Kami bercuti d sini selama 10 hari 8 malam. 2 malam atas kapal terbang..hehe.. 

Masa kami p sana, masih d penghujung winter tapi kat bandar Istanbul takde salji.. Diulangi TAK ADA SALJI.. hehe.. Suhu dianggarkan antara -8 hingga 13 darjah celcius. Malam hari memang sejuk sangat sampai cecah bawah takat beku.. So better beli baju sejuk yg tahan sejuk okay sbb mmg sejuk tak hengattt.. ;)

Sebelum saya celoteh dgn lebih lanjut, ingin saya kenalkan rakan2 osem saya yg join skali p kembara Istanbul kali ni.. Actually, kami tak penah kenal pun sebelum ni..tp d sebabkan trip kitorg ni mmg osem, secara tak langsung kami jadi mcm kawan baik macam da berkawan lebih 10 tahun..hehe 
Our Backpackers Team:

Azhar
Kak Fatihah Yasmin
Kak Yusniza
Kak Badriah @ Mommybard
Cima
Ija
Shaman Raja
Kak Fenda Mus
Kak Sahazura
Aisyah
Aunty Fatimah
Abu Bakar a.k.a orang tempatan yg hensem..hehe

Geng osem Istanbul!

Bermula dengan group whatsapp, kitorang memulakan planning nak ke Istanbul dengan survey2 tiket flight yang murah2.. Semua jenis airlines kitorang usyar spt MAS, Emirates, Qatar Airways and a few lagi yang ada buat promotion. 

Belek punya belek, kitorg pun setuju nak ambik Qatar Airways nyer ticket sebab paling murah iaitu RM1800 return flight. Yang lagi best, flight kitorang ni akan transit di Doha selama beberapa jam. So bleh la lepak kat Doha jap alang2. hehe

Bandar Istanbul

Bersiar-siar di sekitar Istanbul...

Istanbul aku datanggggg!!!!! Perjalanan kami bermula dgn gathering kat KLIA. We olz da buat web checkin, so sampai sana just drop luggage je n terus masuk ke balai perlepasan antarabangsa. Naik flight selama 8 jam ke Doha (Doha International Airport), dan Doha ke Istanbul (Ataturk International Airport) selama 4 jam..jetlag habis semua org. 

Seb baek dalam flight sangat selesa dengan movie nyer, dengan makanan dan flight attendant nya..syokk.. Masa kat Doha, suhu normal 27 darjah celsius..hehe

Hari pertama kami sampai bandar Istanbul, sampai Ataturk International Airport, Encik Abu datang ambik ktorg dgn van besaw bernombor plat turki gittewww... Kuar airport kitorg dah gigil2 kesejukan. 

Almaklumla winter attire semua ada dalam beg. Pakaian pun nipis jee.. Menggigil malam tu cari hotel..siap salah hotel lagi so kena cari dalam lebih kurg sejam..dugaan hari pertama..hehe..

Kami terus check-in hotel dan rehat. Sebab perjalanan dari Malaysia - Doha - Istanbul mengambil masa lebih kurang 14 jam. So semua orang jetlag.. Suhu malam pertama adalah -5 darjah celsius. Sejuk terketaq2 (slang oghang peghlis..hehe). Kami tdo awal mlm tu..Malam pertama di Istanbul yg tenang dan aman sbb lama tak jumpa katil..

Untuk pengetahuan semua, hotel bajet yang kitorang ambik tu berada di kawasan Fatih, berhampiran Sultan Mehmet punya stesen trem.

Jumpa kawan dari Universiti Teknologi Petronas masa transit kat Doha

Keesokan harinya sampai hari ketiga kami lepak jalan2 area Istanbul. Suasana sejuk dan nyaman..sangat2 la best. Walaupun begitu, saya terpaksa memakai long john + 4 lapis baju + wind breaker jacket sebab suhunya macam kita masuk dlm freezer.. mmg sangat sejuk..

So, kitorang jalan2 area Istanbul naik trem je. Guna Istanbul kad mcm kad lrt kat Malaysia tapi lagi murah. Hanya 2 lira ke semua destinasi

Malaysia patutnya lagi bagus dari sini..Sapa yg memerintah Malaysia hope improve kita punya pengangkutan awam okkayyy...hehe

Tapi masa winter ni, masa siang PENDEK je tau.. kena la korang pandai bajet2 masa ye.. kot2 tak sempat.. ;P

Antara tempat2 yg kitorang lawat utk 3 hari ni adalah:

 

Untuk Topkapi Palace Museum, harga tiket adalah 25 Turkish Lira (TL). Masa ni Azhar masih lagi melilau di Malaysia sbb dia beli tiket flight lambat sket. Makluma staff MAS. Tiket murah..hehe.. Kenapa beli tiket lambat? Sila tanya dia sndri..hehe..

Kawasan di mana terletaknya apartment Lisa Surihani dalam movie 'Istanbul Aku Datang'



Tgah tggu trem yang sangat efisyen..Malaysia patutnyer ada trem mcm ni.. ;)



Semua ngah khusyuk dengar plan jalan2



Suasana dalam Sultan Ahmet / Blue Mosque



Berlatarbelakangkan Blue Mosque/Sultanahmet Mosque





Sahlep...Minuman tradisi musim sejuk warga Turki

Hari kedua kami di Istanbul, bermulalah kisah d mana 'Geng Sowsart' terbentuk. Kisah ini bermula bila pagi hari kedua, insan bernama Azhar (bukan nama sebenar) baru sampai dari Malaysia. saya tgok brader ni mcm brader2 skem je masa mula2 masuk hotel. Kitorg borak benda2 formal je..Pasal kerja..pasal travelling dannnn lain2..

Pastu mulalah perjalanan hari kedua kitorang pusing2 area Istanbul. Kitorg semua singgah sebentar d Grand Bazaar (tak de la sebentar pun kalau 2 jam..hehe). Grand Baazar ni barang dia mahal sket la sbb da jadi tumpuan pelancong. D sarankan korg beli je brg2 kat Spice Bazaar atau bazar2 laen yang berhampiran..

Nak d jadikan citer, Azhar dok pusing2 tgok barang dalam Grand Baazar tu tp entah ke mana dia bawak kak Yus sesat dalam Grand Bazaar tu. Cari punya cari seb baek la jumpa. Kitorg da risau da (padahal tgah gelak2..hehe). Apa lagi..mmg diorg ni d jadikan bahan lawak jela..jangan marah dehh..gurau joo..hehe

Ni la dia rupa Grand Baazar yang diagung-agungkan tuu..hehe

Menaiki feri di Gelata Bridge...

Masa kat Galata Bridge tu, kami try Bosphorus Tour. Naik feri woo..kat luaq sejuk tp kat dalam ada heater..So sila pilih mana anda selesa.. Dlm 20 lira je sekepala.. Sangat best menyingkap keindahan selat bosphorus, tempat di mana masa zaman Constantine dlu d letakkan seutas rantai gergasi merentasi selat sbb tak nak bagi kapal perang besar masuk..

Nak tau lebih lanjut anda boleh tanya pakcik google dengan menaip Raja Eyrie..eh silap..Sultan Muhammad Al-Fateh...hehe

Sambil2 tu saya sempat juga memberi makan burung2 seagull yg berterbangan. Tangan da kebas2 sebab sejuk sangat, tapi puas hati. Bila da sejuk sangat, saya masuk ke dalam dan menikmati Teh Epal atau dengan nama Turkinya disebut sebagai Elma Chay


Bergambar dulu sebelum naik feri untuk Bosphorus Tour



Bagi burung seagull makan roti dari atas feri..osemmm!!!

Pada ptg hari, kami singgah minum2 di Mimar Sinan Cafe. Sebab pemandangan dari atas cafe ni pada waktu malam memang best sbb berlatarbelakangkan bandar Istanbul. Lawa..siyesss.. Tapi sejuk tak hengattt... Suhu lebih kurang 1 darjah celsius dan berangin pulak tu.. mmg menggigil habis.. Bleh usyar gambar kat bawah ni haa...

Pemandangan dari atas Cafe Mimar Sinan pukul 6 ptg ni. Musim sejuk siang pendek jee..

Ni part best nak citer di mana 'Geng Sowsart' semakin melebarkan sayapnya mencari ahli baru. Kitorang baru pas minum2 hot chocolate sumer2 la kat Cafe Mimar Sinan tu. Pastu kitorg jalan la nak balik ke hotel. Tgah jalan2 tu, tetiba Azhar (bukan nama samaran..hehe) stop kat pakcik jual Sahlep (minuman tradisi org Turki musim sejuk tuu) kononnya nak give a try la secawan. 

Pastu singgah lagi kedai jual kacang panas. Sambil2 tggu tu, sempat lagi la ktorg bergambar. Sedar tak sedar geng2 laen semua dah hilang dari pandangan.. Pastu saya n Azhar ni mencari2 mana diorang sampai sesat..hahaha.. pusing punya pusing skali salah lorong daa.. tp seb baek pastu kitorg patah balik tmpat td n jumpa diorg tgah tggu dalam kesejukan.. Cian diorg.. Masa ni satu seruan dari langit berbunyi...

"Ada 2 rules bila berjalan dalam kumpulan..bla..bla..blaaaaaa"

Lalu kitorg tersedar dari lamunan dan tup tup nama da tersenarai masuk dalam 'Geng Sowsart'..Tula dia pengalaman tersesat d negara Turki..hehehe..


Oooo senyum ek..haha..ni la moment sebelum sesatttt... ;P

Kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Kaki da penat ni sbb berjalan sepanjang hari.. Memang fit da kaki ni ha..hehe.. Kitorang balik naik trem mcm biasa ke hotel. Disebabkan semua org da penat, ada sesetengah org tertidur dalam trem. Cian diorng..hehe.. 

Bila sampai ke stesen yg d tuju, kami pun keluar dari trem. Tetiba saya nampak kak Fatihah (bukan nama sebenar juga..hehe) melambai dari dalam trem yg sedang berlalu pergi. Lalu saya (cewahhh...) pun cakap kat semua org yg kak Fatihah ada dalam trem. 

Semua mcm buat muka tak percaya. maybe sbb penat n maybe diorg ingat saya nak melawak..hehe.. Tup2 betul yg kak Fatihah takde.. Tapi seb baekla Encik Abu (hero Istanbul) pergi cari kak Fatihah kat next station. Cian dia dok sorang2 muka sedey takut kena jadi warga Istanbul. hehehe..

So bertambah lagi la 'Geng Sowsart' Istanbul.. The more the merrier orang kata.. hihi

Replika binaan tamadun Turki di Miniaturk...

Keesokan harinya, kami bergerak ke Miniaturk. tempat d mana mini replika binaan popular di seluruh Turki d pamerkan d sini (sesuai dengan nama Mini..mmg Mini.. Mini Cooper je takde..hehe). So pusing2 belajar tentang tamadun Islam d bumi Turki sampaila penat.

Harga tiket kami beli cuma 10 Turkish Lira (TL) sahaja. Murah2.. ;D

Replika binaan di Miniaturk



Flying around macam kanak2 ribena..hehe




Posing sebentar di Miniaturk. Gaya memang sploh.. ;P

Balik dari Miniaturk, kitorg plan nak ambik bas. Tapi bas lambat. So kena naik sampan sbb nk catch up masa. Malam nanti bas ke Cappadocia pukul 10 mlm. Lambat kena tinggal. Tapi best naik sampan sbb saya tak payah bayar 5 lira punnn.. Korang kena bayar kan Azhar? hehehe

Lisa Surihani nak cari Megi Asam Laksa ni kan? Nah ada lagi sebungkus..hehehe




Nah dia naik sampan. Sejuk tapi syok sbb dapat tgok Istanbul belah Eropah dari atas air..


Cappadocia

Selesa di dalam Cappadocia Cave House...

Kami bersiap2 dgn beg sumer sbb nak p stesen bas ke Cappadocia. Nah nak citer. Dari hotel kami terpaksa ber'marathon' berkilo kilo meter sbb dah lambat (actually dalam 1 km jee..hehe).


So dgn beg berat, dgn jauhnya, kami berlari2 dalam kegelapan malam menuju ke arah stesen keretapi bawah laut yg d beri nama Marmaray (kat Malaysia takde lagi okay!). Tercungap2 ha semua org. Sampai je stesen tu, semua kelegaan sbb masih ada masa utk sampai stesen bas. 

Ni lah gayanya bila travel sndri2.. kena pandai bajet masa..Hehe..

Berada d stesen Marmaray (underwater train). Semua muka penat (ye ke??)

Kami bertolak ke Cappadocia pada malam hari menaiki bas. Perjalanan sangat jauh selama 12 jam pada suhu luar yg mencecah -14 darjah celcius. Seb baek dalam bas ada heater. So best tdo. 

Tgah syok2 tdo, tetiba ada suatu bunyi yang saaaaaangat aneh. Semakin lama semakin kuat. Sayup kedengaran d cuping telinga setiap penumpang yg ada dalam bas.. Tetapi semua org buat tak endah aja dan membiarkan bunyi itu berlalu umpama kapas yg berterbangan ditiup angin malam. 

Walaupun mcm2 adegan 'aneh' berlaku, tapi saya dan kawan2 menganggap itu semua sbgai pengalaman kami yg boleh dijadikan bahan gelak ketawa.. ;)

Sampai di Cappadocia kami check-in Goreme Valley Cave House. Luar dia mmg sangat2 nampak old school mcm rumah pengembala kambing.. Tapi dalam dia sangat la selesa dan best. 

Owner hotel ni sangat peramah dan baik hati. Sampai saya tertinggal sunglass dalam bas pun dia usaha p cari semula sampai jumpa. Dapat bfast free lagi tinggal hotel ni..

Hari pertama di Cappadocia kami jalan2 tgok banyak valley dan yg paling femes adalah Love Valley..ada a few valley yg kitorg sempat singgah.. Sangat cantik pemandangan di sana... 

Tapi diingatkan, kawasan Cappadocia ni luas tau. So kalau korang nak jalan kaki, just sempat cover bandar Cappadocia jela beli keychain..hihi..;)

Untuk info lebih lanjut mengenai harga bilik + Green/Red Tour, bleh contact direct owner cavehouse ni sbb diorg sangat2 baik dan senang kalau nak tawar menawar. Ni business card diorang...

Goreme Valley Cave House Business card...


Ni la rupanya dalam Goreme Valley Cave House yg kitorang stay. Warmer during winter, cooler during summer.. ;)

Antara tempat menarik yg kami lawati semasa di Cappadocia adalah:

1) Derinkuyu Underground City @ 15 Turkish Lira (TL)
2) Ihlara Valley
3) Rose Valley
4) Urgup (Green Line Tour)

Try la naik ATV ni buat round2 kawasan sekitar Cappadocia...



Derinkuyu Underground City



We olz posing dalam sebuah bilik kat Derinkuyu Underground City



Last pose sebelum keluar dari kehidupan bawah tanah Derinkuyu..hehe



Posing sebentar d pinggiran Ihlara valley



Scenery kat Ohlara Valley.. Osem sbb nampak seakan2 Grand Canyon


Menaiki belon udara panas Cappadocia...

Esoknya pagi2 kami gerak ke tempat hot balloon yg sangat femes di dunia. Sapa dtg Turki tak sampai sini mmg sangat rugi. dan disarankan untuk repeat.. Saya ulang.. repeatttttttttttttttttttt..haha

Hot Balloon rate: Euro 150/head
Negotiated rate: Euro 100/head

*p/s: Korang kena pandai nego dengan owner cave house tu untuk mintak dia suggest company hot balloon mana yg terbaik dan murah.

Pengalaman naik hot balloon di Cappadocia mmg la sngat2 menarik. Bleh tgok dari ketinggian 500m ke 1km dari aras laut. Tak tinggi n tak rendah sangat so view amat la cantik. Bleh tgok Gerome Open Air Museum tempat pembikinan citer Ghost Rider dari atas belon panas.. lawa sangattt..

Perjalanan pusing2 atas belon panas mengambil masa sejam lebih. Elok pula masa naik belon tu, kitorang sekali ngan satu family Malaysia ni pun sama2 naik. So sempat suai kenal tapi lupa nama.. hehe. uncle dan auntie tu bersama2 3 orang anak diorang mmg peramah..businessman i guess.. ;)

Pas aktiviti belon panas tu, kitorang teruskan pusing2 kawasan sekitar d bawa oleh pemandu pelancong kami, Mr Ali, orang tempatan. Sangat cool dan baik.. Muka ala-ala hero hindustan.. ;)

Muka excited sebelum belon panas naik ke udara.. ;)



Berlepas ke udara melihat pemandangan sekeliling yg sangatttt lawa..

Da settle naik belon panas, kami semua p makan kat Belisirma Restaurant di Aksaray. Kawasan sekitar yang redup dan nyaman, memang menenangkan jiwa.

Lunch @ Belisirma Restaurant, Aksaray...



Teksi..teksiii..hehe

Malamnya kami meneruskan perjalanan ke Pamukkale naik bas lagi 12 jam setengah.. waaaa...

Pamukkale

Runtuhan kota Yunani (Hierapolis) di Denizli...

Awal pagi kami sampai ke pekan Denizli. Kitorang sampai tu kitorang ambik pakej bilik hotel sementara dgn bayaran 65 lira sorang. So okay la sementara hari cerah sket kami bleh tdo dan bfast juga disediakan free. Kami lepak bilik masing2 untuk rehat dan mandi.


On da way ke Kota Runtuhan Yunani (Hierapolis)

Dalam pkul 10 pagi kitorang siap2 nak naik van untuk ke Pamukkale tempat d mana terletaknya kolam air panas bertingkat Denizli yang subhanallah sangat la cantik.. Tapi sebelum tu kami menjejaki runtuhan kota yunani juga d sana. Pusing2 dalam tempat tu, ambik gambar.. Harga tiket masuk adalah 20 Turkish Lira (TL)...


Santai2 d runtuhan colosseum (tinggalan purba kota yunani)



Diorg ni kalau bab2 posing mmg juara..hehe


Kami teruskan perjalanan dari kota runtuhan yunani tu ke kolam air panas bertingkat yg lawa tu hanya dengan jalan kaki. 

So bla sampai kat belah atas kolam air panas tu atau dikenali sebagai Kleopatra Pool, Pamukkale, kami kena buka kasut untuk berjalan turun bawah. 

Menuruni kolam air panas bertingkat di Denizli...

Kena hati2 sbb ada batuan licin. Tp alhamdulillah semua sampai ke bawah air terjun bertingkat tu dgn selamat. Then, kitorang terus gerak p makan buffet. Makan sehabis baek sbb perut sangat la lapar.. ;)

Perjalanan menuruni kolam air panas botingkek tingkek...


Malamnya kami bertolak ke Istanbul lagi sekali dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa selama 12 jam.. Sekali lagi tdur dalam bas. Mmg travel like local habis.. 

Tapi malam ni semua nyenyak tidur sbb siku Shaman Raja memainkan peranan penting d samping dgn bantuan Piriton oleh supplier2 yg osem (kami ja yg pahammm..) ;P

Sesampainya di bandar Istanbul, kami check-in kat Apartment Sefa. Rehat di sini dengan aman... ;)


Bandar Istanbul

Shopping time at bazaar, bazaar and bazaaaaarr...

Last day kat Istanbul, kami round2 area Spice Bazaar untuk beli souvenir, Turkish delight, rempah ratus dan sebagainya. Harganya mmg nampak murah tapi bla convert ke Ringgit Malaysia jadi la mahal..hehe..

Semua jenis makanan yang dijual mmg diorang kasi free try. So, bleh la makan sample free tu sampai kenyang.hehe.. Shopping time..part paling saya tak minat tp ikut je la ambik2 gambar.. ;)

The Red Warriors ada di mana2.. ;D

Petangnya kami ke Galata Bridge dan makan kebab ikan turki atau dengan nama tempatannya ekmek kebab yg sangat sedap (boleh la telan).. Sebab orang kata kalau datang Istanbul kena try ekmek kebab kalau tak kena repeattttttt..hehe.. 

Pastu malamnya kami balik hotel dan rehat dan packing. Ada juga yang sempat makan megi jenama tempatan yang diberi nama Meknak. Sedap juga kalau makan masa tengah lapar..hehe

Makan kebab ikan @ ekmek kebab.. wajib try kalau datang sini... ;)

Tp malam tu saya dan Azhar kuar jalan2 kat area Istanbul buat kali terakhir. Apa yg kami buat malam tu biarla menjadi pengalaman yg lucu. 

Macam2 berlaku d kala dingin malam tu. Gembira, kelakar, marah, mcm2 ada. Kena jalan ambik beg, sesat, owner hotel lambat datang, berdiri dalam kesejukan malam. 

Tapi kami bersyukur d pertemukan d trip kali ni sehingga kami menjadi kawan rapat.. Malam tu smpat lagi kami masak megi sbb lapar punya pasal sebelum tdur..;)

Esok paginya, kami bersiap, sarapan dan bertolak ke Atarturk International Airport untuk pulang ke Malaysia. Tapi Azhar kena stay sehari sbb dia datang lambat sket. Cian dia mcm nak nangis masa kitorang nk boarding..hehe..gurau jaaa..

Kat Ataturk International Airport.. Azhar kena tinggal lagi sehari..hehe

Apa yg dapat saya simpulkan kat sini, nk p mana2 trip, geng2 yg join tu mestilah sekepala. Barulah trip tu menjadi sangat2 best.. ;)

Sekian wassalam.... ;) 


Nota kaki: 
>As at 28 Februari 2014, 1 Turkish Lira (TL) = RM1.90 & 1 Euro = RM4.68
>Bajet makan breakfast, lunch dan dinner utk seorang saya anggarkan lebih kurang RM70-80 sehari.
>Di Istanbul ada sebuah kedai kebab yg d beri nama, KONAK KEBAB dan sebuah cafe yg bernama COCOREC. So, konak kebab? kalau ko nak, kokorek..hehe

You Might Also Like

103 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts