Percutian Raja Eyrie Ke Beijing, China Winter 2008

4:18 PM



 Raja Eyrie's Other Travelogs...

KLIK SINI

As salam dan selamat sejahtera d ucapkan kepada pembaca setia blog ni. Entri kali ini mengenai throwback tahun 2008 d mana saya melawat Beijing, tuan rumah sukan Olimpik 2008 di musim sejuk, 12-19 December 2008.

Hari 0 - Kuantan - Kuala Lumpur

Hari di mana kami excited nak fly ke Beijing. Masa ni, saya bersama Mokma (makcik saya yang sporting), Fadhil (kazen) dan Kak Long baru sampai dari Kuantan. Kami bermalam di Homestay di Kampung Baru semalaman. Yang ni saya tak tau kos dia berapa sbb Mokma yang sponsor.. dengar kata dalam RM2,250.00 seorang.. So jalannnn.. hehe

The next day, after sarapan pagi, kami bertolak ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan check-in Concorde Hotel. Kitorang pilih hotel ni sebab dekat sangat dengan airport. Pastu memang plan nak parking kereta d sini.. Selamat... 

Malam tu kami buat final check. Segala persiapan musim sejuk untuk ke Beijing semua kami da prepare dan masuk dalam beg masing2. Baju sejuk, glove dan lain2 semua siap d simpan.


Forbidden City

Hari 1 - KLIA - Hong Kong - Beijing

Awal2 pagi, kami check-out daripada Concorde Hotel dan terus ke KLIA International Departure. Di sana, kami berkumpul bersama kumpulan yang dikendalikan oleh Poto Travel seramai 21 orang termasuk beberapa orang kanak2. 

Actually kami saling tak mengenali pun antara satu sama lain. Tapi d sebabkan kami ambil pakej d bawah tour agent yang sama, so kami dikumpulkan bersama2. Sementara menunggu waktu berlepas, kami melilau di sekitar KLIA, shopping apa yang patut..hihi.

Selang beberapa jam kemudian, kami berlepas dari KLIA ke Hong Kong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam juga la dengan menaiki Cathay Pacific Airlines. Pramugara dan pramugari sangat friendly dan helpful.

Setelah 6 jam penerbangan, kami transit sebentar di Hong Kong. Tak sempat pun nak pusing2 Hong Kong. Saya try jugala usyar2 kat kawasan airport tu kot2 ada Jackie Chan tengah berlakon..hehe..

Dalam lebih kurang sejam, kami meneruskan perjalanan ke Beijing. Setibanya di airport Tianjin, Beijing, kesejukan winter sudah dirasai. Ketua rombongan kami yang bernama Faiz, lead kami ke arah sebuah bas persiaran untuk bawa kami check-in hotel.

Di dalam bas tu, kami punya tour guide berbangsa Cina tapi fasih bercakap Indonesia sudah sedia menunggu. Dia ni funny dan friendly juga. Kami terus dibawa untuk makan malam dan rehat d hotel. 

Kawasan sekitar Beijing memang bersih. Susah nak tengok sampah bertaburan di tepi2 jalan. Cuma yang tak syoknya, tandas dia takde air untuk istinjak. Cuma ada tisu dan kadang2 bau tandas cukup tak menyenangkan. So, saya selalu prefer tandas hotel je.. hehe

Hai..korang datang melawat saya ke??

Hari 2 - Tiananmen Square - Forbidden City
 

Selepas sarapan pagi, kami dibawa melawat Tiananmen Square, Forbidden City. Di sinilah tempatnya Maharaja China bersemayam pada masa dahulu. 

Kami berpusing2 dan bergambar sebanyak mungkin. Suasana winter yang nyaman memang syok. Cuma kadang2 bila ada angin winter bertiup ke arah kami membuatkan muka dan tangan kami berasa kebas. 

Saya nasihatkan semua yang plan nak datang time winter menyediakan pakaian musim sejuk yang tahan ye.. Kalau tak boleh demam tau! ;D

Bergambar bersama pelancong kumpulan Poto Travel di hadapan Forbidden City...

 
Dari kiri, Eyrie, Faiz dan Fadhil...


Control macho walaupun tengah menggigil menahan kesejukan...


Bersama Mokma, makcik saya yang sporting...

Kami stop makan tengahari di restoran tempatan. Makanan macam biasa, Chinese cuisine. Walaupun perut tak berapa nak bleh terima masakan kat sini, tapi disebabkan lapar sangat, kami makan ja..hehe..

Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Masjid Naujie. Selepas sembahyang,  kami dibawa pula ke Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Di sini kami dapat lihat bagaimana Sensei menggunakan herba dari hutan untuk dijadikan ubat ubatan. 

Dari herba untuk masakan sampaila ke herba untuk dijadikan mandian. Semua ada mehh...

Urutan kaki percuma di Pusat Kajian Herba China...

Selepas itu kami dibawa untuk menyaksikan Acrobatic Show yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan. Memang hebat betul diorang buat akrobatik. Terpegun seketika tengok diorang pusing2, lipat2, terbang2.. hehe..

Dan malam pun tiba, dan macam biasa kami makan malam di restoran tempatan. Hari kedua ditamatkan dengan tidur secukupnya..

Hari 3 - Jade & Silk Center - Tembok Besar China

Hari ketiga dimulakan dengan bersarapan di hotel. Selepas sarapan pagi, kami dibawa membeli-belah di Jade dan Silk Center. Kat sini kami melibat bagaimana batu jed diproses untuk menjadikan jed berbentuk kuda, naga dan sebagainya. Memang lawa dan halus buatannya. Harga bergantung pada jenis jed dan saiz.

Jade merupakan 'Raja Batu'. Spelling jade dalam bahasa cina kalau diterjemahkan menjadi 'Raja Batu'. Macam mana cara nak mengenal jade tulen atau palsu?

1) Jade tulen boleh memecahkan kaca.
2) Ikat jade dengan rambut dan bakar. Jika tulen, rambut takkan terbakar sebab jade akan menjadi ejen penyejuk.
3) Jade tulen akan bertompok2 seperti awan jika dihalakan dengan cahaya lampu. Jade palsu hanya memberikan plain color.
4) Ketuk jade dipermukaan keras. Makin nyaring bunyi dia makin bagus kualitinya.

Kemudian kami dibawa ke Crystal Palace of Ming Tombs, Beijing. Kat sini kami tengok bagaimana barangan kristal dibuat untuk dipasarkan. lebih kurang kedai jed td cuma di sini hanya jual kristal. Harga juga agak berpatutan.

Posing depan jed.. once broken consider sold.. cewahh..hehe...


Almari penuh dengan jed hijau...


Setelah habis pusing2 dalam kedai jed dan kristal, kami dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan macam biasa. 

Menjamu selera di restoran Cina Muslim..nyammm...

Setelah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan untuk melawat Tembok Besar China dengan menaiki bas. Perjalanan dianggarkan mengambil masa 2-3 jam. 

Disebabkan kenyang dan letih, kebanyakan daripada kami tertidur dalam bas. Syokk.. hehe

Bergambar sebentar dengan salji sebelum bertolak ke kaki The Great Wall...
  
Syukur alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia, Tembok Besar China (The Great Wall). Pendakian memerlukan langkah berhati2 sebab tangganya curam dan licin.


Bergambar di kaki gunung The Great Wall of China...


Great Wall ni dianggarkan sepanjang 6400 km dan terdiri daripada beberapa seksyen. Kebetulan pula, semasa mendaki kabus sederhana tebal dan cuaca baik. Best sangat tengok view dari atas tembok ni. 

Peserta pendakian yang berjaya sampai ke seksyen 2 boleh mendapatkan plate certificate pendakian yang boleh didapati di kedai Great Wall Store. Tak mahal pun, lebih kurang 40 yuan @ RM20 je. Ok la nak buat kenangan sebab ada tulis nama dan tarikh kita panjat.



Walaupun bersalji, tapi suhunya nyaman dan tak sejuk sangat...


Perhentian nombor 6...


Tembok Besar China ni dibina pada waktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Kerajaan telah mengarahkan petani untuk membina tembok ni, dan ramai telah mati semasa dalam proses pembinaannya. Pekerja yang mati ditanam di sepanjang tembok dan ini menjadikan The Great Wall sebagai 'Kubur Terpanjang di Bumi'.

Tujuan pembinaan Tembok Besar China ini adalah bertujuan untuk menghalang pencerobohan puak Mongolia dan Manchuria.

Geng muda mudi yang sukakan cabaran.. cewahh...

Contoh Certificate Plate untuk peserta yang berjaya mendaki ke perhentian kedua dan ke atas...

Hari hampir senja. Kami bergambar sakan di kawasan sekitar sebagai kenang kenangan. Badan semua peserta sudah letih, apa yang kami bayangkan hanya katil...katil dan katil.. hehe...

Kami meneruskan perjalanan ke Ski Resort yang terletak di Baofuling, tempat di mana kami akan bermain ski pada esok harinya.. yeayyy!!

Ski Resort menjadi tempat kami bermalam. Dan zzzz.... 

Hari 4 - Ski Resort - Summer Palace - Tea House

Seperti biasa, kami akan bangun awal pagi dan bersarapan untuk mengumpul tenaga. Selepas sarapan pagi, kami bercadang nak main ski di Ski Resort. 

Utk sesiapa yang berminat nak main ski, tempahan peralatan adalah kos sendiri. Kos dianggarkan USD10 untuk satu jam. Still affordable kepada sesiapa nak mencuba. Yela kan, kat Malaysia mana ada salji.. heee

First time nak merasa main luncur salji...
 

Ready nak meluncur...


Gaya seorang peluncur yang tak berapa nak professional...

Selepas beberapa jam di Ski Resort, kami meneruskan perjalanan ke Summer Palace. Berdekatan dengan Summer Palace kami dibawa membeli belah di Fresh Water Pearl Center dan Crystal Factory

Summer Palace...


Bell Tower @ Summer Palace...

Waktu makan telah tiba. Kami dibawa untuk makan tengahari oleh tour guide kami. 

Setelah itu, kami dibawa ke Tea House untuk minum teh. Ada diantara kami yang beli teh untuk dibawa balik. Ginseng dan sebagainya ada dijual di sini dengan harga yang cukup berpatutan.

Selepas itu, kami makan malam di restoran berhampiran. 

Hari 5 - Stadium Olimpik (Stadium Sarang Burung) - Panda Zoo

Hari ini kami akan melawat datuk nenek Feng Yi dan Fu Wa. Selepas sarapan pagi, kami bersiap2 untuk  melawat Panda Zoo. Panda Zoo ini terletak di kawasan Zoo Bejing. Di dalam Beijing Zoo ini terdapat lebih kurang 16 kawasan pameran yang berlainan. Dan yang paling popular adalah Panda Hall. Di sinilah terdapatnya giant panda yang comeyy...

Seperti sedia maklum, panda merupakan haiwan yang paling popular di China. Mungkin disebabkan bentuknya yang comel seperti teddy bear. Dikatakan panda juga menjadi simbol diplomatik untuk negara-negara lain. Harga tiket untuk masuk ke dalam Panda Zoo adalah sebanyak 15 Yuan @ RM7.50 sahaja.. hehe...

Di hadapan pintu masuk Panda House...

Panda panda tengah syok makan...


Nape wat muka sedih ni panda? Tak cukup tidur yee...

Perjalanan diteruskan dengan melawat Stadium Sarang Burung sebelum shopping di Diamond centre. 

Stadium Sarang Burung ini adalah stadium di mana sukan Olimpik 2008 berlangsung.

Depan Stadium Olimpik Sarang Burung...


Menara Olimpik Beijing 2008...

Tidak ketinggalan juga untuk shopping di Hard Rock Cafe. Selepas itu, kami pun akan malam. Haishh.. makan tak pernah miss.. hehe

Muka lapar sampai tak larat nak senyum...

Hari 6 - Shopping

Hari keenam dimulakan dengan bersarapan seperti biasa juga. Selepas sarapan pagi, kami ke Silk Centre untuk melihat bagaimana sutera ditenun. Kami dapat melihat sendiri ulat sutera dan cara sutera dihasilkan.


Ulat sutera yang hidup...


Kepompong ulat sutera...


Apa lagi.. jom borong sutera. Harganya jauh lebih murah dari yang terdapat di Malaysia. Cadar sutera pun boleh dapat dalam RM700 sahaja. Murah kan?

Selepas itu kami singgah ke Hong Qiao Market. Di sini memang ada macam2 jenis barangan seperti pakaian, gajet elektronik dan sebagainya. Skill tawar menawar sangat diperlukan di sini. Tapi hati2 kalau beli gajet elektronik dikhuatiri cepat rosak. Almakluma, murahh..hehe... 

Kat sini saya beli kasut dan iPod Nano. Harga murah dan berpatutan. Barangan kulit yang tiruan seakan2 original. Memang hebat la diorang ni dalam bab tiru meniru ni..

Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat Masjid Niu Jie. Di sini kami solat zohor dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Berhenti solat di Masjid Niu Jie...


On da way balik ke hotel...

Aktiviti membeli belah disambung lagi di Tian Ya Market. Bagi sapa2 yang bawak duit lebih, mmg syiookk sangat shopping kat sini. Ada yang sampai tak menang tangan memegang barang2 shopping.

Hari 7 - Beijing - Hong Kong - KLIA

Hari terakhir di Beijing. Kami bersiap2 dan berkemas. ketika suasana masih lagi tenang, kami berangkat ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong dan kami tiba di KLIA pada sebelah petang. 

Perjalanan menghayati keindahan ciptaan Allah swt di bumi Beijing berakhir di sini. Sekian...

Nota Kaki: 
* Masa ni pakej yang ditawarkan adalah RM2,225 seorang dewasa. 
* Currency, RM1.00 = 1.90Yuen


Harga Termasuk:
* Tiket kelas ekonomi K. Lumpur – Beijing – K. Lumpur.
* Penginapan di hotel 3* atau setaraf
* Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan.
* Makanan HALAL di Restoran Muslim.
* Insuran perang & A.tax KLIA
* Airport tax-Beijing
* Caj untuk visa RM 58.00 – 7 hari
* Fuel charges

Harga TIDAK termasuk:
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel.
* Tip untuk pemandu pelancong .TIDAK diwajibkan (ikhlas).


Peringatan:
* Kami diingatkan supaya menyerahkan passport dan sekeping gambar bagi tujuan permohonan visa 15 hari sebelum tarikh berlepas.

You Might Also Like

4 comments

  1. Anonymous20/7/14

    Terbaik bro!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12/10/14

    Brapa bajet trip ni eyrie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau p beijing 7 h 6 m x mahal pun bro.. dlm RM2500 seorang.. ktorg naik cathay pasific.. selesa.. ;)

      Delete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts