Cara Membina Otot

11:50 AM


 

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (ambik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang-kadang kite rasa kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar-besar jugak…. mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan.


Untuk org dewasa, makan 2500 kalori setiap hari sudah memadai, tetapi bagi yang mahu membina badan, anda kena makan 4000 kalori setiap hari.

Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan protein kerana protein lah yang membina blok-blok otot pada badan anda. Kalau boleh makan protein setiap 2-3 jam menyediakan protein yg secukupnya untuk badan.

Kurangkan makananan yang banyak gula, lemak dan asid lemak trans. Bagi yang baru berjinak-jinak dgn sukan ini, anda tidak boleh sewenang-wenang nye untuk mengangkat beban yang berat kerana anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk itu.

Mulakan dengan aktiviti rutin yang memberi faedah pada diri anda (contohnya jogging, skipping). Jangan pulak anda selama ni tak pernah bersenam, tetiba nak angkat berat. pastikan anda berjogging dulu bagi mendapatkan stamina. Selain dari jogging, anda boleh berenang, berbasikal malah kerja berkebun juga boleh!

 

Bila anda meletakkan impian anda untuk mendapatkan otot yang cantik, andalah yang bertanggungjawab untuk memastikan ianya tercapai 9ia memerlukan disiplin yang tinggi). sememamangnya anda perlu untuk mengambil makanan tambahan, tetapi selamatkah ia pada badan anda?

Jadi pastikan anda mempelajari tentang sesuatu produk dahulu, mendapatkan pandangan doktor atau pandanagn yang lebih pakar adakah ia boleh atau tidak. Ini adalah kerana sesetengah produk memang bagus untuk kita tetapi bukan untuk orang lain.begitu juga sebaliknya.

Mungkin anda makan satu scoop sudah memadai, tetapi bagi orang lain 2 scoop baru mencukupi (badan manusia ni kan unik). Yakinlah bahawa anda boleh memiliki badan yang cantik tanpa mengira bagaimana rupa anda sekarang. Hasil akan datang dengan sesi latihan, bukan datang tergolek!anda memerlukan jadual latihan yang sesuai untuk menjadikannya satu kenyataan!



Ditulis oleh Darkbatman

You Might Also Like

20 comments

  1. Anonymous17/11/14

    Assalamualaikum. Bolehkah saya melakukan workout sewaktu malam? Dan masa terbaik untuk workout.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas maghrib sampai pkul 12 x digalakkan bersukan or workout sebab masa ni jantung berada d tahap paling lemah.

      Waktu terbaik adalah selepas asar sehingga maghrib dan juga selepas solat subuh .:D

      Delete
  2. Assalamualaikum...nak tanya...boleh ke remaja umur 16 tahun buat senaman angkat dumbell untuk biceps...sebab tengok internet katanya akan membantut tumbuhbesaran atau ketinggian...betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akan membantut, JIKA main gym x amik protein dan makanan berzat.. ;)

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    saya dalam usaha nak menguruskan badan.saya selalu buat zumba pada waktu ptg..jadi boleh ke saya terus workout..atau saya memang kena jogging dulu baru boleh workout? Dan macam mana saya nak tahu stamina saya dah cukup untuk start workout? Hehe..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..

      Any stage of stamina pun da bleh workout. Cuma time workout tu, buat sekadar termampu sbb u bukan nak bina badan.. Think big start small..

      Zumba pun bagus juga, Biasanya start dengan jogging dlu baru workout. Disarankan time jogging tu u pakai sports bra utk mengelakkan kejatuhan payudara..

      Delete
  4. As"salam Tuan... Saya baru je nak start gym...tapi ramai org ckp kalau kita x mkn supplements mcm SUPERMASS @ ANABOLIC PEAK.... Body x menjadi... So saya ade soalan

    1-protein yang manakah sesuai bagi saya SUPERMASS ATAU ANABOLIC PEAK??
    2-ade org ckp kalau mkn supplement mcm SUPERMASS atau lain2 tu...pada masa akan datang... Akan terkena buah pinggang.. Betul ke?
    3-kalau x mkn supplement mcm SUPERMASS atau lain2 tu naik body? Huhuhu...

    Harap tuan bagi pendapat.... TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Tuan Commander..

      Ok ni sy jawab..

      1) Semua jenis Mass Protein sesuai untuk menambah saiz dan membina otot. So mana2 pun ok bergantung pd bajet dan kesesuaian.

      2) Salah dan betul. SALAH sebab protein adalah makanan tambahan d mana ia memberi lebih protein utk membaiki muscle yang koyak dan utk menambah saiz muscle selepas INTENSE workout. BETUL akan efek satu badan la senang citer kalau datang gym, main sket2, peluh 2 3 titik, pastu minum protein shake. So, x workout jangan nak memandai2 minum protein shake.

      3) Tak ambil pun xpe tapi kena banyakkan makanan berprotein spt ayam, daging dan putih telur. Larat x nak makan 20 biji telur sehari? Sebab tu orang ganti dgn protein shake. Ada protein baru badan bleh bina muscle..

      Hope jawapan sy membantu.. ;)

      Delete
  5. Owh mcm tu... Mcm mana nak bagi berpeluh main gym ni? Supaya dapat minum protein shake berapa jam sehari??

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut step yang betul. Kena ada jadual. Sehari main satu bahagian sahaja. Tp utk beginner, bleh campur2 utk kembangkan otot baru.

      Delete
  6. Makan nasi di waktu malam..baik atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. X elok sangat sbb nasi tu complex carbo.. Sesuai diambil pada waktu pagi..

      Delete
  7. Bro.saya overwight perut buncit.saya skrang ini start bergym .dengan masa yang sama saya nak kuruskan bandan dan membina otot .protein apa yang sesuai untuk saya ambil.?

    ReplyDelete
  8. Kalau hari senaman...makan banyak sebelum workout atau selepas workout? Sebab nak bagi ripped sikit...saya ni kalau tak makan sebelum workout badan memang lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan protein 30 minit sebelum dan selepas intense workout. Baru bleh ripped..

      Delete
  9. salam bro :)
    Bagi overweight, bagaimana cara yg btul kalau nak turunkan berat sekali dengan bina otot2. Boleh describe produk mana yang sesuai ntuk kedua2 tujuan tu. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Overweight?

      Fat burner + pre workout + weight exercise + cardio exercise

      Delete
  10. assalamualaikum. berat sy sekarang cecah 70 kg tnggi 165cm.. dan berhasrat utk bina otot..sy dah workout dan jogging tiap ptg.. mkn sekali sehari shj. tp badan krus shj tiada otot..mknn yg sesuai utk naikkn otot ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape nak jogging? makin kurus la jadinya.. workout + protein + diet seimbang.. baru dpt muscle.. :-)

      Delete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)