Percutian Raja Eyrie ke Melbourne, Australia Spring 2014

4:42 PM


Estimated Total Budget: RM1,700.00 all inclusive! 
Wahhh.. bagaimana caranya? Silakan baca sampai habis ye... ;D
email: rajaeyrie@gmail.com 


 Raja Eyrie's Other Travelogs...

KLIK SINI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera d ucapkan kepada pembaca dan follower Raja Eyrie sekalian.. How are youuuu??? Hope u r fine...;D


Musim di Australia:

Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November


Yesss utk kali ni nyer entri, saya nak menceritakan pengalaman saya ber'backpacking' di negara Kangaroo iaitu Australia, dan spesifik sket, ke Melbourne selama 6 hari (22-27 Oktober 2014) @ Spring timeeeee, dengan bajet KURANG DARI RM2000.00 tau!

Dan macam biasa saya akan perkenalkan ahli2 backpacking utk trip kali ni...

Raja Eyrie's Backpacking Buddies:
 
The 3 Musketeers...
P/S: Gambar Cima terpaksa di'blurr'kan atas sebab2 keselamatan dan privacy (poyo je minah ni kan..hehe). Bahasa yang digunapakai dalam entri ni juga bahasa rojak buah campur jeruk etc...hehe

Sebelum saya citer perjalanan kami dengan lebih detail, saya nk citer sket pasal Melbourne ni. Melbourne adalah sebuah ibu kota dan bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di negeri Victoria dan merupakan bandar kedua mempunyai penduduk paling padat di Australia. 

Melbourne telah disenaraikan sebagai sebuah bandar yang paling sesuai didiami di dunia sejak 2011. Ia terletak di titik paling utara teluk, iaitu berhampiran muara Sungai Yarra. Dari segi sejarah, Melbourne telah ditubuhkan pada 30 Ogos 1835 oleh koloni New South Wales

Some of Melbourne Attractions...

Melbourne sering sahaja dikaitkan dengan sebuah pusat persembahan dan seni visual, menjadi tempat kelahiran gaya tarian yang dinamakan Melbourne Shuffle dan New Vogue.

Perbezaan waktu Malaysia (Kuala Lumpur) dengan Melbourne hanya 3 jam sahaja. Kalau di Malaysia pukul 7pg, di Melbourne sekarang pukul 10pg.


Melbourne juga mempunyai rangkaian trem terbesar di dunia. Kami akan mendarat di Tullamarine Melbourne International Airport. D bawah adalah peta negara Australia:

Jauh tuu perjalanan.. memakan masa lebih kurang 8 jam dari KLIA ke Melbourne...

Okey da settle citer pasal Melbourne, so skrg kita teruskan dengan cerita mcm mana bleh terjadinya trip backpacking kali ni.. hehe

Masa ni dalam bulan Jun 2014, kami semua sibuk di ofis dengan kerja masing2 dan tetiba salah sorg dari kami yang bernama Cima tetiba whatsapp kitorg @ Geng Sowsart dan inform yang skrg AirAsiaX tengah promooo!!

Check punya check skali ternampak return flight ticket ke Melbourne, Australia dalam RM879.00 sahaja. Ni harga tiket + tax. Tak termasuk luggage. Beli tiket bulan 6, tapi ke Melbourne bulan 10. So kena la tunggu lagi 4 bulan..heee

Kami juga terus ke Booking.com untuk tempah budget hotel semasa kat Melbourne dan kami bersetuju untuk ambil 2 bilik di IBIS Budget Melbourne CBD Hotel. Kami tempah 2 bilik di mana dalam satu bilik ada 4 katil

Planning through whatsapp jeee...

So, saya n Azhar sebilik manakala Cima pula sebilik dok sorang2..hehe.. Total cost kami divide by 3 dan untuk 3 malam d sana, kami hanya perlu bayar RM220.00 seorang sahaja. Murah kan? Silalah tempah awal2.. lagi2 time ada promotion bilik murah...

Tapi disebabkan kami nk buat backpacking style, so kami decide tak nak ambik luggage. Hanya Azhar sahaja yang ambik luggage 30kg. Almaklumla dia kan staff Malaysia Airlines. So dapat tiket suuuuper murah dan free luggage lagi tuu..

So, semua barang makanan dan barang2 cecair macam alatan mandi sumer, kami tumpang luggage Azhar la.. Saya n Cima just bawak backpack kecik kami ni masuk dalam cabin AirAsiaX je. Jimattt ... ;D


AirAsiaX booking screen...

Dua minggu sebelum tarikh penerbangan kami, kami bertiga berkumpul kat Sunway Pyramid utk bincang pasal itinerary untuk ke Melbourne dan pembahagian tugas. Sambil2 borak sket la pasal isu semasa.. cewah kononnya la kan..haha

Persediaan terus menerus dibuat sepanjang dua minggu ni.. 

Antara perkara penting yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

1) Passport & Visa

Ini adalah yang paling penting sekali sebelum ke Australia. Kalau takde passport dan visa, pihak imigresen tak akan benarkan korang masuk ke sana. Australia mengenakan syarat untuk memohon visa bagi rakyat Malaysia sebelum memasuki negara ini. 

Boleh memohon visa dengan cara menghantar email ke eta.visa.australia@gmail.com (Encik Muhammad). Harga masa ni saya dapat RM20/passport. Atau boleh juga di ejen-ejen pelancongan pilihan anda. Kalau nak selamat, sila print Visa anda dan bawa sekali masa nak check-in.



2) Tiket penerbangan (e-ticket / boarding pass bagi AirAsiaX)

Kalau nak cepat dan mudah, buat je web check-in. Senang dan tak tergesa-gesa masa kat airport nanti. Print siap2 boarding pass korang dan standby elok2. 

Tapi untuk e-ticket AirAsiaX ke Australia, kami kena ke kaunter untuk buat document verification.

Ni la rupanya e-ticket AirAsiaX...


3) Wang tunai (Australian Dollar @ AUD) / kad kredit

Korang leh tukar duit ke matawang Australia siap2 kat Malaysia. Masa saya tukar tu, rate boleh kata masih rendah iaitu 2.85 (sumber Bank Negara) dan dapat selling rate as 2.91 kat Seksyen 25 Shah Alam. Elakkan tukar di airport kerana kadar tukarannya rendah dan akan menyebabkan korang rugi. 

Australian Dollar...

Kad kredit pula standby untuk emergency dan PLEASEEE elakkan guna kad kredit anda untuk shopping ye.. Dikhuatiri anda pitam dan pengsan bila bil kad kredit anda sampai nanti..hehe.. Almaklumla kat Aussie barang berjenama boleh tahan la murahnya..;D

4) Pakaian

Australia mempunyai 4 musim iaitu:

Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November

So, disebabkan kami p ke sana kali ni pada musim bunga (spring), suhu dianggarkan sekitar 10 - 21 darjah celcius je. Tidak la sesejuk winter, nyaman macam berada kat Cameron Highland pada waktu pagi.

Apa yang saya bawak adalah beberapa helai t-shirt, jeans, jaket kulit, glove dan mafla. Standby kot2 tetiba kat sana jadi terlebih sejuk.. hehe

5) Lain-lain barangan

Untuk kami punya trip @ ala2 backpackers style, saya decide nak bawak sesikit yang boleh. saya sndri bawa sehelai towel kecil dan semua mini toiletries. Dan tidak lupa juga kepada International Adaptor saya yang da berkhidmat semenjak tahun 2008 lagi.. Jeng3.. ;D

Passport, boarding pass dan wang tunai Australian Dollar... ;D

Kami plan untuk bawak bekalan makanan sendri yang dibeli d Malaysia sebagai sumber makanan kami di sana. Walau bagaimanapun, ada jenis makanan yang boleh dibawa dan DILARANG untuk bawa masuk ke Australia.

Makanan yang BOLEH dibawa (tapi kena declare):
  • Mi segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (sbb Nestle adalah syarikat Australia).
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Panadol atau balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • Serunding daging/ayam.
  • Bahan makanan yang mengandugi telur.
  • Hasil tenusu seperti mayonis, susu, cheese etc.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.
Untuk maklumat yang lebih detail tentang makanan apa yang boleh bawa dan tak boleh bawa, boleh rujuk kat website Australian Agriculture. 


 TIPS PENTING SEBELUM BER'BACKPACKING'!!!

  • Prepare korang nyer mental dan fizikal untuk hadapi segala kemungkinan buruk; 
  • Prepare semua keperluan seperti visa, passport dan lain2; 
  • Buat study dulu tentang tempat korang nak pergi, masa, bajet etc; 
  • Kalau kat negara mat salleh atau China atau yg lain2, be prepared apa yg patut sbb tandas diorg takde air. Kebanyakan guna tisu je ye; 
  • Pilih travel buddies yg okay. Tak nak nanti berpecah belah masa kat tempat orang sebab mood swing etc; 
  • Yang paling penting, kalau korang jenis senang EMO, so better jangan join; 
  • Baca doa musafir. May Allah ease your journey... ;D

HARI PERTAMA

Penerbangan dari KLIA2 ke Tullamarine Melbourne International Airport...
 
Then, tibala waktunya tarikh penerbangan yang dinantikan. Kami punya flight pada 22/10/2014 pukul 10.30mlm. Saya bertolak dari Shah Alam menaiki teksi dan sampai ke KLIA lebih kurang 40 minit.

Sampai di KLIA, saya berjumpa dengan Azhar dan Cima semata2 untuk pass toileteries dan barang2 makanan yang kitorang akan bawa ke sana. 

Untungla Azhar kerja dengan MAS. So bleh dapat tiket murah, dapat free luggage pulak tu. Tapi nasibla kena bawak semua barang makanan kitorng ni.. hehehe..

Da settle, saya terus ke KLIA2 dengan menaiki ERL. Cuma RM2 sahaja sehala. Cepat pun cepat, jimat pun jimat. So, tibala masa untuk saya berlepas menaiki flight AirAsiaX

ERL Schedule...

Masa dalam flight tu, dapat tengok ramai orang Malaysia join sekaki nak jejak Melbourne. Nampak gayanya kami semua menyambut cuti Deepavali tahun ni kat Melbourne laa.. hehe

Semasa di KLIA2, imigresen Malaysia sangat strict juga in term of hand carry luggage. So, kalau korang bawak hand carry luggage, make sure saiz dan berat beg korang memenuhi kriteria. Even lebih 0.5kg pun diorang x kan bagi masuk. Safety reason. Tak pasal2 korang kena say bye2 to your travel mate... hehe...

HARI KE-2

Tullamarine Melbourne International Airport, State Library of Victoria, RMIT University, D'Food Connection, Federation Square & Hosier Lane, St. Kilda Beach & Luna Park...

Setelah tiba di Tullamarine Melbourne International Airport, tibala masa untuk pemeriksaan oleh bahagian imigresen Australia.. Fuhhh memang strict sangat la mak oiii..

Mula2, check passport, siap bandingkan muka dengan gambar, check details dalam arrival card (e.g. address, duration etc). Da settle imigresen, kami pun teman Azhar ke satu tempat khas untuk check bagasi pula. Nak check barang makanan yang kami bawa, check betul ke tak declaration list yang kami buat tu. So make sure korang declare betul2 ok!

Tips untuk senang lepas imigresen (insyaallah):
1) Senyum dan ucapkan selamat
2) Jawab dengan sopan
3) Bercakap dengan memandang mata (eye contact)
4) Jujur dalam percakapan. Kalau stay seminggu cakap seminggu.
5) Kurangkan 'unnecessary movement'

Senyum je bila bercakap dengan pegawai imigresen...tapi jangan over plop...hehe
 
Ada dekat sejam kami kat imigresen tu. Kena beratur panjang lagi.. dugaan2..hehe.. After that, kami semua pun berkumpul di depan 'prayer room' yang terletak di tingkat bawah di antara balai ketibaan Domestik dan Antarabangsa.

Punyala excited semua orang bila berkumpul. Masing2 x sabar2 nak pusing2 satu Melbourne. Padahal masing2 masih lagi jetlag sbb penerbangan terus dari KLIA2 ke Melbourne yang memakan masa lebih kurang 8 jam juga la..

Tidak menunggu panjang, kami terus sahaja pergi ke kaunter Skybus yang terletak di luar balai ketibaan. Ada 2 kaunter di situ. Kami terus saja beli tiket pergi-balik dari airport --> Southern Cross Bus Station --> airport dengan harga $30. Lagi jimat daripada beli satu2 sbb harga satu trip $18. So kami da jimat $6... Yela kan.. kata trip backpacker..hehe

Salah satu pemandangan di Melbourne City...

Setibanya kami di Southern Cross Bus Station tu, kami terus sahaja ke kaunter dan mendaftar untuk menaiki shuttle bus percuma dari Southern Cross Bus Station ke hotel kami. Memang warga Australia ni sangat peramah. 

Sambil2 tunggu shuttle bus tu, sempat juga kami borak2 dengan warga New Zealand yang datang bercuti di Melbourne...

Perjalanan dengan shuttle bus tu memakan masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke hotel kami. Semasa perjalanan, kami dapat lihat pemandangan bandaraya Melbourne yang sangat bersih, even nak nampak puntung rokok pun susah. Memang saya salute betul la diorang punya disiplin ni.

Da siap2 check-in IBIS Budget Melbourne CBD hotel, kami semua mandi dan bersiap. Semua masih lagi excited untuk jalan2. Perut pun masih kenyang lagi.. hehe

1) Melihat keindahan senibina State Library of Victoria...

Lebih kurang sejam kemudian, kami pun turun dari hotel dan meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu State Library of Victoria

Dalam perjalanan ke sana, kami singgah ke 7Eleven untuk beli kad Myki. Kad ni penting untuk travel menggunakan public transport d sana seperti train dan tram.

Sistem tram di Melbourne memang menyenangkan para pelancong...

Walaupun public transport kat Melbourne ni banyak, tp yang unik nya, takde pun orang yang jaga kat setiap stesen untuk jual tiket atau tempat tambah nilai manual. Semua guna automatik, semua guna Myki

Memang takde orang monitor. Owhhh.. jangan silap. Sebenarnya walaupun takde orang yang tengok, tp surveillance camera ada d merata2. Sapa2 kantoi guna tram atau train (kecuali city circle tram) tanpa touch Myki, akan disaman sebanyak $350 (atau lebih) on da spot. Owh mintak jauhlaaaa.. ;D

Da dapat sorang satu Myki, baru kami teringat yang kami terlupa nak ambik peta Melbourne di Southern Cross Station. Apa lagi, sesat menggagau la kami nak cari State Library of Victoria. Nasib baik la warga tempatan sangat2 membantu. Tanya sepatah je, diorang akan explain berjela2... Punya la bersungguh2 diorang nak bantu kami walaupun susah sket kitorang nak faham slang Australian diorang tu.. terharuuuu.. ;D

Akhirnya sampai juga kami ke library yang dikatakan hebat itu. Tapi malangnya, library tu sedang dalam proses baik pulih. So x dapat la kami nak masuk jenguk2 kat dalam. Cuma dapat bergambar dari luar saja.. sob..sob.. ;p

Pemandangan dari depan State Library Of Victoria...


State Library of Victoria masih dalam renovation. So bergambar depan statue je...

2) Melawat RMIT University...

Perjalanan diteruskan lagi mencari RMIT University of Melbourne. Nampaknya kali ni perjalanan kami lebih mudah. Sebab universiti ni dekat sahaja dengan State Library of Victoria tu tadi. Jalan sket, pusing2 skali terjumpa signboard RMIT University. 

Apa yang istimewanya RMIT University ni? Universiti ini adalah universiti global yang pakar dalam teknologi dan reka bentuk. Untuk maklumat lanjut boleh ke website RMIT University.

Posing sket depan RMIT University...


Kalau sesat di bandar Melbourne, sila cari orang berjaket merah ni... hehe


3) Luncheon @ D'Food Connection...

Walaupun jauh da kami berjalan kaki, tapi kami masih x merasa penat. Cewahh.. sbb excited sangat kott.. ;P

Lepas tu, kami singgah sebentar ke Melbourne Central untuk makan tengahari di sebuah restoran yang dulunya dikenali sebagai Secret Recipe, tapi sekarang da berubah nama menjadi D'Food Connection. Insyaallah halal...

Muka lapar nak makannn...hehe

Makanan dia boleh tahan banyak sebab ikut saiz makanan mat salleh kan..hehe...
  
Menikmati Chicken Grilled yang berharga $15.90...nyummyyy...


4) Graffiti Wall di Federation Square & Hosier Lane... 
 
Da siap makan semua, kami meneruskan perjalanan (jalan kaki jee...) ke Federation Square dan Hosier Lane untuk tengok hasil kreativiti 'kaki conteng' yang akhirnya menghasilkan lukisan yang hebat di dinding2 bangunan yang juga dikenali sebagai 'graffiti'...

Salah satu lukisan di Graffiti Street...
 
Graffiti man...

Graffiti oleh pemuja illuminati (jin mata satuuuu...)


5) Melihat penguin di St. Kilda Beach... 

Macam biasa, da siap bergambar semua kat Grafitti street tu, kami meneruskan pengembaraan kami pada hari pertama ke St. Kilda Beach untuk tengok penguin.

Tapi sebenarnya masa ni hari da nak malam. So, penguin maybe da masuk sarang masing2. Tapi kami saja ja pergi sana untuk tengok macam mana sebenarnya pantai St. Kilda tu. 

Kami ambik tram ke St. Kilda Beach Station. Turun saja dari tram, kami tanya orang tempatan. Yela, sebab da gelap. Nanti sesat ke mana2 pula..Dan macam biasa, warga tempatan memang sangat2 suka menolong... ;D

Santai di St. Kilda Beach di malam hari.. Baru pukul 6.45pm...


6) Bergambar di depan Luna Park... 

Dan destinasi terakhir kami pada hari pertama adalah Luna Park. Luna Park Melbourne pada masa ni juga masih dalam proses baik pulih

Luna Park keeper...hehe...

Luna Park tutup.. sedeyyy...

Dijangka akan mula beroperasi awal tahun 2015. So sempat bergambar jela kat depan pintu masuk Luna Park tu... ;D

HARI KE-3

Great Ocean Road Trip (Loch Ard Gorge, Apollo Bay, 12 Apostles, Kennett River & The Fallen London Bridge)...

Dannnn kami bangun awal pai, solat Subuh dan bersiap untuk ke Great Ocean Road (GOR). Kami tempah pakej GOR tour ni secara online. Harga setiap seorang adalah $75 dan termasuk sarapan pagi dan makan tengahari. Kalau korang berminat, boleh la ke website diorang untuk urusan tempahan... <<Melbourne Australia Tours>>

Kami pun menunggu pemandu pelancong datang untuk jemput kami di depan hotel. Lebih kurang pukul 7.50pg, kami pun meneruskan perjalanan ke Great Ocean Road dengan menaiki van pelancong

Dalam bas tu ada lebih kurang 24 orang warga Malaysia dan Singapura yang sama2 join kami ke GOR tour.

Pintu gerbang Great Ocean Road...

Da siap2 kitorang bergambar kat depan pintu gerbang GOR trip, kami pun dibawa untuk breakfast. yeahh.. home made breakfast by our lovely tour guide, Mr. Linzie yang hensem. Ada susu, teh, biskut dan macam2 lagi. Memang santai habis.

Mr. Linzie a.k.a GOR tourist guide we olz yang peramah...


Pokok apa kat belakang tu ekk? Macam oak tapi bukan...


Belanja signature pose sket... hehe

Sambil2 dok breakfast tu, saya ternampak ada sekor burung kakak tua ni tengah bertengek kat atas pagar. Apa lagi, saje ambik biskut n acah2 kat dia. Sekali dia makan daa biskut tu. Jinak betul burung tu. 

Sekali dok syok2 bagi makan, tetiba datang lagi 2 3 ekor burung kakak tua datang mintak makanan. Siap 'parking' atas bahu saya lagi. Memang jinakk..ambik sekor bawak balik.. hehe

Sedap je kan melepak atas bahu aku kan wahai si burung...hehe...

Da settle breakfast, kami pun curi2 masa nak bergambar kat tepian pantai (lupa plak apa nama tempat ni.. tp mmg osemmm!!). 

Lompat sana lompat sini. Bukan selalu nak datang sini. Tu yang bergambar x hengattt.. hehe...

Posing sket kat pantai ni.. lupa apa nama tempat ni.. nanti saya hapdet..hehe

Muka excited yee...


1) Loch Ard Gorge (Shipwreck Coast)...

Selepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Loch Ard Gorge yang mempunyai sejarah tersendiri mengenai kematian seorang kapten kapal yang hebat. Sejarahnya boleh dibaca di sini.

Panorama view of Loch Ard Gorge...


Posing di Loch Ard Gorge (Shipwreck Coast)...

2) Apollo Bay

Setelah penat pusing sana pusing sini, pinggang pun da sakit sebab dok lama sangat dalam van pelancong tu, kami pun singgah ke Apollo Bay. Tujuan utama adalah untuk makan tengahari.. hoorayyy!

Restoran yang menjadi tumpuan kami semua adalah ILUKA Restoran and Motel. Restoran ni mendapat sijil halal daripada islamic body kat Australia. Yakin halalan toyyibannn.. ;D

ILUKA Restaurant and Motel...

Padang di depan ILUKA Motel & Restaurant... kat sini la tempat nak solat... nyaman...

Saya dan kawan2 pilih untuk makan Fish and Chips. Almaklumla, walaupun ada sijil halal, just nak tambah lagi keyakinan kami, so ambik ikan jela.. Sedap pun sedap.. Portion pun besaqqq.. kenyang cheqq..

Tadaaa.. Fish & Chips yang menjadi pilihan kami...

Da siap makan, kami pun sama2 solat Zohor di padang depan restoran tu. Suasana memang nyaman. Selepas itu, mula la kami bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan..

3) 12 Apostles Tour

Perjalanan diteruskan ke 12 Apostles di mana terletaknya gugusan batu kapur d tepian pantai Port Campbell. Tapi sekarang ni hanya tinggal 8 Apostles sahaja yang tinggal. Yang lagi 4 sudah hancur menyembah bumi...

Kalau nak tau kisah 12 Apostles ni, boleh la klik sini.

12 Apostles Marine National Park...


Antara apostles yang masih kukuh berdiri...


Kat belakang tu adalah tempat nak naik helikopter untuk 12 Apostles tour... lebih kurang $175 seorang per trip...

Bergambar bersama runtuhan apostles...


4) Kennett River

Kami berhenti untuk melihat koala yang hensem. Tapi masa kami tengah usyar2 dia, bleh plak koala2 hensem tu buat donno je tido celah2 pokok tu..hehe

Koala yang sombong...huh!

Walaubagaimanapun, cewahh..(ada penanda wacana la plokk...) burung2 kat sini memang jinak2. Saya sndri berpeluang memberi makan burung2 ni.. 

Kalau tau burung2 ni jinak macam ni, baik saya bawak biskut paket banyak2 kat hotel tu takde sapa nak makan.. heee..

Burung kat Zoo Negara pun tak jinak macam ni...

Da settle di sini, macam biasa kami meneruskan perjalanan ke London.. Opss sori silap.. The Fallen London Bridge kat sini jee.. hehe

5) The Fallen London Bridge (London Arch)...

Cuasa masih lagi baik, suhu pula nyaman sekitar 17 darjah celsius. Memang sesuai sangat la kalau nak berjalan2. Penat tak terasa bila melihat keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulillah..

Setelah lebih kurang beberapa ketika, kami pun sampai la ke salah satu tempat tarikan pelancong yang digelar The Fallen London Bridge (London Arch) yang roboh pada 15 January 1990 disebabkan hakisan.

The Fallen London Bridge (London Arch)...

Lebih kurang 15 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Melbourne. Seharian yang memenatkan tapi sangat2 berbaloi. Hanya dengan $75, kami dapat melihat pemandangan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat di negara Australia ni.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam membuatkan mata kami mengantuk. Pluppp tertidur dalam van pelancong. Sedar2 da sampai hotel kami di Melbourne.

Sesampai je di hotel, kami bersiap2 mandi dan makan malam. Makan malam bujang buat sendiri. Megi dan roti bersalut tuna menjadi pilihan utama.. Sambil dok makan2 tu, kami try la buka wifi tapi takde yang available.

Lepas saja makan lebih kurang pukul 10mlm, kami berpakat nak turun ke bawah menikmati pemandangan bandar Melbourne pada waktu malam. Sekali masa tengah berdiri depan hotel kami, ada pula wifi free daripada NAB Bank yang terletak di sebelah hotel. Apa lagi, semua pakat online sampai pukul 12mlm. Hari ketiga pun berakhir dengan penuh bermakna... ;D

Terserempak kengkawan backpackers Malaysia masa tengah ber'wifi'...hehe

HARI KE-4

Puffing Billy, Victoria Queen Market, Brighton Beach & Shrine of Remembrance..

Hari seterusnya diteruskan dengan bangun solat Subuh dan mandi. Lepas mandi, kami pun menyediakan sarapan sekadar yang perlu je. Macam biasa roti dengan tuna

Kalau kat Malaysia, sebungkus nasi lemak da hadam da dalam perut ni.. Tapi disebabkan kami d negara mat salleyyy, so makan pun kena la macam diorang..hehe

1) Puffing Billy

Destinasi pertama kami adalah Puffing Billy Railway. Puffing Billy ini adalah sebuah Keretapi Stim Premier yang telah dijadikan pameran untuk pelancong. Keretapi ini masih lagi berfungsi dan boleh membawa pelancong dari stesen Belgrave ke Gembrook untuk menikmati pemandangan di kawasan Dandenong Ranges.

Dari hotel, kami ke Flinder's Station dan ambik train ke stesen Belgrave. Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang sejam. So be prepared... ;D

Puffing Billy Railway information board...
 
Next train will arrive at...

2) Membeli-belah di Victoria Queen Market...

Setelah puas bergambar di Puffing Billy, kami meneruskan jejak kembara kami dengan shopping di Victoria Queen Market. Kitorang balik semula ke Flinder's Station dan ambik city circle tram (free tram) ke La Trobe. Kalau jalan kaki dari hotel kami pun boleh juga sebenarnya..hehe..

Bab shopping ni memang saya tak berapa gemar. Tapi disebabkan Azhar dan Cima yang terpaksa beli barang yang orang kirim, terpaksa jela followww.. hihi

Pintu masuk Victoria Market...

Pemandangan di dalam Victoria Market...


Azhar tengah nego dengan penjual tempatan...hehe


Banyak cenderahati dijual di sini...

Nah tu dia.. berbondong2 la Cima and Azhar memborong barang2 kat sana. Kononnya murah, padahal bila convert ke Ringgit Malaysia, mahal juga.. haha.. saya beli keychain, tshirt, fridge magnet and a few other things je untuk kengkawan yang menanti di Malaysia.. ;D

Tapau lunch di Halal Kebab...

Da settle beli belah semua, kami balik semula ke hotel dan letak barang2 semua kat bilik. Tetiba rasa lapar pula. Masa untuk jalan-jalan cari makan pula.. hehe.. 

Apa lagi, kami pun terus berjalan ke arah sebuah kedai kebab arab yang agak femes dikalangan warga Malaysia yang pergi ke Melbourne, iaitu Halal Kebab. Pekedai dia keturunan arab muslim, tp da jadi warga Melbourne.  

Sempat snap gambar kedai Halal Kebab ni masa on da way balik dari graffiti street...

Di sini portion kebab dia besaq nak habaq hang. Jenuh nak perabih satu kebab. Satu set termasuk air mineral cuma $11 sahaja. Berbaloi2...

Nak ambik air coke, tp ragu2 tentang kehalalannya. So baik elak terus. So kami tapau sorang satu untuk dibawa ke destinasi seterusnya iaitu Brighton Beach...;D

3) Santai di Brighton Beach...

Dari Flinder's Station, kami ambik train ke Brighton Beach Station. Jenuh turun naik train tukar stesen bagai dan alhamdulillah selamat sampai juga kami ke Brighton Beach

Sesampainya kami dari stesen tu, kami pun berjalan kaki menyusuri pantai lebih kurang 1km untuk sampai ke bathing boxes area. 

Lebih kurang separuh perjalanan, kami pun singgah ke satu tempat berkelah ni. Makan time! Masa ni la kebab yang kami beli td tu d lenyapkan dari muka bumi ni.. muahaha...

Membaham kebab sebelum meneruskan perjalanan ke Bathing Boxes...

Sesudah makan, perjalanan diteruskan dan akhirnya... BATHING BOXES ada di depan mata! Memang puas hati woo..hilang penat cheqq...hehe

Bathing boxes @ Brighton Beach...

Melbourne kami datang!!!


Di Melbourne, orang kaya tinggal di luar bandar tau...


4) Melihat tugu peringatan di Shrine of Remembrance...

Sesudah bergambar sakan kat Brighton Beach sambil menikmati keindahan pantai yang berangin dan melihat orang ber'surfing' kat pantai, kami pun meneruskan laaagi perjalanan ke sebuah tempat yang diberi nama Shrine Of Remembrance.

Shrine Of Remembrance...

Shrine Of Remembrance ni adalah sebuah kawasan yang menempatkan tugu2 peringatan kepada pejuang2 Australia yang dihantar ke seluruh negara Komanwel dalam perang dunia ke-2 dahulu.
 
Sesudah itu leih kurang pukul 8mlm, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Penat woo seharian berjalan. Tapi pengalaman yang menakjubkan di Melbourne ini sedikit sebanyak dapat memadamkan kepenatan kami.

HARI KE-5

Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014, Harbour Town Mall, South Wharf DFO & Smith Street

Hari kelima, hari sebelum kami meninggalkan Australia buat seketika. bangun je pagi, kami pun bersiap2 dan sarapan. Sarapan home made ye kawan2.. Menghabiskan bekalan makanan yang tinggal. Senang sikit nak bawak beg. Just penuhkan beg dengan barang2 shopping jeee.. ;D

Selepas check-out hotel, kami pun letak barang2 kami di loker hotel yang disewa dengan kadar harian. Cuma $6 untuk satu loker besar. Senang sket nak jalan2 tanpa beban dibelakang.



1) Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014 (da habis...waaa)

Hajat dihati nak p Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014 tapi dalam kalendar da habis da event tu.. Tak sompek nak poei tengok tulip..

Nak sedapkan hati, anggap jela dapat join dengan melihat gambaq2 yang saya donlod dari internet ni. Bagi kengkawan yang nak datang Melbourne Spring next next year, make sure tarikh percutian korang kena dengan tarikh Festival Tulip ni ya. Kalau tak, melepas macam kitorang.. Waaa... ;-(

Ramai pelancong datang bergambar bersama bunga tulip... (sumber: internet)

Pelancong dari China juga tidak ketinggalan... (sumber: internet)

Cantik2 bunga tulip ni... rasa nak petik2 je.. hehe (sumber: internet)

2) Harbour Town Mall...

Apabila anda ke Melbourne, jangan lupa singgah ke Harbour Town Mall di mana terletaknya barisan kedai2 barangan berjenama yang kadang2 memberikan potongan harga yang SUPERRRR CRAZYYYY.. hehe.. 

Tapi ikut nasib la ye.. Kadang2 dapat murah, kadang2 dapat mahal... Tapi mcm biasa, saya still tak minat shopping... So I have no comment on this... hihi

 Harbour Town Mall entrance...


Orang ramai berpusu2 ke sini time weekend...

Lai..lai..murah..murah...

3) Beli-belah di South Wharf DFO...

Dan aktiviti shopping anda boleh juga disambung ke South Wharf DFO. Tu dia.. penat nak citer pasal shopping2 ni.. hehe.. Belanja gambar jela yang mampu...

Carpark South Wharf DFO...


4) Beli-belah di Smith Street...

Dan juga di Smith Street...phewwww...boleh terbang duit anda sampai licin.. hehe...

Pemandangan santai memantai di Smith Street...

Sesudah bershopping sakan dan menghabiskan segala sisa2 duit AUD di Victoria Market yang kami singgah buat kesekian kalinya, kami pun pulang semula ke hotel untuk mengambil segala 'mak nenek' yang kami tinggalkan di loker hotel. 

Sumbat punya sumbat, habis penuh beg, depan belakang kiri kanan semua beg. Meneruskan perjalanan ke airport, kami berjalan ke arah kanan hotel dan ambik tram ke Southern Cross Bus Station

Sesampainya kami ke stesen bas itu, kami terus naik bas pukul 9mlm ke airport. Lebih kurang 15 minit, kami pun tiba di Tullamarine Melbourne International Airport dan terus check-in dan buat document verification.

Elakkan diri dari tertinggal flight!!! #MalaysiaAkuNakBalik

HARI KE-6

Penerbangan dari Tullamarine Melbourne International Airport ke KLIA2...

Sesudah check-in beg semua, kami pun masuk ke balai berlepas dan menunggu untuk #MalaysiaAkuNakBalik... teringat nasi lemak woo... hehe...

Pengalaman selama 6 hari di Melbourne memang best. Melawat masa2 tengah spring memang best sangat la.. Tak sejuk tak panas.. ;)


Full Itinerary


Our full itinerary (click to enlarge)...

Melbourne Maps

Melbourne Attractions Accessible by Public Transport (click to enlarge)...
Inner Melbourne map (click to enlarge)...
Melbourne City Centre map (click to enlarge)...

Untuk full itinerary dan maps Melbourne, anda boleh email sy di:
rajaeyrie@gmail.com

Nota kaki:
> As at 22 Oktober 2014, AUD1 = RM2.85
> Bajet makan sehari lebih kurang dalam AUD30 = RM85.50

You Might Also Like

96 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts