21 Tempat Menarik di Seoul, Korea Selatan Dan Cara ke Sana

4:41 PM

Mari kita ke Korea Selatan!!!

Berikut adalah 21 Tempat Menarik di Seoul, Korea Selatan Dan Cara ke Sana. Enjoy!

1. Hangang Park (8/10)
Info:
Hangang Park adalah sebuah taman yang terletak di sepanjang Hangang River. Ia telah dibangunkan melalui "Projek Pembangunan Komprehensif Hangang River" pada 1980-an, yang meliputi kawasan yang besar, khusus untuk rakyat, menyediakan kawasan untuk beriadah dan bersantai.

Cara ke sana:
Naik subway ke Yeouinaru Station Exit 3. Keluar je dari station, jalan menuju ke Hangang River dalam 10 min jumpa la Yeouido Dock.


Hangang Park...


Hangang Park...

2. Namsangol Hanok Village (8/10)
Info:
Kampung tradisional Korea ini terletak di antara bangunan pencakar langit moden. Kampung ini mempunyai lima rumah tradisional Korea yang telah dibaikpulih, istana, kolam dan sebuah Time Capsule, menjadikannya tempat yang terbaik untuk berjalan-jalan.

Cara ke sana:
Exit 3 or 4 of Chungmuro Subway Station. Jalan 100 meter ke hadapan selepas stesen minyak dan kampung tersebut berada di sebelah kiri anda.

Namsangol Hanok Village...


Namsangol Hanok Village...

3. Seoul Time Capsule (8/10)
Info:
Seoul Time Capsule adalah sebuah batu yang terdapat ukiran tulisan di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu.

Cara ke sana:
Time Capsule berada di dalam Namsangol Hanok Village. Exit 3 or 4 of Chungmuro Subway Station. Jalan 100 meter ke hadapan selepas stesen minyak dan kampung tersebut berada di sebelah kiri anda.


Seoul Time Capsule...


Seoul Time Capsule...

4. Namsan Seoul Tower (9/10)
Info:
Seoul Tower dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu ia telah menjadi tarikan utama pelancong. Menara 236.7 meter terletak di atas bukit Namsan (243m). Balai cerap ini menawarkan pemandangan panorama Seoul dan kawasan sekitarnya.

Selepas 30 tahun, namanya telah ditukar kepada 'N Seoul Tower.' Huruf 'N' bermaksud menara itu 'baru' melihat.

Cara ke sana:
Naik Subway line 4 dan stop kat Myeongdong Station pastu keluar ikut Exit 3. Lepas naik tangga exit tu ke arah kiri kat depan tu ada 7E dan depan sikit ade Pacific Hotel. Jalan ke simpang kiri sebelah Pasific Hotel tu terus je jalan sampai macam selekoh ke kiri nampak ada signboard n tangga di sebelah kanan jalan, lintas jalan dan naik tangga tu hingga atas dan ke kanan terus lagi jalan sampai la korang akan nampak bangunan untuk naik Cable Car sebelah kanan, kat situ banyak keta parking & teksi.


Namsan Seoul Tower...


Namsan Seoul Tower...

5. Everland (10/10)
Info:
Everland Resort adalah sebuah taman hiburan yang besar. Ia menempatkan pelbagai tarikan yang sesuai tanpa mengira peringkat umur, festival yang berbeza termasuk Tulip Festival, Rose Festival, Summer Splash, Halloween dan perayaan-perayaan lain sepanjang tahun. Salah satu tarikan yang paling terkenal di taman ini adalah T-Express, roller coaster kayu pertama Korea, popular di kalangan pengunjung muda.

Zootopia adalah sesuatu kemestian kerana ia berkeluasan 15,000㎡ dan mempamerkan 2,000 haiwan daripada 201 spesies. Lost Valley dibuka pada tahun 2013 dan mempunyai dunia safari ekologi terbesar dan menawarkan lawatan dengan kereta amfibia untuk melihat 150 haiwan daripada 20 spesies.

Cara ke sana:
Turun di Jeondae Everland Station. Turun jejantas untuk mengambil shuttle bus untuk sampai ke Eveland. Dalam 10minit jer dan shuttle bus ni free of charge.


Everland...


Everland...

6. Lotte World (5/10)
Info:
Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia. Terletak di Jamsil, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure theme park setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak kecil. Manakala Magic Island theme outdoors, berhampiran Seokchonhosu Lake pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa. Waktu Operasi :Isnin - Khamis dari 9:30 a.m. hingga 10 p.m., Jumaat - Ahad dari 9:30 a.m. to 11:00 p.m. Hard Rock Cafe Seoul terletak di aras 5 di Lotte World Mall iaitu bersebelahan Lotte World. 

Cara ke sana:
Jamsil Station (Seoul Subway Line 2, 8) and Exit 4. Ianya bersambung dengan subway station.

Lotte World...


Lotte World...

7. Nami Island (10/10)
Info:
Namiseom Island telah terbentuk hasil daripada pembinaan empangan Cheongpyeong. Ia adalah sebuah pulau yang berbentuk setengah bulan, dan di sana juga terletak kubur General Nami, yang mengetuai peperanga besar terhadap pemberontak pada tahun ke-13, Raja ke-7 Dinasti Joseon, Raja Sejo (1455-1468). Pulau ini amat popular dengan movie korea, Winter Sonata.

Cara ke sana:
Ambik subway ke Gapyeong Station. Naik teksi atau bas untuk ke Nami Island (kena naik shuttle ferry in every 10 minutes).


Nami Island...


Nami Island...

8. Petite France (8/10)
Info:
Konsep Petite France merangkumi 'bunga, bintang, dan Little Prince.' Kampung ini mempunyai sebuah dewan peringatan khusus untuk Saint-Exupery, pengarang novel Perancis yang terkenal, Le Petit Prince (1943) dan oleh itu ia dipanggil taman tema Little Prince. Orgel House di mana kotak muzik berusia 200 tahun memainkan melodi indah; kedai yang menjual produk herba dan aromatik; kedai cenderamata; dan banyak tempat lain di mana anda boleh menyelami budaya Perancis.

Cara ke sana:
Ambik subway ke Cheongpyeong Station, Exit 2. Ambik Gapyeong Shuttle Bus (KWON 5,000)


Petite France...


Petite France...

9. The Garden of Morning Calm (8/10)
Info:
The Garden of Morning Calm, sebuah taman berkeluasan 30,000㎡, yang dibuka sepanjang tahun dan adalah tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga, pasangan, dan jurugambar. Taman ini diilhamkan oleh Profesor Han Sang-kyung (Jabatan Tanaman, Sahmyook University) ketika beliau berkhidmat sebagai profesor di Amerika.

Visi beliau adalah untuk mewujudkan sebuah taman yang akan menjadi terkenal di dunia dan menyebarkan konsep kecantikan Korea di seluruh dunia. Inspirasi untuk taman itu diilhamkan daripada sebuah puisi yang ditulis oleh Sir Tagore, penyair India yang hebat, yang menyifatkan Korea semasa Dinasti Joseon sebagai "Tanah Pagi yang Tenang."

Cara ke sana:
Ambik subway ke Cheongpyeong Station, Exit 2. Ambik Gapyeong Shuttle Bus (KWON 5,000) turun di The Garden of Morning Calm.


The Garden of Morning Calm...


The Garden of Morning Calm...

10. Trickeye 3D Museum (4/10)
Info:
Muzium Trickeye adalah sebuah galeri seni dengan lukisan yang dicipta menggunakan 'trompe l'oeil' teknik yang memberikan setiap kepingan seni 2D ilusi berada dalam 3D.

Cara ke sana:
Turun di Stesen Universiti Hongik, Exit 9. Jalan lurus 150m dan lintas jalan. Belok kiri ke arah Hongik-ro Street. Jalan lurus 120m dan belok kanan di sebelah jalan kedua (TonyMoly). Teruskan berjalan 100m untuk tiba di Muzium Trickeye di sebelah kanan.


Trickeye 3D Museum, Seoul...


Trickeye 3D Museum, Seoul...

11. Gyeongbok-gung Palace (8/10)
Info:
Gyeongbokgung Palace adalah istana utama Korea dimana telah dibina semula beberapa tahun yg lalu.Hampir keseluruhan bangunan istana musnah akibat keganasan tentera Jepun yg menjajah Korea. Di sini juga kalau anda perasan dijadikan tempat shooting drama Korea yg berkaitan istana.

Cara ke sana:
Ke Gwanghamun Station, Exit 2. Keluar je dari pintu Exit 2, jalan terus smp ke jalan besar. Dari jalan besar dah boleh nampak monumen Raja Sejong.


Gyeongbok-gung Palace...


Gyeongbok-gung Palace...

12. The Korean Blue House (7/10)
Info:
Blue House (Cheong Wa Dae) yang mana ni kediaman rasmi Presiden Korea. ala-ala White House.

Cara ke sana:
Berada berdekatan dengan Gyeongbok-gung Palace.


The Korean Blue House...


The Korean Blue House...

13. Gwanghwamun Square (7/10)
Info:
Gwanghwamun adalah pintu utama dan terbesar Gyeongbokgung Palace.

Cara ke sana:
Berada berdekatan dengan Gyeongbok-gung Palace.


Gwanghwamun Square...


Gwanghwamun Square...

14. National Folk Museum of Korea (7/10)
Info:
Ia merupakan muzium kebangsaan Korea Selatan, terletak di perkarangan Istana Gyeongbokgung.

Cara ke sana:
Berada berdekatan dengan Gyeongbok-gung Palace.


National Folk Museum of Korea...

15. Bukchon Hanok Village (8/10)
Info:
Bukchon Hanok Village adalah sebuah kampung tradisional Korea di Seoul yang terletak di antara Gyeongbok Palace, Istana Changdeok dan Jongmyo Shrine Royal.

Cara ke sana:
Berada berdekatan dengan Gyeongbok-gung Palace.


Bukchon Hanok Village...




Bukchon Hanok Village...

16. Cheonggyecheon Stream (8/10)
Info:
Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai.

Cara ke sana:
Gwanghwamun Station Exit towards Cheonggyecheon Stream.


Cheonggyecheon Stream...


Cheonggyecheon Stream...

17. Jeju Island (9/10)
Info:
Dengan gunung berapi Hallasan, 224-kilometer semi-tropika hutan taman negara, pantai liar dipenuhi dengan air terjun dan tiub lava yang paling lama di dunia, maka tidak hairanlah sekiranya Pulau Jeju dipilih sebagai salah satu daripada 7 Wonders of Nature pada tahun 2011.

Cara ke sana:
Ambik flight/ferry ke Jeju Island.


Jeju Island...


Jeju Island...

18. Myeongdong Market (9/10)
Info:
Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di siNi terdapat banyak kedai baju dan kosmetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1,500,000 orang melalui Myeong-dong setiap hari.

Cara ke sana:
Naik subway ke Myeongdong Station, Exit 6.


Myeongdong Market...

19. Namdaemun Market (8/10)
Info:
Namdaemun market telah wujud beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon lagi. Merupakan antara pasar tertua di Korea dan menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah di sini. Daripada bahan basah seperti ayam dan ikan, hingga barangan mewah seperti kamera dan batu permata, semuanya ada dijual di sini.

Pelancong yang ke Namdaemun market biasanya membeli cenderahati (souvenir) seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch. Harga yang murah dan banyak pilihan menjadikan tempat ini antara tempat popular untuk membeli belah di Seoul. Tips penting jika berbelanja di sini, minta diskaun atau bargain jika anda betul-betul mahu beli sesuatu barang. Jika tidak, pekedai disitu mungkin bakal meninggikan suara terhadap anda.

Cara ke sana:
Ke Hoehyeon Station, Exit 6. Keluar je dari pintu Exit 6, jalan terus lebih kurang 100 meter sampai nampak satu lorong di sebelah kanan anda. Belok kanan je anda dah pun sampai di Namdaemun Market.


Namdaemun Market...

20. Insadong (7/10)
Info:
Kalau Anda nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluaraga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga Agak yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar.

Kat sini juga Banyak barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2. Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.

Cara ke sana:
Angguk Station, Exit 6.


Insadong...

21. Itaewon (10/10)
Info:
Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. Banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia.

Masakan korea yang halal pun ada di sini. Di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenalah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.

Cara ke sana:
Itaewon Station, Exit 3.


Itaewon...


Itaewon...

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)