Percutian Raja Eyrie ke Turki Winter 2014 (Istanbul - Cappadocia - Pamukkale)

10:47 PM

As salam n very good day kpd semua pembaca setia Raja Eyrie.. Thank you..

Raja Eyrie's Other Travelogs... 

 
Turkiye Seasons:
Spring (musim bunga): March-May
Summer (musim panas): June-August
Autumn (musim luruh): September-November
Winter (musim sejuk): December-February


Untuk entri kali ni, saya nak kongsikan pengalaman saya menjelajah negara Turki (Khalifah Uthmaniyyah) semasa cuti raya cina awal bulan Februari 2014 (30/1/2014 - 8/2/2014). Kami bercuti di sini selama 10 hari 8 malam. 2 malam atas kapal terbang.. hehe..

Masa kami di sana, masih d penghujung winter tapi kat bandar Istanbul takde salji.. Diulangi TAK ADA SALJI.. hehe.. Suhu dianggarkan antara -8 hingga 13 darjah celcius. Malam hari memang sejuk sangat sampai cecah bawah takat beku.. So better beli baju sejuk yg tahan sejuk okay sbb mmg sejuk tak hengattt.

Sebelum saya celoteh dgn lebih lanjut, ingin saya kenalkan rakan-rakan osem saya yg join skali p kembara Istanbul kali ni.. Actually, kami tak penah kenal pun sebelum ni..tp d sebabkan trip kitorg ni mmg osem, secara tak langsung kami jadi mcm kawan baik macam da berkawan lebih 10 tahun.. hehe

Our 'so-called backpackers' Team:
  • Azhar 
  • Kak Fatihah Yasmin 
  • Kak Yusniza 
  • Kak Badriah @ Mommybard 
  • Cima 
  • Ija 
  • Shaman Raja 
  • Kak Fenda Mus 
  • Kak Sahazura 
  • Aisyah 
  • Aunty Fatimah 
  • Abu Bakar a.k.a orang tempatan yg hensem..hehe

 
Geng osem Istanbul!

Bermula dengan group whatsapp, kitorang memulakan planning nak ke Istanbul dengan survey-survey tiket flight yang murah-murah.. Semua jenis airlines kitorang usyar spt MAS, Emirates, Qatar Airways and a few lagi yang ada buat promotion.

Belek punya belek, kitorg pun setuju nak ambik Qatar Airways nyer ticket sebab paling murah iaitu RM1800 return flight. Yang lagi best, flight kitorang ni akan transit di Doha selama beberapa jam. So bleh la lepak kat Doha jap alang-alang.. hehe

Bandar Istanbul

Bersiar-siar di sekitar Istanbul...

Istanbul aku datanggggg!!!!! Perjalanan kami bermula dgn gathering kat KLIA. We olz da buat web checkin, so sampai sana just drop luggage je n terus masuk ke balai perlepasan antarabangsa. Naik flight selama 8 jam ke Doha (Doha International Airport), dan Doha ke Istanbul (Ataturk International Airport) selama 4 jam..jetlag habis semua orang.

Seb baek dalam flight sangat selesa dengan movie nyer, dengan makanan dan flight attendant nya..syokk.. Masa kat Doha, suhu normal 27 darjah celsius..hehe

Hari pertama kami sampai bandar Istanbul, sampai Ataturk International Airport, Encik Abu datang ambik ktorg dgn van besaw bernombor plat turki gittewww... Kuar airport kitorg dah gigil-gigil kesejukan.

Almaklumla winter attire semua ada dalam beg. Pakaian pun nipis jee.. Menggigil malam tu cari hotel..siap salah hotel lagi so kena cari dalam lebih kurg sejam..dugaan hari pertama..hehe..

Kami terus check-in hotel dan rehat. Sebab perjalanan dari Malaysia - Doha - Istanbul mengambil masa lebih kurang 14 jam. So semua orang jetlag.. Suhu malam pertama adalah -5 darjah celsius. Sejuk terketaq-ketaq (slang oghang peghlis.. hehe). Kami tdo awal mlm tu..Malam pertama di Istanbul yg tenang dan aman sbb lama tak jumpa katil..

Untuk pengetahuan semua, hotel bajet yang kitorang ambik tu berada di kawasan Fatih, berhampiran Sultan Mehmet punya stesen trem.

 

Jumpa kawan dari Universiti Teknologi Petronas masa transit kat Doha...

Keesokan harinya sampai hari ketiga kami lepak jalan-jalan area Istanbul. Suasana sejuk dan nyaman..sangat-sangat la best. Walaupun begitu, saya terpaksa memakai long john + 4 lapis baju + wind breaker jacket sebab suhunya macam kita masuk dlm freezer.. mmg sangat sejuk..

So, kitorang jalan-jalan area Istanbul naik trem je. Guna Istanbul kad mcm kad lrt kat Malaysia tapi lagi murah. Hanya 2 lira ke semua destinasi.

Malaysia patutnya lagi bagus dari sini.. Sapa yg memerintah Malaysia hope improve kita punya pengangkutan awam okkayyy...

Tapi masa winter ni, masa siang PENDEK je tau.. kena la korang pandai bajet masa ye.. takut tak sempat.

Antara tempat-tempat yang kitorang lawat untuk 3 hari ni adalah:


 

Untuk Topkapi Palace Museum, harga tiket adalah 25 Turkish Lira (TL). Masa ni Azhar masih lagi melilau di Malaysia sbb dia beli tiket flight lambat sket. Makluma staff MAS. Tiket murah..hehe.. Kenapa beli tiket lambat? Sila tanya dia sendiri...

 

Kawasan di mana terletaknya apartment Lisa Surihani dalam movie 'Istanbul Aku Datang'...

 
 

Tengah tggu trem yang sangat efisyen..Malaysia patutnyer ada trem mcm ni.. ;)

 
 

Semua tengah khusyuk dengar plan jalan-jalan...

 

Suasana dalam Sultan Ahmet / Blue Mosque...


 
 

Berlatarbelakangkan Blue Mosque/Sultanahmet Mosque...

 

Sahlep... Minuman tradisi musim sejuk warga Turki...


Hari kedua kami di Istanbul, bermulalah kisah d mana 'Geng Sowsart' terbentuk. Kisah ini bermula bila pagi hari kedua, insan bernama Azhar (bukan nama sebenar) baru sampai dari Malaysia. saya tgok brader ni mcm brader-brader skem je masa mula-mula masuk hotel. Kitorg borak benda-benda formal je.. pasal kerja.. pasal travelling dannnn lain-lain..

Pastu mulalah perjalanan hari kedua kitorang pusing-pusing area Istanbul. Kitorg semua singgah sebentar d Grand Bazaar (tak de la sebentar pun kalau 2 jam..hehe). Grand Baazar ni barang dia mahal sket la sbb da jadi tumpuan pelancong. D sarankan korg beli je barang-barang kat Spice Bazaar atau bazar-bazar laen yang berhampiran..

Nak d jadikan citer, Azhar dok pusing-pusing tgok barang dalam Grand Baazar tu tp entah ke mana dia bawak kak Yus sesat dalam Grand Bazaar tu. Cari punya cari seb baek la jumpa. Kitorg da risau da (padahal tgah gelak2.. hehe). Apa lagi..mmg diorg ni d jadikan bahan lawak jela..jangan marah dehh..gurau joo.. hehe

 

Ni la dia rupa Grand Baazar yang diagung-agungkan tuu.. hehe

Menaiki feri di Gelata Bridge...

Masa kat Galata Bridge tu, kami try Bosphorus Tour. Naik feri woo..kat luaq sejuk tp kat dalam ada heater..So sila pilih mana anda selesa.. Dlm 20 lira je sekepala.. Sangat best menyingkap keindahan selat bosphorus, tempat di mana masa zaman Constantine dlu d letakkan seutas rantai gergasi merentasi selat sbb tak nak bagi kapal perang besar masuk..

Nak tau lebih lanjut anda boleh tanya pakcik google dengan menaip Raja Eyrie..eh silap..Sultan Muhammad Al-Fateh...hehe

Sambil-sambil tu saya sempat juga memberi makan burung-burung seagull yg berterbangan. Tangan da kebas-kebas sebab sejuk sangat, tapi puas hati. Bila da sejuk sangat, saya masuk ke dalam dan menikmati Teh Epal atau dengan nama Turkinya disebut sebagai Elma Chay.
 
 

Bergambar dulu sebelum naik feri untuk Bosphorus Tour...

 
 

Bagi burung seagull makan roti dari atas feri..osemmm!!!

Pada ptg hari, kami singgah minum-minum di Mimar Sinan Cafe. Sebab pemandangan dari atas cafe ni pada waktu malam memang best sbb berlatarbelakangkan bandar Istanbul. Lawa..siyesss.. Tapi sejuk tak hengattt... Suhu lebih kurang 1 darjah celsius dan berangin pulak tu.. mmg menggigil habis.. Bleh usyar gambar kat bawah ni haa...

 

Pemandangan dari atas Cafe Mimar Sinan pukul 6 ptg ni. Musim sejuk siang pendek jee..

Ni part best nak citer di mana 'Geng Sowsart' semakin melebarkan sayapnya mencari ahli baru. Kitorang baru pas minum-minum hot chocolate kat Cafe Mimar Sinan tu. Pastu kitorg jalan la nak balik ke hotel. Tgah jalan-jalan tu, tetiba Azhar (bukan nama samaran..hehe) stop kat pakcik jual Sahlep (minuman tradisi org Turki musim sejuk tuu) kononnya nak give a try la secawan.

Pastu singgah lagi kedai jual kacang panas. Sambil-sambil tunggu tu, sempat lagi la ktorg bergambar. Sedar tak sedar geng-geng laen semua dah hilang dari pandangan.. Pastu saya dan Azhar ni mencari-cari mana diorang sampai sesat..hahaha.. pusing punya pusing skali salah lorong daa.. tp seb baek pastu kitorg patah balik tmpat td n jumpa diorg tgah tggu dalam kesejukan.. Cian diorg.. Masa ni satu seruan dari langit berbunyi...

"Ada 2 rules bila berjalan dalam kumpulan..bla..bla..blaaaaaa"

Lalu kitorg tersedar dari lamunan dan tup tup nama da tersenarai masuk dalam 'Geng Sowsart'..Tula dia pengalaman tersesat d negara Turki..hehehe..

 

Oooo senyum ek..haha..ni la moment sebelum sesatttt... ;P

Kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Kaki da penat ni sbb berjalan sepanjang hari.. Memang fit da kaki ni ha..hehe.. Kitorang balik naik trem mcm biasa ke hotel. Disebabkan semua org da penat, ada sesetengah org tertidur dalam trem. Cian diorng..hehe..

Bila sampai ke stesen yg d tuju, kami pun keluar dari trem. Tetiba saya nampak kak Fatihah (bukan nama sebenar juga..hehe) melambai dari dalam trem yg sedang berlalu pergi. Lalu saya (cewahhh...) pun cakap kat semua org yg kak Fatihah ada dalam trem.

Semua mcm buat muka tak percaya. maybe sbb penat n maybe diorg ingat saya nak melawak..hehe.. Tup-tup betul yg kak Fatihah takde.. Tapi seb baekla Encik Abu (hero Istanbul) pergi cari kak Fatihah kat next station. Cian dia dok sorang-sorang muka sedey takut kena jadi warga Istanbul. hehehe..

So bertambah lagi la 'Geng Sowsart' Istanbul.. The more the merrier orang kata.. hihi 

Replika binaan tamadun Turki di Miniaturk...

Keesokan harinya, kami bergerak ke Miniaturk. tempat d mana mini replika binaan popular di seluruh Turki d pamerkan d sini (sesuai dengan nama Mini..mmg Mini.. Mini Cooper je takde..hehe). So pusing-pusing belajar tentang tamadun Islam di bumi Turki sampaila penat.

Harga tiket kami beli cuma 10 Turkish Lira (TL) sahaja. Murah-murah.
 
 

Replika binaan di Miniaturk...

 
 

Flying around macam kanak-kanak ribena..hehe

 
 

Posing sebentar di Miniaturk. Gaya memang sploh.. ;P

Balik dari Miniaturk, kitorg plan nak ambik bas. Tapi bas lambat. So kena naik sampan sbb nk catch up masa. Malam nanti bas ke Cappadocia pukul 10 mlm. Lambat kena tinggal. Tapi best naik sampan sbb saya tak payah bayar 5 lira punnn.. Korang kena bayar kan Azhar? hehehe


 

Lisa Surihani nak cari Megi Asam Laksa ni kan? Nah ada lagi sebungkus..hehehe

 
 

Nah dia naik sampan. Sejuk tapi syok sbb dapat tgok Istanbul belah Eropah dari atas air..

Cappadocia

Selesa di dalam Cappadocia Cave House...

Kami bersiap-siap dgn beg sumer sbb nak p stesen bas ke Cappadocia. Nah nak citer. Dari hotel kami terpaksa ber'marathon' berkilo kilo meter sbb dah lambat (actually dalam 1 km jee..hehe).

So dgn beg berat, dgn jauhnya, kami berlari-lari dalam kegelapan malam menuju ke arah stesen keretapi bawah laut yang diberi nama Marmaray (kat Malaysia takde lagi okay!). Tercungap-cungap haa semua org. Sampai je stesen tu, semua kelegaan sbb masih ada masa utk sampai stesen bas.

Ni lah gayanya bila travel sendiri-sendiri.. kena pandai bajet masa.. Hehe..

 

Berada d stesen Marmaray (underwater train). Semua muka penat (ye ke??)

Kami bertolak ke Cappadocia pada malam hari menaiki bas. Perjalanan sangat jauh selama 12 jam pada suhu luar yg mencecah -14 darjah celcius. Seb baek dalam bas ada heater. So best tdo.

Tgah syok tido, tetiba ada suatu bunyi yang saaaaaangat aneh. Semakin lama semakin kuat. Sayup kedengaran d cuping telinga setiap penumpang yg ada dalam bas.. Tetapi semua org buat tak endah aja dan membiarkan bunyi itu berlalu umpama kapas yg berterbangan ditiup angin malam.

Walaupun macam-macam adegan 'aneh' berlaku, tapi saya dan kawan-kawan menganggap itu semua sbgai pengalaman kami yg boleh dijadikan bahan gelak ketawa..

Sampai di Cappadocia kami check-in Goreme Valley Cave House. Luar dia mmg sangat-sangat nampak old school macam rumah pengembala kambing.. Tapi dalam dia sangat la selesa dan best.

Owner hotel ni sangat peramah dan baik hati. Sampai saya tertinggal sunglass dalam bas pun dia usaha p cari semula sampai jumpa. Dapat bfast free lagi tinggal hotel ni..

Hari pertama di Cappadocia kami jalan-jalan tgok banyak valley dan yg paling femes adalah Love Valley..ada a few valley yg kitorg sempat singgah.. Sangat cantik pemandangan di sana...

Tapi diingatkan, kawasan Cappadocia ni luas tau. So kalau korang nak jalan kaki, just sempat cover bandar Cappadocia jela beli keychain..

Untuk info lebih lanjut mengenai harga bilik + Green/Red Tour, bleh contact direct owner cavehouse ni sbb diorg sangat-sangat baik dan senang kalau nak tawar menawar. Ni business card diorang...

 

Goreme Valley Cave House Business card...

 
 

Ni la rupanya dalam Goreme Valley Cave House yg kitorang stay. Warmer during winter, cooler during summer.. ;)

Antara tempat menarik yg kami lawati semasa di Cappadocia adalah:
  • Derinkuyu Underground City @ 15 Turkish Lira (TL) 
  • Ihlara Valley 
  • Rose Valley 
  • Urgup (Green Line Tour)
 

Try la naik ATV ni buat round-round kawasan sekitar Cappadocia...


 
 

Derinkuyu Underground City...

 

We olz posing dalam sebuah bilik kat Derinkuyu Underground City...


 
 

Last pose sebelum keluar dari kehidupan bawah tanah Derinkuyu..hehe

 
 

Posing sebentar d pinggiran Ihlara valley...

 
 

Scenery kat Ohlara Valley.. Osem sbb nampak seakan-akan Grand Canyon...

Menaiki belon udara panas Cappadocia...

Esoknya pagi-pagi kami gerak ke tempat hot balloon yg sangat femes di dunia. Sapa dtg Turki tak sampai sini mmg sangat rugi. dan disarankan untuk repeat.. Saya ulang.. repeatttttttttttttttttttt.. haha

Hot Balloon rate: Euro 150/head
Negotiated rate: Euro 100/head

P/s: Korang kena pandai nego dengan owner cave house tu untuk mintak dia suggest company hot balloon mana yg terbaik dan murah.

Pengalaman naik hot balloon di Cappadocia mmg la sangat-sangat menarik. Bleh tgok dari ketinggian 500m ke 1km dari aras laut. Tak tinggi n tak rendah sangat so view amat la cantik. Bleh tgok Gerome Open Air Museum tempat pembikinan citer Ghost Rider dari atas belon panas.. lawa sangattt..

Perjalanan pusing-pusing atas belon panas mengambil masa sejam lebih. Elok pula masa naik belon tu, kitorang sekali ngan satu family Malaysia ni pun sama-sama naik. So sempat suai kenal tapi lupa nama.. hehe. uncle dan auntie tu bersama-sama 3 orang anak diorang mmg peramah.. businessman i guess.

Pas aktiviti belon panas tu, kitorang teruskan pusing-pusing kawasan sekitar d bawa oleh pemandu pelancong kami, Mr Ali, orang tempatan. Sangat cool dan baik.. Muka ala-ala hero hindustan.

 

Muka excited sebelum belon panas naik ke udara.. ;)

 
 

Berlepas ke udara melihat pemandangan sekeliling yg sangatttt lawa..

Da settle naik belon panas, kami semua p makan kat Belisirma Restaurant di Aksaray. Kawasan sekitar yang redup dan nyaman, memang menenangkan jiwa.

 

Lunch @ Belisirma Restaurant, Aksaray...

 
 

Teksi..teksiii..hehe

Malamnya kami meneruskan perjalanan ke Pamukkale naik bas lagi 12 jam setengah.. waaaa...

Pamukkale

Runtuhan kota Yunani (Hierapolis) di Denizli...

Awal pagi kami sampai ke pekan Denizli. Kitorang sampai tu kitorang ambik pakej bilik hotel sementara dgn bayaran 65 lira sorang. So okay la sementara hari cerah sket kami bleh tidur dan breakfast juga disediakan free. Kami lepak bilik masing-masing untuk rehat dan mandi.

 

On da way ke Kota Runtuhan Yunani (Hierapolis)...

Dalam pkul 10 pagi kitorang siap-siap nak naik van untuk ke Pamukkale tempat d mana terletaknya kolam air panas bertingkat Denizli yang subhanallah sangat la cantik.. Tapi sebelum tu kami menjejaki runtuhan kota yunani juga d sana. Pusing-pusing dalam tempat tu, ambik gambar.. Harga tiket masuk adalah 20 Turkish Lira (TL)...

 

Santai-santai di runtuhan colosseum (tinggalan purba kota yunani)...

 
 

Diorg ni kalau bab-bab posing mmg juara..

Kami teruskan perjalanan dari kota runtuhan yunani tu ke kolam air panas bertingkat yg lawa tu hanya dengan jalan kaki.

So bila sampai kat belah atas kolam air panas tu atau dikenali sebagai Kleopatra Pool, Pamukkale, kami kena buka kasut untuk berjalan turun bawah.

Menuruni kolam air panas bertingkat di Denizli...

Kena hati-hati sbb ada batuan licin. Tapi alhamdulillah semua sampai ke bawah air terjun bertingkat tu dgn selamat. Then, kitorang terus gerak untuk makan buffet. Makan sehabis baek sebab perut sangat la lapar.

 

Perjalanan menuruni kolam air panas botingkek tingkek...

Malamnya kami bertolak ke Istanbul lagi sekali dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa selama 12 jam.. Sekali lagi tdur dalam bas. Mmg travel like local habis..

Tapi malam ni semua nyenyak tidur sbb siku Shaman Raja memainkan peranan penting d samping dgn bantuan Piriton oleh supplier-supplier yg osem (kami ja yg pahammm..) ;P

Sesampainya di bandar Istanbul, kami check-in kat Apartment Sefa. Rehat di sini dengan aman.

Bandar Istanbul

Shopping time at bazaar, bazaar and bazaaaaarr...

Last day kat Istanbul, kami round-round area Spice Bazaar untuk beli souvenir, Turkish delight, rempah ratus dan sebagainya. Harganya mmg nampak murah tapi bla convert ke Ringgit Malaysia jadi la mahal.

Semua jenis makanan yang dijual mmg diorang kasi free try. So, bleh la makan sample free tu sampai kenyang.hehe.. Shopping time..part paling saya tak minat tp ikut je la ambik-ambik gambar.
 
 

The Red Warriors ada di mana-mana.. ;D

Petangnya kami ke Galata Bridge dan makan kebab ikan turki atau dengan nama tempatannya ekmek kebab yg sangat sedap (boleh la telan).. Sebab orang kata kalau datang Istanbul kena try ekmek kebab kalau tak kena repeattttttt.. hehe..

Pastu malamnya kami balik hotel dan rehat dan packing. Ada juga yang sempat makan megi jenama tempatan yang diberi nama Meknak. Sedap juga kalau makan masa tengah lapar..hehe

 

Makan kebab ikan @ ekmek kebab.. wajib try kalau datang sini... ;)

Tp malam tu saya dan Azhar kuar jalan-jalan kat area Istanbul buat kali terakhir. Apa yg kami buat malam tu biarla menjadi pengalaman yg lucu.

Macam-macam berlaku di kala dingin malam tu. Gembira, kelakar, marah, macam-macam ada. Kena jalan ambik beg, sesat, owner hotel lambat datang, berdiri dalam kesejukan malam.

Tapi kami bersyukur d pertemukan d trip kali ni sehingga kami menjadi kawan rapat.. Malam tu smpat lagi kami masak megi sbb lapar punya pasal sebelum tdur..;)

Esok paginya, kami bersiap, sarapan dan bertolak ke Atarturk International Airport untuk pulang ke Malaysia. Tapi Azhar kena stay sehari sbb dia datang lambat sket. Cian dia mcm nak nangis masa kitorang nk boarding..hehe..gurau jaaa..

 

Kat Ataturk International Airport.. Azhar kena tinggal lagi sehari..hehe

Apa yg dapat saya simpulkan kat sini, nak ke mana-mana trip, geng-geng yg join tu mestilah sekepala. Barulah trip tu menjadi sangat-sangat best.

Sekian wassalam.


Nota kaki:
  • As at 28 Februari 2014, 1 Turkish Lira (TL) = RM1.90 & 1 Euro = RM4.68.
  • Bajet makan breakfast, lunch dan dinner utk seorang saya anggarkan lebih kurang RM70-80 sehari. 
  • Di Istanbul ada sebuah kedai kebab yg d beri nama, KONAK KEBAB dan sebuah cafe yg bernama COCOREC. So, konak kebab? kalau ko nak, kokorek..hehe
  • Kami semua ralat giler sebab tak dapat pergi Bursa trip kali ni.. kuciwa!

You Might Also Like

102 comments

  1. Anonymous8/5/14

    Best giler p Istanbul.. ;)

    -fenda mus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mna x best..kak fenda kan mmg besttt..hehe

      Delete
  2. Anonymous8/5/14

    salam..berapa harga total cost yeh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. masa ktorg pg dlu, all in trmasuk tket flight dan semua skali imclude makan (selain shopping), sy hbis not more than ringgit 5k pun.. ;)

      Delete
  3. Anonymous8/5/14

    Assalam eyrie..naik belon panas tu brapa kena bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Mula2 ktorg dpt harga euro150/head. Mahal sbb tour guide ni bwk belon jauhhh n selama sejam. After nego2 ktorg dpt harga euro100/head.. murah dan brbaloi ;)

      Delete
  4. Anonymous8/5/14

    Masa kat Cappadocia, korang stay mana? ada pakej ke nak tour sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorg stay kat Goreme Valley Cave House. Ktorg ambik ngan owner rumah ni ja sbb murah dan family diorg sgt frenly..

      Delete
  5. Anonymous8/5/14

    Banyaknya word osemmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb mmg osem. Kena p once in a life time..hehe

      Delete
  6. Anonymous8/5/14

    Pasni apa plan bro eyrie? - shazana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah pasni kitorg buat tour ke europe plak..hehe

      Delete
  7. Anonymous8/5/14

    P ngan tour agent ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope p sndri2 je.. kwn ktorg ada local kat sana..so senang sket..;)

      Delete
  8. Anonymous8/5/14

    Makanan halal kat sana senang cari x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sgt senang. Sbb kat sana 95% muslim.. cuma mazhab je lain2..

      Delete
  9. Anonymous18/5/14

    Assalamualaikum..nk tny abis brape total bajet utk trip ni? -~Suhaila

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam cik suhaila. masa sy p dlu, total semuaaaa skali x sampai RM5k pun.. sbb sy x shopping.. kwn2 yg suka shopping hbis gak la dlm RM2k extra utk shopping ..;)

      Delete
  10. Anonymous19/5/14

    Assalamualaikum..


    Saya Wan Rohaila dari Kelantan..Sy ingat nk plan trip ke istanbul thn dpn..so, gugle2 terbaca blog awk..it was a very nice trip..sy nk tny mcm mana awk dapatkan tourist guide yg org tempatan tu kt sane?..

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt wan rohaila,

      ohhh oghe kito ruponyo.. ;D

      best g istanbul ni kak. sy masa tahun lepas mmg asalnya plan nk g istanbul. d sbb kan xtau lngsung camne nk uruskan trip ni, ingatnya nk ambik pakej tour agent. tp skali masa tgah surf facebook, sy trbaca post kwn sy ni nk buat trip. so bila sy bincang2 ngan dia, sy dpt tau yg dia ada rakan bisnes yg stay sana. mmg dia org turki pun. dlu dia penah stdy kat uia. tu yg kenal. actually ktorg g sana pun bkan 100% dia bwk jalan, dia just tlg carikan hotel murah ja. yg laen kami plan sndri. usyar blog2, n bajet je sndri2.. ;D

      Delete
  11. Anonymous19/5/14

    Hanna Farah: Ni bukan osem dah ni. Ni pangkat mata berdarah ni~ Best gilerrrrr

    ReplyDelete
  12. Nak tanya..kalau matawang..tukar kat turki ke siap2 tukar kat msia?
    rasanya lira jrg ada kat msia....usd la kn?

    Saya nak pergi bulan mei nt. Pls advise..tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan mei or jun cik marsha? Hehe.. kat turki, matawang euro lg tggi nilainya.. sy punya cdngan, better u tukar ringgit ke euro dlu kat malaysia..then kat turki nanti bru tukar euro ke lira.. ;)

      Delete
  13. dari bila ke bila trip ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30 Januari 2014 - 9 Februari 2014 encik Zainal tobiaq.. ;)

      Delete
  14. Anonymous11/6/14

    Assalamualaikum..
    Saya cikgu yusma dari puncak alam selangor. Akak sekuarga akan ke istanbul bulan dec nanti selama 10 hari. Akak nk tanya kalau nk ke cappadocia tu macam mana nk dptkan tiket bas? Selesa x basnya? Dan dari stesen bas kt cappadocia tu naik apa nk ke hotel? Best plk baca blog awak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam cikgu yusma..

      Sorry lambat reply.. sy berada d luar kawasan sbb kerja.. hehe

      Kalau d ikutkan musim kat eropah time tu winter kan? Bulan 12 heavy winter so sy cadangkan akak sediakan pakaian musim sejuk yg berkualiti sbb suasana sangat2 sejuk. Sediakan juga ubat ubatan (panadol dll) sbb takut badan shock dgn perubahan cuaca..

      Ok, back to ur question. Cara nk ke cappadocia ye? Masa kami p haritu, kami tinggal kat Turki belah eropah. Kami ambik train Marmaray (underwater train) dan stop kat stesen Uskudar (Turki belah Asia). Masa kat stesen tu, kami nego dgn teksi/van prebet sapu kat sana nk ke stesen bas utk ke cappadocia.

      Cara dapatkan tiket bas ke cappadocia tu dlu, kami mtk kwn kami yg ada d istanbul masa tu utk belikan. Dia dtg awal, so masa kami d sana, dia da ada ready kan semua tiket2..tiket kami tu memerlukan kami jump 3 bas. So x rekemen sgt utk yg dtg ngan family.. ;D

      Masa smpai kat cappadocia tu, owner cave house yg dtg jemput kami. So, bayaran transport tu da absorb masuk dlm sewa cave house. Kalau nk booking, kena contact owner cave house tu. Akak bleh check website diorg. Insyaallah ada nbr fon.. Mmg kena betul2 plan kalau nk p sndri2.. kalau p ngan ejen, x perlu fikir apa2 da diorg yg settlekan..;)

      Masa kami p tu, mmg agak adventure gak sbb p sndri2.. plan sndri2 dan mmg ada pahit manis pengalaman d sana..hehe

      Delete
  15. Anonymous19/6/14

    bila booking tiket flight tu? murah betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorg booking tiket bulan Oktober 2013.. kalau ada kwn kerja kat syarikat travel, senang bleh deal ngan diorg je.. ;D

      Delete
  16. Klu akak nk pki awak jd agent g turki blh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Diana nk sy jadi ejen? hehe..

      Sy aritu pun p ngan kawan2 juga kak.. jalan2 backpacker style.. Tp kalau nk proper jd ejen tu sy x mampu kak.. X pasal2 kita sesat nanti.. heee ;D

      Delete
  17. Salam. Saya bakal ke turkey 23 ogos - 3 spetember untuk urusan kerja di ankara dan istanbul. Saya plan nak sambung cuti 3 - 6 september. soalan (1) sempat ke kalo saya nak naik belon panas dalam masa 3 - 6 september tu? soalan (2) saudara tidak pergi ke hamam semasa di istanbul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam encik Ifreen..

      Wah bestnya nk p turki nanti. Time tu kalau x silap musim luruh kan? Bandar akan jadi kuning2...

      Kalau encik nk p belon panas tu sempat ja.. cuma dr istanbul tu kena p cappadocia selama 14 jam atas bas.. So da sampai pagi tu, da boleh terus ke tempat belon panas..

      Masa kat istanbul sy x g hamam sbb mahal. N lagi satu sbb kitorg x minat sgt hamam. Kalau kat cappadocia pun ada hamam yg terkenal. Bleh try sana.. ;)

      Delete
  18. salam. saye akan ke turki 2-11/9 ni . nk tnye sal bas tu, cane korg buk ek? sbb saye plan nk nek bas dr istanbul-goreme(cappadoccia) n dr goreme-denizli. saye try buk on9 tp xde bas for dat dates n ade kat tenet ckp ble buk on the spot kat bas terminal. cane ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. n agi 1, brape ye dorg caj for tour gune green tour (underground city, ihlara valley n etc) n tour pegi rose valley? ble xgtaw harge n details, sbb nk bajet harge. TQ

      Delete
    2. Wasalam cik Qustina..

      P Istanbul bulan september ye? Kiranya tengah musim Autumn (musim luruh) la ye? Best2.. sbb time ni u can see d scenery kat istanbul sangat2 la lawa..

      Actually utk ke Goreme from Istanbul dan from Goreme to Denizli, kawan sy yg stay kat Istanbul tolong belikan, Rasanya dia p terminal bas untuk beli tiket. Time tu dia beli sebab dia da janji nak bawak kitorg on dat date..

      Berkenaan beli online tu sy x sure. Sowii.. Maybe cik bleh try tanya kat Backpacker Buddies Malaysia..

      N utk Green Tour tu, kami ambik pakej ngan tuan rumah Goreme Valley Cave House dalam x silap 120 lira kot sorang.. Tak sure.. Cik leh tanya direct ngan owner dia d sini..

      Goreme Valley Cave House
      www.goremevalleycavehouse.com
      goremevalley@hotmail.com

      Memang kitorg book guna email ja ngan owner dia.. Bleh nego kat situ.. Lagi ramai lagi murah.. ;D

      Delete
  19. aah tgh fall time tu..

    sy tnye dak msia duk sane pn ckp mende same, just buy the ticket kat bus station..

    anyway, thamks for the info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oraity.. by d way, tukar RM ke Euro dlu taw.. coz kat sana nilai Euro tggi.. ;)

      Enjoy your trip k..

      Delete
  20. Anonymous21/8/14

    salam....

    Blh bagi no tel en abu x....nnt sampai sana blh contact dia...i nk p sendiri,tp kena standby juga org kt sana....lps baca blog u ni rasa dah dekat sgt nk smp...he...he...

    tq

    fairus
    penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. da nak sampai da tuu..jiwa da ada kat sana.. hehe.. ni belum upload video ag ni.. ;P

      encik pm sy kalau nk nbr abu.. bahaya publish kat sini..

      whatsapp sy d sini - 0165 67 0165

      Delete
    2. asslm..boleh bg itinary u tak..email pda sya fadizlahuzir@gmail.com

      Delete
  21. Anonymous3/9/14

    Tukar usd ok tak from malaysia? Then kt sana baru tukar lira

    ReplyDelete
    Replies
    1. USD pun better rate.. try tgok kadar tukaran matawang skrg.. check samada USD lagi strong dr Euro ke x..

      Delete
  22. Anonymous5/9/14

    Apa nama tempat apartment Lisa tu? And kalau tukar Euro kat sana rate dia okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat Lisa tinggal tu ka Istanbul belah Eropah..

      Delete
  23. Salam..

    Sy nk tnye, ms mule2 smpai tu,stay dkt mn ye..sbb br nk wat research utk holiday ke sane..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak zara,

      masa mula2 sampai tu, kitorg stay homestay murah kat area istanbul tu juga. Homestay ni encik abu yg tolong booking.. nama homestay tu x ingat.. hehe ;)

      Delete
  24. Anonymous25/9/14

    Salam RajaEyRie,

    Sy duk terbaca blog awak pasal gi turki tu.

    Saya berminat sgt gi turki sampai saya dh pun book flight utk gi mac 2015 ni,

    Soalan saya, saya plan nk pegi pamukkale dulu, so saya expected to arrived at attaturk inter airport dlm pkl 1250 pm,

    Dan saya plan utk naik Turkish airways ke pamukkale pkl 1740pm hari yang sama, awak rasa sempat ke tak kalau saya nk ambik luggage, lepas immigresen dorang & proceed ke terminal domestic utk flight pkl 1750pm?

    Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Tahniah..anda baru saja menempah tiket ke sebuah negara yg sangat cantik.. ;)

      Kiranya, sampai Attarturk Airport (Istanbul), encik nak terus ambik flight ke Pamukkale?

      Adakah sama airport dn Turkish airline? kalau sama, sempat je.. sbb encik ada dlm 5 jam utk tggu flight ke Pamukkale,, ;)

      Tp kena tggu kat airport lama juga la.. hehe

      Delete
    2. Anonymous25/9/14

      terima kasih tuan atas nasihat & pandangan.
      Ye, airport yang sama,

      Delete
    3. U r welcome.. ;)

      Delete
  25. still thinkin nk g ke idok.maybe g ber2 je kot ikut ejen.sbb mmbe42 yg lain xmo join coz baru balik kolia :P..tengokla cane kalo jd g bln nov ni..by the way sronok baca belog kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx cik maryam sbb sudi meluangkan masa blog sy.. ;)

      Kalau p ngan tour agent, proper sket.. just bayar diorang je.. ;)

      Delete
  26. Anonymous10/10/14

    menarik

    ReplyDelete
  27. wahh..bestnyaaa...semangat nak siap sedia ke istanbul! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..lia p istanbul bulan brapa? winter? be ready to crave for Malaysian Food..hehe

      Delete
  28. Anonymous21/10/14

    Salam,
    nak tanye sory..sbb bc dr blog lain..dh mix informtion bagai dh ni..pening kpale..hehe. sy tgk yg awk pegi ni..early feb..tp takde salji dah ye?sy ingatkan msh ade slji sbb sy igt nk p ms raya cine next year..
    1)to reconfirm, tak boleh ke, bila smpai tmpt rumah2 gua tu..(cappadocia-gerome) kita jln kaki je sekitar kwsn tu?mmg tak boleh reach dgn public transport ke?
    -sbb saya rasa mahal la guna tour guide plus sy travel solo.
    2) perlu ke sy bawak baju utk winter?mcm berat je nk bwk..if pakai long john pon..msh sejuk ke..?
    3)sy tgk ticket akn layover 12hours kt Istanbul (KUL-DENIZLI) Boleh keluarkan..utk shortrip ke hagia sofia n blue mosque? sempat tak? (smpai 6pagi wktu turki) bukan ape biasa musim sejuk masa siang singkat..saya takut tutup awal/ hari dh gelap..

    sory kalau soalan saya ni remeh temeh..saya dah research psl ni..tp msh tak confirm lagi dari byk segi..sbb pglmn stp orang (blogger) ni kn berbeza.

    thanks in advance..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Waduh2 jangan pening2 kok.. hehe.. meh sini sy nak kasi clear.. ;)

      Kalau ikutkan season kat sana macam season kat europe je.. musim sejuk bermula November smpai Mac lebih kurang mcm tu la..

      Sbnarnya bandar Istanbul mmg sejuk x hengat.. macam kat Beijing juga.. memang sejuk tp xde salji tau.. certain2 tempat je kat turki tu yg ada salji mcm kat Bursa mmg ada salji.. ;)

      1) kalau sampai rumah gua tu bleh je nak jalan kaki, tp x jauh la cik bleh p sbb kwsan perlancongan bukan la 200 - 300 m bleh jalan kaki mcm tu je.. ada yg stgah jam naik keta pun ada tau.. so trpulang nk jalan kaki ke nk ambik tour.. lagi2 dalam susana sejuk 4 darjah celcius,, hehe.. public transport kurg sana kecuali bas. sbb sana tu kwsan pedalaman tau..

      2) sy aritu pakai long john + baju 5 lapis + wind breaker jacket.. stll gigil lg.. so up to u.. kalau nk try pakai longjohn je pun bley..hehe

      3) itu sy x pasti sbb kami ambik masa 2 hari utk round2 bndar istanbul tu sbb siang pendek kan.. tp kena pandai bajet masa.. kami siang hari p masjid, malam hari bru pusing2 jalan kaki.. ;)

      By d way, thanx sbb sudi baca travelog sy.. keep in touch k.. ;)

      Delete
  29. Anonymous22/10/14

    Salam..syoknya baca trevelog kamu. Dah bertahun plan nak ke Turkey tak sampai2. Ingat nak pergi 20 nov ikut pakej..all in fullboard rm4.6 k je. 9 hari 7 mlm. Cuaca dah survey 6-12 dgree. Soalannya....sejuk sangat ke? Kalau di sydney 15 dgree..masih tahan lagi. Agak2 kalau yg sensitif sinus cam akak ni ok ke? T.k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak.. thanx sbb sudi baca travelog eyrie k.. ;D

      Insyaallah ada rezeki tu akak leh sampai sana..hehe..

      20 Nov ye? winter kan time tu? RM4.6k all-in tu kira murah kak.. better dan tersusun. Sesuai utk yg x biasa p sana dan yg bwak keluarga.. ;)

      Bleh sy tau akak guna travel agent mana and mcm mana leh dpt harga tu? ;)

      Yup suhu d Istanbul mmg dlm 4-12 degree kalau siang hari, malam pula boleh cecah -14 degree.. Tp d sydney kurang berangin mcm d Istanbul sbb di Istanbul berada d tepi selat Gibraltar.. Tu yg akan buat kita rasa sgt sejuk.. ;)

      Kalau akak sensitif sinus, akak cari siap2 penekup mulut. Mmg hidung berair x berhenti kalau yg senang bersinus.. ;)

      By d way, hav fun kak.. ;D

      Delete
    2. Anonymous13/12/14

      Mcm best je eyrie..hehe.hurmm..akak anon travel ape nmenya tu..murah tu 4.6k.cuba bak sni nama..nak try survey thanks..

      Delete
    3. Kitorang backpacking je kak.. dats why murah.. hehe.. ada a few travel agencies kat Malaysia yang bagus2.. mcm Tabung Haji Travel, Andalusia, Poto Travel dan MAS Travel..

      Delete
    4. Assalamualaikum eyrie, seronok baca blog eyrie..mmg betul cerita pglmn eyrie yg mcm2 ada tu adalah pglmn sama mcm akak lalui masa trip backpackers ke europe dulu..mmg best kan...penutup cerita eyrie yg paling nk tergelak..hehehe..kau nak kau korek...buat sy ketawa sorang2..mesti grp eyrie ni gila2 jugak mcm eyrie. Mmg best kalo berjalan semua satu kepala baru enjoy!!
      I pun plan nk gi turki bulan 6 ni...masa tu musim summer...tp dr survey yg dibuat bln june masih sedang2 lg cuacanya dlm 25°(kalo betul le info yg diberi). Punya byk carik info dah jadi finin pulak...eyrie punya trip starts with jln2 kat istanbul 3 hari, then baru ke cappadocia, pamukkale dll. My plan pula sblm baca your blog, i nk straight ke Bursa dgn feri sbb x mkn masa yg pjg dlm 1jam 30 min. Then bermlm di Bursa...esoknya baru melawat sekitar Bursa. Lps tu ke pamukkale, ephesus. The next day ke konya followed by Cappadocia. Then baru ler balik ke Istanbul. What do you think?

      Delete
  30. Assalamualaikum,

    Saya bertiga akan ke sana pada 27/11 ini. We have 10 full days in Turki. Kami merancang untuk ke Cappadocia - Pamukkale - Ephesus.

    Saya ada banyak soalan yang ingin ditanya. Antaranya:

    1) Camne awak rancang trip awak di Pamukkale? Tour package atau sendirian berhad? Kalo tour package, sudilah kiranya share dengan saya. Adakah senang dengan package atau berjalan sendiri di Pamukkale?

    2) Hotel yang awak duduk untuk sementara tuh, camne cara awak booking? Main redah hotel mana2 ke masa tiba?

    Kalo awak sudi, harap dapat berbalas email dengan saya (wzakiahsulong@gmail.com) mengenai trip ke Turki.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak.. have fun ke Istanbul.. one of d most beautiful place in the world. Tp da winter da kan? jaga2 sbb sgt sejuk..

      K, menjawab soalan berikut:

      1) Camne awak rancang trip awak di Pamukkale? Tour package atau sendirian berhad? Kalo tour package, sudilah kiranya share dengan saya. Adakah senang dengan package atau berjalan sendiri di Pamukkale?
      Jwp: Ke Pamukkale, sy mtk tlg kawan sy belikan tiket bas ke Pamukkale drpd Cappadocia. Ingat nya nak lepak mana2 dlu tp bla da smpai Pamukkale, kami telah d 'approach' oleh org d situ utk ambik tour ke kolam air panas sumer + hotel. So, masa kat stesen bas Pamukkale tu kami baru deal dgn diorg. Biasanya org ambik tour kalau kat Pamukkale. Sbb jalan sndri susah.

      2) Hotel yang awak duduk untuk sementara tuh, camne cara awak booking? Main redah hotel mana2 ke masa tiba?
      Jwp: as i said d jwapan kat atas, kami smpai je terus d 'approach' oleh tour agent kat sana yg tawarkan pakej hotel sementara + breakfast sementara tggu tour ke Denizli.. ;D

      Delete
  31. Assalamualaikum..
    Seronok baca your blog ni..byk info.. & sampai telan air liur tengok kecantikan bumi Turki ni dari gambar2 yg u olls ambik.. Insha Allah akak dan suami nak pergi 1/12-9/12 ni.. follow travel agent.. tak mencabar sangat la kot compared dengan your experience :) Setahu akak ni waktu ni musim winter, sejuk tahap gigil.. ada tak cadangan atau tips untuk kami bercuti dalam musim ni.. Tentang pakaian pulak, berapa banyak ke perlu kite bawak? Akak ada terbaca, kena bawak banyak stokin.. cmner your experience..? Kasut plak kasut yg macam mana sesuai? nak dipendekkan cite bole tak awak share pakaian/kelengkapan yang perlu dibawa dan berapa banyak...? Bebanyak Terima Kasih atas info2 dan tips dari awak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak azzilawati,

      Tahniah kerana anda telah berjaya membuat keputusan yang terbaik, iaitu melancong ke Istanbul. Memang osemmm..

      Nak dipendekkan cerita, pakaian untuk winter memang banyak kena bawak. Bukan sebab selalu bertukar, tapi sebab kena pakai tebal. Almaklumla orang Malaysia, kulitnya nipis2..hehe

      Apa yg sy bawa adalah (untuk lelaki):

      1) Tshirt lengan panjang 2 lapis + lengan pendek 3 lapis = 5 lapis baju
      2) Winter coat / wind breaker coat. Sy guna wind breaker jacket yg warna hitam tu sy pakai
      3) Kasut tebal bertutup. Kalau dapat kasut kulit original lagi bagus mcm T*mberland etc. Kalau bleh, cari yg kasut senang buka dan pakai macam yg ada zip sbb senang kalau nk ambik air smayang nanti.
      4) Glove kulit/tebal
      5) Mafla
      6) Snow cap + penutup telinga
      7) Stokin tebal 2 pasang
      8) Jeans tebal

      p/s: semua senarai di atas adalah utk dipakai serentak ye...

      Kalau ada lagi soalan, jangan segan jangan silu sila tanya ye kak.. ;D

      Delete
  32. asalam,nk tnya brp harga tambang dari istanbul le capodacia n capodacia ke pamukale?boleh tlg jawab.tq
    jeffry ahmad
    plan nk k istanbul pd 1.12.14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Maaf harga tambang tu sy lupa sbb yang tolong beli tu kawan sy. Dia pun da terlupa sebab beli banyak2.. Maybe encik bleh search kat website lain.. sorry ye..

      Delete
  33. ok xpe.terima kasih cuma nak tanya kalau ingat.

    ReplyDelete
  34. Berapa tour package masa kat pamukkale tuh?
    Pukul berapa bergerak ke denizli?
    Singgah ephesus ke?
    Maaf byak soalan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Berapa tour package masa kat pamukkale tuh?
      jwp: lebih kurang 50TL seorang.

      2) Pukul berapa bergerak ke denizli?
      jwp: dari cappadocia gerak ke denizli pkul 10 mlm

      3) Singgah ephesus ke?
      jwp: x sempat ke ephesus. kitorg ke hierapolis je.. ;D

      Delete
  35. Assalam Eyrie...
    Seronok membaca travelog kamu. Sy dh lama plan nk ke Turki. Insya Allah bln 2, 2015. Apabila layan tulisan kamu sy berasa teruja sgt dan ingin ke sana tanpa tourist guide. Pada pandangan kamu adakah ok dan selamat jika group sy hanya wanita sahaja. Sy byk juga survey dan baca travelog blogger lain tp amat tertarik dengan pengalaman anda. Jika tidak keberatan boleh ke lampirkan etinerary lawatan kamu sebagai bhn rujukan sy masa lawatan nanti. Amat berharap. Hubungi sy di ngale162004@yahoo.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak Rosni,

      Tahniah..best sgt p Istanbul. Tp diorg x pandai sgt ckp english.. so sad..

      Actually masa kami p tu, semua bnda kwn kami si Abu tu yg uruskan. Kebetulan ada sorg kwn kami juga pernah dtg sana, so kami pun guna segala macam sumber (internet, peta, kawan dll) utk tau camne nak travel kat sana tanpa ejen..

      Bg sy, susah sket nk travel sndri2 kat turki tanpa org yg berpengalaman. Kalau setakat nk pusing istanbul tu bleh la..hehe

      Btw, sy xde itinerary utk trip kali ni. Apa yg sy tulis kat atas tu je smua yg sy ada.. ;D

      Delete
  36. Anonymous17/11/14

    Salam Eyrie
    Bestnya baca blog awk. Tak sabar rasanya nak ke Turki, plan nak pi around 24 Dec ni 10 days dgn my hubby. My hubby ni x minat join travel agent tak challenging katanya…aduhhhhh. Ok ke pi sendiri? bukan ape takut tak tercover banyak tempat yg menarik. Ke senang je nak cover sendiri tempat2 tu. Ade bus ke tempat2 menarik tu stop nearby or kena jalan jauh2…tak larat lak den huhu.
    Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak,

      P time winter la ye? sejuk tauu..

      P sndri ok, cuma kena arif la dgn kwsan2 kat turki tu.. kalau istanbul je senang, tp kalau nk kenegeri2 sekitar susah sket sbb kena naik bas etc.

      Kalau nk p sndri, elok buat stdy secara mendalam camne nak p tempat2 lain selain istanbul. Risau sesat je.. rugi masa..hehe

      Delete
  37. Anonymous27/11/14

    Salam Eyrie

    Mmg bagus blog awk banyak info..thanks. Saya pun dah book Gerome Valley Cave.
    Tanya skit ya:
    1. Dari Goreme tu naik bus kul berapa ke Denilzi? Nak suruh En Ahmet book.
    2. Akan sampai awal pagi kan.
    3. Berapa jam akan dihabiskan jalan2 ke Kota Runtuhan Yunani dan kolam air panas tu?
    4. Ade lagi ke tempat menarik lain area tu?
    4. Cadangan Eyrie ...jam berapa saya patut naik bus ke Bursa? Kira selepas dah settle melawat tempat2 tu.

    Tq in advance
    Etta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Etta.. ;D

      Thanks for being one of my readers.. ;D

      Menjawab soalan2 d atas,

      1. Dari Goreme tu naik bus kul berapa ke Denilzi? Nak suruh En Ahmet book.
      Jwp: Kitorang ambik bas malam. Ingat2 lupa rasanya dalam pkul 10mlm sbb esoknya ktorg sampai awal pagi...

      2. Akan sampai awal pagi kan.
      Jwp: Yes tepat skali...

      3. Berapa jam akan dihabiskan jalan2 ke Kota Runtuhan Yunani dan kolam air panas tu?
      Jwp: Kat kota tu, ada termasuk pakej yg ktorg ambik masa kat tourist booth kat stesen bas denizli masa ktorg mula2 sampai awal pagi tuu..

      4. Ade lagi ke tempat menarik lain area tu?
      Jwp: Banyakkk.. hehe,, semua skali dalam pakej,, leh tnya tour agent tu..

      4. Cadangan Eyrie ...jam berapa saya patut naik bus ke Bursa? Kira selepas dah settle melawat tempat2 tu.
      Jwp: kami x smpat ke Bursa.. waa.. Tp kawan ada cadangkan, dari denizli, malam tu terus ambik bas ke Bursa..

      Delete
  38. salam.. nak tanye ade iti full tak.. untuk 10 hari tu.. saya nak ke turki april ni.. wahh syok la korang.. bile ade trip lagi boleh saya follow..? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. alamak xde la full iti encik ijai.. apa yg sy tulis kat atas tu je yg sy ingat.. hehe

      And one more thing, add my instagram: zuhairaluan

      TQ ;D

      Delete
  39. Anonymous17/2/15

    Good info. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. You r welcome..;D

      And one more thing, add my instagram: zuhairaluan

      TQ ;D

      Delete
  40. Terima kasih atas maklumat berguna dan menarik. 6-13 JUN 2015 nanti musim apa? Pakaian bagaimana perlu disediakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. hehe.. bulan jun sama dengan europe season.. iaitu spring nak masuk summer.. so cuaca akan kejap sejuk kejap panas...

      Delete
  41. Saya pergi turki last yr dgn agent..
    Sgt Penat dan rush everywhere..istanbul hy 1 1/2 hari..mmg X cukup. Sgt X puas hati. Plz nk gi sendiri
    Info Menarik..jom sapa nk ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikkk.. nak repeat istanbul ke? hehe.. yep mmg x ckup masa tu.. btw i like istanbul.. cantik dan nyaman...

      Delete
  42. Saya pergi turki last yr dgn agent..
    Sgt Penat dan rush everywhere..istanbul hy 1 1/2 hari..mmg X cukup. Sgt X puas hati. Plz nk gi sendiri
    Info Menarik..jom sapa nk ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya plan nak pergi tp masih confuse,sama ada nak g ikut agent or sendiri.

      Delete
    2. saya ni lama sangat dah teringin nak ke turki secara backpack,plan nak travel sebulan ke tempat2 sekitar turki tu,skrg tgh buat kajian setiap tempat hehe kan ape takut sesat n hilang arah plak nanti ;0 bajet kena strong ;0 harap2 tercapai one day amin :)

      Delete
    3. da tercapai blum? hehe

      Delete
  43. salam, agak2 ok tak kalau g sendiri tp kami semua perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak kata kalau x biasa.. coz we olz aritu ikut member kitorg ni yg da biasa jalan2 kat istanbul.. tu yg selamat kembali ke malaysia.. hehehe

      Delete
  44. Thanx akmal.. moga info ni berguna utk rakan2 travel kita yg lain... :D

    ReplyDelete
  45. Salam bro,nak tanye...
    dapat rate berapa semalam deal ngan owner cave house?
    Thank in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. hurmm.. memandangkan ekonomi tgah x bagus, apa kata encik try email owner tu sndri utk nego.. pandai nego dpt murah.. hehe

      Delete
  46. slm..boleh x emelkan itinerary n bajet ke turkey. mazurayuslaili@yahoo.com
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam maaf cik.. iti n bajet da hilang plak..

      Delete
  47. salam,

    ada info tak harga dan transportation dari Artaturk Airport --> Hagia Sophia

    hotel saya berdekatan dengan Hagia Sophia.

    dari pengalaman encik, jauh tak Hagia Sophia dengan tempat2 sejarah yang lain

    dan kemudahan pengangkutan seperti bus/trem disediakan atau hanya berjalan kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sy da lupa la cik.. yg sy ingat, kalau x biasa kat istanbul tu bleh sesat sbb org sana x cakap english..

      Delete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)