Percutian Raja Eyrie ke Melbourne, Australia Spring 2014

4:42 PM

 

Estimated Total Budget: RM1,700.00 all inclusive!

Wahhh.. bagaimana caranya? Silakan baca sampai habis ye... ;D

email: rajaeyrie@gmail.com

Raja Eyrie's Other Travelogs... 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera d ucapkan kepada pembaca dan follower Raja Eyrie sekalian.. How are youuuu??? Hope u r fine...

Musim di Australia:
  • Musim panas (summer): Disember-Februari 
  • Musim luruh (autumn): Mac-Mei 
  • Musim sejuk (winter): Jun-Ogos 
  • Musim bunga (spring): September-November

Yesss utk kali ni nyer entri, saya nak menceritakan pengalaman saya ber'backpacking' di negara Kangaroo iaitu Australia, dan spesifik sket, ke Melbourne selama 6 hari (22-27 Oktober 2014) @ Spring timeeeee, dengan bajet KURANG DARI RM2000.00 tau!

Dan macam biasa saya akan perkenalkan ahli-ahli backpacking utk trip kali ni...

Raja Eyrie's Backpacking Buddies:

 
The 3 Musketeers...

P/S: Gambar Cima terpaksa di'blurr'kan atas sebab-sebab keselamatan dan privacy (poyo je minah ni kan...). Bahasa yang digunapakai dalam entri ni juga bahasa rojak buah campur jeruk etc...

Sebelum saya citer perjalanan kami dengan lebih detail, saya nk citer sket pasal Melbourne ni. Melbourne adalah sebuah ibu kota dan bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di negeri Victoria dan merupakan bandar kedua mempunyai penduduk paling padat di Australia.

Melbourne telah disenaraikan sebagai sebuah bandar yang paling sesuai didiami di dunia sejak 2011. Ia terletak di titik paling utara teluk, iaitu berhampiran muara Sungai Yarra. Dari segi sejarah, Melbourne telah ditubuhkan pada 30 Ogos 1835 oleh koloni New South Wales.


Some of Melbourne Attractions...


Melbourne sering sahaja dikaitkan dengan sebuah pusat persembahan dan seni visual, menjadi tempat kelahiran gaya tarian yang dinamakan Melbourne Shuffle dan New Vogue.

Perbezaan waktu Malaysia (Kuala Lumpur) dengan Melbourne hanya 3 jam sahaja. Kalau di Malaysia pukul 7pg, di Melbourne sekarang pukul 10pg.

Melbourne juga mempunyai rangkaian trem terbesar di dunia. Kami akan mendarat di Tullamarine Melbourne International Airport. Di bawah adalah peta negara Australia:


Jauh tuu perjalanan.. memakan masa lebih kurang 8 jam dari KLIA ke Melbourne...


Okey da settle citer pasal Melbourne, so skrg kita teruskan dengan cerita mcm mana bleh terjadinya trip backpacking kali ni.

Masa ni dalam bulan Jun 2014, kami semua sibuk di ofis dengan kerja masing-masing dan tetiba salah sorg dari kami yang bernama Cima tetiba whatsapp kitorg @ Geng Sowsart dan inform yang skrg AirAsiaX tengah promooo!!

Check punya check skali ternampak return flight ticket ke Melbourne, Australia dalam RM879.00 sahaja. Ni harga tiket + tax. Tak termasuk luggage. Beli tiket bulan 6, tapi ke Melbourne bulan 10. So kena la tunggu lagi 4 bulan.

Kami juga terus ke Booking.com untuk tempah budget hotel semasa kat Melbourne dan kami bersetuju untuk ambil 2 bilik di IBIS Budget Melbourne CBD Hotel. Kami tempah 2 bilik di mana dalam satu bilik ada 4 katil.

 
Planning through whatsapp jeee...

So, saya n Azhar sebilik manakala Cima pula sebilik dok seorang diri. Total cost kami divide by 3 dan untuk 3 malam d sana, kami hanya perlu bayar RM220.00 seorang sahaja. Murah kan? Silalah tempah awal-awal.. lagi-lagi time ada promotion bilik murah.

Tapi disebabkan kami nk buat backpacking style, so kami decide tak nak ambik luggage. Hanya Azhar sahaja yang ambik luggage 30kg. Almaklumla dia kan staff Malaysia Airlines. So dapat tiket suuuuper murah dan free luggage lagi tuu.

So, semua barang makanan dan barang-barang cecair macam alatan mandi sumer, kami tumpang luggage Azhar la.. Saya n Cima just bawak backpack kecik kami ni masuk dalam cabin AirAsiaX je. Jimattt...

 

AirAsiaX booking screen...

Dua minggu sebelum tarikh penerbangan kami, kami bertiga berkumpul kat Sunway Pyramid utk bincang pasal itinerary untuk ke Melbourne dan pembahagian tugas. Sambil-sambil borak sket la pasal isu semasa.. cewah kononnya la kan.

Persediaan terus menerus dibuat sepanjang dua minggu ni..

Antara perkara penting yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

1. Passport & Visa

Ini adalah yang paling penting sekali sebelum ke Australia. Kalau takde passport dan visa, pihak imigresen tak akan benarkan korang masuk ke sana. Australia mengenakan syarat untuk memohon visa bagi rakyat Malaysia sebelum memasuki negara ini.

Boleh memohon visa dengan cara menghantar email ke eta.visa.australia@gmail.com (Encik Muhammad). Harga masa ni saya dapat RM20/passport. Atau boleh juga di ejen-ejen pelancongan pilihan anda. Kalau nak selamat, sila print Visa anda dan bawa sekali masa nak check-in.

 


2. Tiket penerbangan (e-ticket / boarding pass bagi AirAsiaX)

Kalau nak cepat dan mudah, buat je web check-in. Senang dan tak tergesa-gesa masa kat airport nanti. Print siap-siap boarding pass korang dan standby elok-elok.

Tapi untuk e-ticket AirAsiaX ke Australia, kami kena ke kaunter untuk buat document verification.


Ni la rupanya e-ticket AirAsiaX...


3. Wang tunai (Australian Dollar @ AUD) / kad kredit

Korang leh tukar duit ke matawang Australia siap-siap kat Malaysia. Masa saya tukar tu, rate boleh kata masih rendah iaitu 2.85 (sumber Bank Negara) dan dapat selling rate as 2.91 kat Seksyen 25 Shah Alam. Elakkan tukar di airport kerana kadar tukarannya rendah dan akan menyebabkan korang rugi.  
Australian Dollar...

Kad kredit pula standby untuk emergency dan PLEASEEE elakkan guna kad kredit anda untuk shopping ye.. Dikhuatiri anda pitam dan pengsan bila bil kad kredit anda sampai nanti..hehe.. Almaklumla kat Aussie barang berjenama boleh tahan la murahnya.

4. Pakaian 

Australia mempunyai 4 musim iaitu:
  • Musim panas (summer): Disember-Februari 
  • Musim luruh (autumn): Mac-Mei 
  • Musim sejuk (winter): Jun-Ogos 
  • Musim bunga (spring): September-November

So, disebabkan kami pergi ke sana kali ni pada musim bunga (spring), suhu dianggarkan sekitar 10 - 21 darjah celcius je. Tidak la sesejuk winter, nyaman macam berada kat Cameron Highland pada waktu pagi.

Apa yang saya bawak adalah beberapa helai t-shirt, jeans, jaket kulit, glove dan mafla. Standby takut tetiba kat sana jadi terlebih sejuk..

5. Lain-lain barangan

Untuk kami punya trip @ ala-ala backpackers style, saya decide nak bawak sesikit yang boleh. saya sndri bawa sehelai towel kecil dan semua mini toiletries. Dan tidak lupa juga kepada International Adaptor saya yang da berkhidmat semenjak tahun 2008 lagi.. Jeng3...

 

Passport, boarding pass dan wang tunai Australian Dollar... ;D

Kami plan untuk bawak bekalan makanan sendri yang dibeli d Malaysia sebagai sumber makanan kami di sana. Walau bagaimanapun, ada jenis makanan yang boleh dibawa dan DILARANG untuk bawa masuk ke Australia.

Makanan yang BOLEH dibawa (tapi kena declare):
  • Mi segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (sbb Nestle adalah syarikat Australia).
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Panadol atau balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • Serunding daging/ayam. 
  • Bahan makanan yang mengandugi telur.
  • Hasil tenusu seperti mayonis, susu, cheese etc.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.

Untuk maklumat yang lebih detail tentang makanan apa yang boleh bawa dan tak boleh bawa, boleh rujuk kat website Australian Agriculture.

TIPS PENTING SEBELUM BER'BACKPACKING'!!!
  • Prepare korang nyer mental dan fizikal untuk hadapi segala kemungkinan buruk; 
  • Prepare semua keperluan seperti visa, passport dan lain-lain;
  • Buat study dulu tentang tempat korang nak pergi, masa, bajet etc;
  • Kalau kat negara mat salleh atau China atau yg lain-lain, be prepared apa yg patut sbb tandas diorg takde air. Kebanyakan guna tisu je ye;
  • Pilih travel buddies yg okay. Tak nak nanti berpecah belah masa kat tempat orang sebab mood swing etc;
  • Yang paling penting, kalau korang jenis senang EMO, so better jangan join;
  • Baca doa musafir. May Allah ease your journey... ;D

HARI PERTAMA
  • Penerbangan dari KLIA2 ke Tullamarine Melbourne International Airport...
Then, tibala waktunya tarikh penerbangan yang dinantikan. Kami punya flight pada 22/10/2014 pukul 10.30mlm. Saya bertolak dari Shah Alam menaiki teksi dan sampai ke KLIA lebih kurang 40 minit.

Sampai di KLIA, saya berjumpa dengan Azhar dan Cima semata-mata untuk pass toileteries dan barang-barang makanan yang kitorang akan bawa ke sana.

Untungla Azhar kerja dengan MAS. So bleh dapat tiket murah, dapat free luggage pulak tu. Tapi nasibla kena bawak semua barang makanan kitorng ni.. hehehe..

Da settle, saya terus ke KLIA2 dengan menaiki ERL. Cuma RM2 sahaja sehala. Cepat pun cepat, jimat pun jimat. So, tibala masa untuk saya berlepas menaiki flight AirAsiaX.


ERL Schedule...


Masa dalam flight tu, dapat tengok ramai orang Malaysia join sekaki nak jejak Melbourne. Nampak gayanya kami semua menyambut cuti Deepavali tahun ni kat Melbourne laa.

Semasa di KLIA2, imigresen Malaysia sangat strict juga in term of hand carry luggage. So, kalau korang bawak hand carry luggage, make sure saiz dan berat beg korang memenuhi kriteria. Even lebih 0.5kg pun diorang takkan bagi masuk. Safety reason. Tak pasal-pasal korang kena say bye-bye to your travel mate...

HARI KE-2
  • Tullamarine Melbourne International Airport
  • State Library of Victoria
  • RMIT University
  • D'Food Connection
  • Federation Square & Hosier Lane
  • St. Kilda Beach & Luna Park...

Setelah tiba di Tullamarine Melbourne International Airport, tibala masa untuk pemeriksaan oleh bahagian imigresen Australia.. Fuhhh memang strict sangat la mak oiii..

Mula-mula, check passport, siap bandingkan muka dengan gambar, check details dalam arrival card (e.g. address, duration etc). Da settle imigresen, kami pun teman Azhar ke satu tempat khas untuk check bagasi pula. Nak check barang makanan yang kami bawa, check betul ke tak declaration list yang kami buat tu. So make sure korang declare betul-betul ok! 

Tips untuk senang lepas imigresen (insyaallah):

  • Senyum dan ucapkan selamat 
  • Jawab dengan sopan 
  • Bercakap dengan memandang mata (eye contact) 
  • Jujur dalam percakapan. Kalau stay seminggu cakap seminggu 
  • Kurangkan 'unnecessary movement'


Senyum je bila bercakap dengan pegawai imigresen...tapi jangan over plop...hehe


Ada dekat sejam kami kat imigresen tu. Kena beratur panjang lagi.. dugaan.. After that, kami semua pun berkumpul di depan 'prayer room' yang terletak di tingkat bawah di antara balai ketibaan Domestik dan Antarabangsa.

Punyala excited semua orang bila berkumpul. Masing-masing tak sabar-sabar nak pusing-pusing satu Melbourne. Padahal masing-masing masih lagi jetlag sbb penerbangan terus dari KLIA2 ke Melbourne yang memakan masa lebih kurang 8 jam juga la..

Tidak menunggu panjang, kami terus sahaja pergi ke kaunter Skybus yang terletak di luar balai ketibaan. Ada 2 kaunter di situ. Kami terus saja beli tiket pergi-balik dari airport --> Southern Cross Bus Station --> airport dengan harga $30. Lagi jimat daripada beli satu-satu sbb harga satu trip $18. So kami da jimat $6... Yela kan.. kata trip backpacker..


Salah satu pemandangan di Melbourne City...


Setibanya kami di Southern Cross Bus Station tu, kami terus sahaja ke kaunter dan mendaftar untuk menaiki shuttle bus percuma dari Southern Cross Bus Station ke hotel kami. Memang warga Australia ni sangat peramah.

Sambil-sambil tunggu shuttle bus tu, sempat juga kami borak-borak dengan warga New Zealand yang datang bercuti di Melbourne.

Perjalanan dengan shuttle bus tu memakan masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke hotel kami. Semasa perjalanan, kami dapat lihat pemandangan bandaraya Melbourne yang sangat bersih, even nak nampak puntung rokok pun susah. Memang saya salute betul la diorang punya disiplin ni.

Da siap-saip check-in IBIS Budget Melbourne CBD hotel, kami semua mandi dan bersiap. Semua masih lagi excited untuk jalan-jalan. Perut pun masih kenyang lagi...

1. Melihat keindahan senibina State Library of Victoria...

Lebih kurang sejam kemudian, kami pun turun dari hotel dan meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu State Library of Victoria.

Dalam perjalanan ke sana, kami singgah ke 7Eleven untuk beli kad Myki. Kad ni penting untuk travel menggunakan public transport d sana seperti train dan tram.


Sistem tram di Melbourne memang menyenangkan para pelancong...


Walaupun public transport kat Melbourne ni banyak, tp yang unik nya, takde pun orang yang jaga kat setiap stesen untuk jual tiket atau tempat tambah nilai manual. Semua guna automatik, semua guna Myki.

Memang takde orang monitor. Owhhh.. jangan silap. Sebenarnya walaupun takde orang yang tengok, tp surveillance camera ada d merata-rata. Sapa-sapa kantoi guna tram atau train (kecuali city circle tram) tanpa touch Myki, akan disaman sebanyak $350 (atau lebih) on da spot. Owh mintak jauhlaaaa.

Da dapat sorang satu Myki, baru kami teringat yang kami terlupa nak ambik peta Melbourne di Southern Cross Station. Apa lagi, sesat menggagau la kami nak cari State Library of Victoria. Nasib baik la warga tempatan sangat-sangat membantu. Tanya sepatah je, diorang akan explain berjela-jela... Punya la bersungguh-sungguh diorang nak bantu kami walaupun susah sket kitorang nak faham slang Australian diorang tu.. terharuuuu..

Akhirnya sampai juga kami ke library yang dikatakan hebat itu. Tapi malangnya, library tu sedang dalam proses baik pulih. So tak dapat la kami nak masuk jenguk-jenguk kat dalam. Cuma dapat bergambar dari luar saja.. sob.. sob.

 

Pemandangan dari depan State Library Of Victoria...


 
State Library of Victoria masih dalam renovation. So bergambar depan statue je...

2. Melawat RMIT University...

Perjalanan diteruskan lagi mencari RMIT University of Melbourne. Nampaknya kali ni perjalanan kami lebih mudah. Sebab universiti ni dekat sahaja dengan State Library of Victoria tu tadi. Jalan sket, pusing-pusing skali terjumpa signboard RMIT University.

Apa yang istimewanya RMIT University ni? Universiti ini adalah universiti global yang pakar dalam teknologi dan reka bentuk. Untuk maklumat lanjut boleh ke website RMIT University.


Posing sket depan RMIT University...



 
Kalau sesat di bandar Melbourne, sila cari orang berjaket merah ni... hehe

3. Luncheon @ D'Food Connection...

Walaupun jauh da kami berjalan kaki, tapi kami masih tak merasa penat. Cewahh.. sbb excited sangat kott.

Lepas tu, kami singgah sebentar ke Melbourne Central untuk makan tengahari di sebuah restoran yang dulunya dikenali sebagai Secret Recipe, tapi sekarang da berubah nama menjadi D'Food Connection. Insyaallah halal.

 
Muka lapar nak makannn...hehe

Makanan dia boleh tahan banyak sebab ikut saiz makanan mat salleh kan..hehe...


Menikmati Chicken Grilled yang berharga $15.90... nyummyyy...


4. Graffiti Wall di Federation Square & Hosier Lane...

Da siap makan semua, kami meneruskan perjalanan (jalan kaki jee...) ke Federation Square dan Hosier Lane untuk tengok hasil kreativiti 'kaki conteng' yang akhirnya menghasilkan lukisan yang hebat di dinding-dinding bangunan yang juga dikenali sebagai 'graffiti'...

 

Salah satu lukisan di Graffiti Street...


 
Graffiti man...



Graffiti oleh pemuja illuminati (jin mata satuuuu...)


5. Melihat penguin di St. Kilda Beach...

Macam biasa, da siap bergambar semua kat Grafitti street tu, kami meneruskan pengembaraan kami pada hari pertama ke St. Kilda Beach untuk tengok penguin.

Tapi sebenarnya masa ni hari da nak malam. So, penguin maybe da masuk sarang masing-masing. Tapi kami saja ja pergi sana untuk tengok macam mana sebenarnya pantai St. Kilda tu.

Kami ambik tram ke St. Kilda Beach Station. Turun saja dari tram, kami tanya orang tempatan. Yela, sebab da gelap. Nanti sesat ke mana-mana pula.. Dan macam biasa, warga tempatan memang sangat suka menolong...


Santai di St. Kilda Beach di malam hari.. Baru pukul 6.45pm...


6. Bergambar di depan Luna Park...

Dan destinasi terakhir kami pada hari pertama adalah Luna Park. Luna Park Melbourne pada masa ni juga masih dalam proses baik pulih.

 
Luna Park keeper...hehe...


 
Luna Park tutup.. sedeyyy...

Dijangka akan mula beroperasi awal tahun 2015. So sempat bergambar jela kat depan pintu masuk Luna Park tu.

HARI KE-3

Great Ocean Road Trip (GOR)
  • Loch Ard Gorge
  • Apollo Bay
  • 12 Apostles
  • Kennett River
  • The Fallen London Bridge)...
Dannnn kami bangun awal pai, solat Subuh dan bersiap untuk ke Great Ocean Road (GOR). Kami tempah pakej GOR tour ni secara online. Harga setiap seorang adalah $75 dan termasuk sarapan pagi dan makan tengahari. Kalau korang berminat, boleh la ke website diorang untuk urusan tempahan... <<Melbourne Australia Tours>>

Kami pun menunggu pemandu pelancong datang untuk jemput kami di depan hotel. Lebih kurang pukul 7.50pg, kami pun meneruskan perjalanan ke Great Ocean Road dengan menaiki van pelancong.

Dalam bas tu ada lebih kurang 24 orang warga Malaysia dan Singapura yang sama-sama join kami ke GOR tour.


Pintu gerbang Great Ocean Road...


Da siap-siap kitorang bergambar kat depan pintu gerbang GOR trip, kami pun dibawa untuk breakfast. yeahh.. home made breakfast by our lovely tour guide, Mr. Linzie yang hensem. Ada susu, teh, biskut dan macam-macam lagi. Memang santai habis.

 

Mr. Linzie a.k.a GOR tourist guide we olz yang peramah...



Pokok apa kat belakang tu ekk? Macam oak tapi bukan...




Belanja signature pose sket... hehe


Sambil-sambil dok breakfast tu, saya ternampak ada sekor burung kakak tua ni tengah bertengek kat atas pagar. Apa lagi, saje ambik biskut n acah-acah kat dia. Sekali dia makan daa biskut tu. Jinak betul burung tu.

Sekali dok syok-syok bagi makan, tetiba datang lagi 2 3 ekor burung kakak tua datang mintak makanan. Siap 'parking' atas bahu saya lagi. Memang jinakk..ambik sekor bawak balik.. hehe


Sedap je kan melepak atas bahu aku kan wahai si burung...hehe...


Da settle breakfast, kami pun curi-curi masa nak bergambar kat tepian pantai (lupa plak apa nama tempat ni.. tp mmg osemmm!!).

Lompat sana lompat sini. Bukan selalu nak datang sini. Tu yang bergambar tak hengattt.. hehe...


Posing sket kat pantai ni.. lupa apa nama tempat ni.. nanti saya hapdet..hehe


 
Muka excited yee... 

1. Loch Ard Gorge (Shipwreck Coast)...

Selepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Loch Ard Gorge yang mempunyai sejarah tersendiri mengenai kematian seorang kapten kapal yang hebat. Sejarahnya boleh dibaca di sini.

 

Panorama view of Loch Ard Gorge...



Posing di Loch Ard Gorge (Shipwreck Coast)...


2. Apollo Bay

Setelah penat pusing sana pusing sini, pinggang pun da sakit sebab dok lama sangat dalam van pelancong tu, kami pun singgah ke Apollo Bay. Tujuan utama adalah untuk makan tengahari.. hoorayyy!

Restoran yang menjadi tumpuan kami semua adalah ILUKA Restoran and Motel. Restoran ni mendapat sijil halal daripada islamic body kat Australia. Yakin halalan toyyibannn.

 

ILUKA Restaurant and Motel...



Padang di depan ILUKA Motel & Restaurant... kat sini la tempat nak solat... nyaman...


Saya dan kawan-kawan pilih untuk makan Fish and Chips. Almaklumla, walaupun ada sijil halal, just nak tambah lagi keyakinan kami, so ambik ikan jela.. Sedap pun sedap.. Portion pun besaqqq.. kenyang cheqq..

 
Tadaaa.. Fish & Chips yang menjadi pilihan kami...

Da siap makan, kami pun sama-sama solat Zohor di padang depan restoran tu. Suasana memang nyaman. Selepas itu, mula la kami bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan..

3. 12 Apostles Tour

Perjalanan diteruskan ke 12 Apostles di mana terletaknya gugusan batu kapur d tepian pantai Port Campbell. Tapi sekarang ni hanya tinggal 8 Apostles sahaja yang tinggal. Yang lagi 4 sudah hancur menyembah bumi...

Kalau nak tau kisah 12 Apostles ni, boleh la klik sini.


12 Apostles Marine National Park...



 
Antara apostles yang masih kukuh berdiri...


 
Kat belakang tu adalah tempat nak naik helikopter untuk 12 Apostles tour... lebih kurang $175 seorang per trip...


 
Bergambar bersama runtuhan apostles...

4. Kennett River

Kami berhenti untuk melihat koala yang hensem. Tapi masa kami tengah usyar-usyar dia, boleh pulak koala-koala hensem tu buat donno je tido celah-celah pokok tu..


Koala yang sombong...huh!


Walaubagaimanapun, cewahh..(ada penanda wacana la plokk...) burung-burung kat sini memang jinak-jinak. Saya sendri berpeluang memberi makan burung-burung ni..

Kalau tau burung-burung ni jinak macam ni, baik saya bawak biskut paket banyak-banyak kat hotel tu takde sapa nak makan.. heee..


Burung kat Zoo Negara pun tak jinak macam ni...


Da settle di sini, macam biasa kami meneruskan perjalanan ke London.. Opss sori silap.. The Fallen London Bridge kat sini jee.

5. The Fallen London Bridge (London Arch)...

Cuasa masih lagi baik, suhu pula nyaman sekitar 17 darjah celsius. Memang sesuai sangat la kalau nak berjalan-jalan. Penat tak terasa bila melihat keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulillah..

Setelah lebih kurang beberapa ketika, kami pun sampai la ke salah satu tempat tarikan pelancong yang digelar The Fallen London Bridge (London Arch) yang roboh pada 15 January 1990 disebabkan hakisan.

 

The Fallen London Bridge (London Arch)...

Lebih kurang 15 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Melbourne. Seharian yang memenatkan tapi sangat-sangat berbaloi. Hanya dengan $75, kami dapat melihat pemandangan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat di negara Australia ni.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam membuatkan mata kami mengantuk. Pluppp tertidur dalam van pelancong. Sedar-sedar da sampai hotel kami di Melbourne.

Sesampai je di hotel, kami bersiap-siap mandi dan makan malam. Makan malam bujang buat sendiri. Megi dan roti bersalut tuna menjadi pilihan utama.. Sambil dok makan-makan tu, kami try la buka wifi tapi takde yang available.

Lepas saja makan lebih kurang pukul 10mlm, kami berpakat nak turun ke bawah menikmati pemandangan bandar Melbourne pada waktu malam. Sekali masa tengah berdiri depan hotel kami, ada pula wifi free daripada NAB Bank yang terletak di sebelah hotel. Apa lagi, semua pakat online sampai pukul 12 malam. Hari ketiga pun berakhir dengan penuh bermakna.

 

Terserempak kengkawan backpackers Malaysia masa tengah ber'wifi'...hehe

HARI KE-4
  • Puffing Billy
  • Victoria Queen Market
  • Brighton Beach
  • Shrine of Remembrance
Hari seterusnya diteruskan dengan bangun solat Subuh dan mandi. Lepas mandi, kami pun menyediakan sarapan sekadar yang perlu je. Macam biasa roti dengan tuna.

Kalau kat Malaysia, sebungkus nasi lemak da hadam da dalam perut ni.. Tapi disebabkan kami d negara mat salleyyy, so makan pun kena la macam diorang.

1. Puffing Billy

Destinasi pertama kami adalah Puffing Billy Railway. Puffing Billy ini adalah sebuah Keretapi Stim Premier yang telah dijadikan pameran untuk pelancong. Keretapi ini masih lagi berfungsi dan boleh membawa pelancong dari stesen Belgrave ke Gembrook untuk menikmati pemandangan di kawasan Dandenong Ranges.

Dari hotel, kami ke Flinder's Station dan ambik train ke stesen Belgrave. Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang sejam. So be prepared.


Puffing Billy Railway information board...




Next train will arrive at...


2. Membeli-belah di Victoria Queen Market...

Setelah puas bergambar di Puffing Billy, kami meneruskan jejak kembara kami dengan shopping di Victoria Queen Market. Kitorang balik semula ke Flinder's Station dan ambik city circle tram (free tram) ke La Trobe. Kalau jalan kaki dari hotel kami pun boleh juga sebenarnya.

Bab shopping ni memang saya tak berapa gemar. Tapi disebabkan Azhar dan Cima yang terpaksa beli barang yang orang kirim, terpaksa jela followww..

 

Pintu masuk Victoria Market...


 
Pemandangan di dalam Victoria Market...


 
Azhar tengah nego dengan penjual tempatan...hehe...


 
Banyak cenderahati dijual di sini...

Nah tu dia.. berbondong-bondong la Cima and Azhar memborong barang-barang kat sana. Kononnya murah, padahal bila convert ke Ringgit Malaysia, mahal juga.. haha.. saya beli keychain, tshirt, fridge magnet and a few other things je untuk kengkawan yang menanti di Malaysia..

Tapau lunch di Halal Kebab...

Da settle beli belah semua, kami balik semula ke hotel dan letak barang-barang semua kat bilik. Tetiba rasa lapar pula. Masa untuk jalan-jalan cari makan pula.

Apa lagi, kami pun terus berjalan ke arah sebuah kedai kebab arab yang agak femes dikalangan warga Malaysia yang pergi ke Melbourne, iaitu Halal Kebab. Pekedai dia keturunan arab muslim, tp da jadi warga Melbourne.


Sempat snap gambar kedai Halal Kebab ni masa on da way balik dari graffiti street...


Di sini portion kebab dia besaq nak habaq hang. Jenuh nak perabih satu kebab. Satu set termasuk air mineral cuma $11 sahaja. Berbaloi-baloi...

Nak ambik air coke, tapi ragu-ragu tentang kehalalannya. So baik elak terus. So kami tapau sorang satu untuk dibawa ke destinasi seterusnya iaitu Brighton Beach.

3. Santai di Brighton Beach...

Dari Flinder's Station, kami ambik train ke Brighton Beach Station. Jenuh turun naik train tukar stesen bagai dan alhamdulillah selamat sampai juga kami ke Brighton Beach.

Sesampainya kami dari stesen tu, kami pun berjalan kaki menyusuri pantai lebih kurang 1km untuk sampai ke bathing boxes area.

Lebih kurang separuh perjalanan, kami pun singgah ke satu tempat berkelah ni. Makan time! Masa ni la kebab yang kami beli td tu d lenyapkan dari muka bumi ni.. muahaha...

 

Membaham kebab sebelum meneruskan perjalanan ke Bathing Boxes...

Sesudah makan, perjalanan diteruskan dan akhirnya... BATHING BOXES ada di depan mata! Memang puas hati woo.. hilang penat cheqq...


Bathing boxes @ Brighton Beach...



 
Melbourne kami datang!!!



 
Di Melbourne, orang kaya tinggal di luar bandar tau...

4. Melihat tugu peringatan di Shrine of Remembrance...

Sesudah bergambar sakan kat Brighton Beach sambil menikmati keindahan pantai yang berangin dan melihat orang ber'surfing' kat pantai, kami pun meneruskan laaagi perjalanan ke sebuah tempat yang diberi nama Shrine Of Remembrance.


Shrine Of Remembrance...


Shrine Of Remembrance ni adalah sebuah kawasan yang menempatkan tugu-tugu peringatan kepada pejuang-pejuang Australia yang dihantar ke seluruh negara Komanwel dalam perang dunia ke-2 dahulu.

Sesudah itu leih kurang pukul 8 mlm, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Penat woo seharian berjalan. Tapi pengalaman yang menakjubkan di Melbourne ini sedikit sebanyak dapat memadamkan kepenatan kami.

HARI KE-5
  • Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014
  • Harbour Town Mall
  • South Wharf DFO
  • Smith Street
Hari kelima, hari sebelum kami meninggalkan Australia buat seketika. bangun je pagi, kami pun bersiap-siap dan sarapan. Sarapan home made ye kawan-kawan..

Menghabiskan bekalan makanan yang tinggal. Senang sikit nak bawak beg. Just penuhkan beg dengan barang-barang shopping jeee.

Selepas check-out hotel, kami pun letak barang-barang kami di locker hotel yang disewa dengan kadar harian. Cuma $6 untuk satu loker besar. Senang sket nak jalan-jalan tanpa beban dibelakang. 

1. Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014 (da habis...waaa)

Hajat dihati nak p Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2014 tapi dalam kalendar da habis da event tu.. Tak sompek nak poei tengok tulip..

Nak sedapkan hati, anggap jela dapat join dengan melihat gambar-gambar yang saya downlod dari internet ni. Bagi kengkawan yang nak datang Melbourne Spring next next year, make sure tarikh percutian korang kena dengan tarikh Festival Tulip ni ya. Kalau tak, melepas macam kitorang.. Waaa...

 

Ramai pelancong datang bergambar bersama bunga tulip... (sumber: internet)...


 
Pelancong dari China juga tidak ketinggalan... (sumber: internet)...


 
Cantik bunga-bunga tulip ni... rasa nak petik je.. hehe (sumber: internet)...

2. Harbour Town Mall...

Apabila anda ke Melbourne, jangan lupa singgah ke Harbour Town Mall di mana terletaknya barisan kedai-kedai barangan berjenama yang kadang-kadang memberikan potongan harga yang SUPERRRR CRAZYYYY.

Tapi ikut nasib la ye.. Kadang-kadang dapat murah, kadang-kadang dapat mahal... Tapi mcm biasa, saya still tak minat shopping... So I have no comment on this...


Harbour Town Mall entrance...



 
Orang ramai berpusu-pusu ke sini time weekend...


 
Lai..lai..murah..murah...

3. Beli-belah di South Wharf DFO...

Dan aktiviti shopping anda boleh juga disambung ke South Wharf DFO. Tu dia.. penat nak citer pasal shopping-shopping ni.. hehe.. Belanja gambar jela yang mampu...


Carpark South Wharf DFO...


4. Beli-belah di Smith Street...

Dan juga di Smith Street...phewwww...boleh terbang duit anda sampai licin.

 

Pemandangan santai memantai di Smith Street...

Sesudah bershopping sakan dan menghabiskan segala sisa-sisa duit AUD di Victoria Market yang kami singgah buat kesekian kalinya, kami pun pulang semula ke hotel untuk mengambil segala 'mak nenek' yang kami tinggalkan di loker hotel.

Sumbat punya sumbat, habis penuh beg, depan belakang kiri kanan semua beg. Meneruskan perjalanan ke airport, kami berjalan ke arah kanan hotel dan ambik tram ke Southern Cross Bus Station.

Sesampainya kami ke stesen bas itu, kami terus naik bas pukul 9mlm ke airport. Lebih kurang 15 minit, kami pun tiba di Tullamarine Melbourne International Airport dan terus check-in dan buat document verification.

Elakkan diri dari tertinggal flight!!! #MalaysiaAkuNakBalik

HARI KE-6

Penerbangan dari Tullamarine Melbourne International Airport ke KLIA2...

Sesudah check-in beg semua, kami pun masuk ke balai berlepas dan menunggu untuk #MalaysiaAkuNakBalik... teringat nasi lemak woo...

Pengalaman selama 6 hari di Melbourne memang best. Melawat masa musim spring memang best sangat la.. Tak sejuk tak panas..

Our full itinerary (click to enlarge): 

Melbourne Maps:
 


Melbourne Attractions Accessible by Public Transport (click to enlarge):
   

Inner Melbourne map (click to enlarge):
   

Melbourne City Centre map (click to enlarge):

 

Untuk full itinerary dan maps Melbourne, anda boleh email sy di rajaeyrie@gmail.com

Nota kaki:
  • As at 22 Oktober 2014, AUD1 = RM2.85
  • Bajet makan sehari lebih kurang dalam AUD30 = RM85.50

You Might Also Like

96 comments

  1. Anonymous29/10/14

    Bestnyer g melbourne!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kurniaan Allah.. ;D

      Delete
  2. Anonymous30/10/14

    Encik Raja, betul ke bleh dapat bajet all-in termasuk tiket flight less than RM2k? hebast seyh bajet korang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. alhamdulillah kami punya bajet dalam itinerary tu tak lari.. Memang tight la perbelanjaan kitorg. Kalau nak bocor pun, kat shopping je..hehe

      Delete
  3. Anonymous30/10/14

    Nice job broo..

    ReplyDelete
  4. Anonymous31/10/14

    Makanan halal kat sana senang dapat tak encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah dan senang. Kena tanya. Tp mostly tak halal..

      Delete
  5. Sesungguhnya kami sangat jeles....

    ABM & Rabiyatul Adawiyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya jangan jeles.. ada rejeki kamu, kamu juga akan pergi.. hehe

      Delete
  6. Slm kenal..boleh xemelkn full iti n bajet? Sy akn ke melbourne hjg bln ni..ni emel sy mazurayuslaili@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.. Boleh nanti insyaallah sy emailkan.. ;D

      Delete
    2. Erm..sori..boleh x emel lg skali? Sy trdelete plak emel tu..huhuhh

      Delete
    3. email skali lagi charge singgit..hehe.. kidding.. ;P

      Delete
    4. hehhe.. nak no acc..nt sy transfer rm1..nak tanya, mana lgi save beli myki kad biasa or yang visitor pack tu?sy ke kesana 7 hari.

      Delete
    5. 7 hari tu jalan2 guna trem better beli yg travel pack sebab lagi jimat.. ;D

      Delete
    6. Anonymous21/8/15

      boleh ke emel sy jugak shu_zara@yahoo.com

      Delete
  7. Anonymous18/12/14

    Salam. Akan ke melbourne september ini.mohom email iti..nuaralwi89@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Sila email sy d rajaeyrie@gmail.com ;D

      Delete
  8. Anonymous25/1/15

    Hi. makanan dlm tin dan paket mcm brahim boleh bw naik hand carry luggage ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hand carry x leh bawak liquid more than 100ml.. So cannot..

      Delete
  9. Anonymous31/1/15

    Salam. Boleh minta itinerary? Mungkin nak gi jugak melbourne bulan mac nanti. Insya Allah.

    hafira0209@gmail.com

    Terima kasih,

    (Najwa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Boleh.. u email i.. rajaeyrie@gmail.com.. Insyaallah I will reply.. ;)

      Delete
  10. Teringat pegi melbourne in 2011... selalu makan kat restoran zamzam.. kalau x salah di flinder's street melbourne cbd..kalau pegi philip island sekali pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran zamzam pun best kan..hehe.. Philip Island x berkesempatan p sebab x dapat cuti lama2.. nanti client lari..hehe.. and one more thing, add my instagram: zuhairaluan

      TQ ;D

      Delete
  11. Anonymous14/2/15

    Salam..En.Eyrie..
    boleh kongsi cuaca semasa kat sana.Plan nak pegi time spring jgk tapi sejenis yg tak tahan sejuk..huhu

    -tina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam tina,

      Cuaca masa spring x sejuk sangat. Macam sy tu pakai jaket biasa je dgn sehelai tshirt. Nyama2 gitu x sejuk sangat macam winter.. ;D

      And one more thing, add my instagram: zuhairaluan

      TQ ;D

      Delete
    2. Anonymous10/8/15

      En.Eyrie..nak tanya lg..ok tak amik package dgn MAT?

      -Tiena-

      Delete
  12. As salam eyri..
    Entry yg sgt menarik dan sgt membantu..
    In sya Allah september akan dtg sy dn rkn akan ke melbourne..boleh share itinerary dgn kami..hntr ke nanieaznur@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. boleh2.. email sy kat rajaeyrie@gmail.com

      Delete
  13. Salam...berikut sy share contact person yg sy pernah ambil pakej di melbourne. tour dan makan disediakan, waktu solat dan kelengkapan solat seperti tikar, sejadah turut disediakan. beliau merupakan org malaysia yg menetap di sana.- 019-7528006

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx shaz.. berguna utk kawan2 travel yg lain.. ;D

      Delete
  14. Anonymous25/3/15

    Maaf mencelah..
    Dulu masa trip saya ke Melbourne saya tinggal kat homestay orang Malaysia punya, cuba try google terataktanamekar.
    Homestay tu ada 3-4 bilik boleh masak plus dekat dgn train n tram..dlm 15 mins ke CBD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep.. sy kenal owner terataktanamekar tu.. sedara kawan sy.. btw owner mmg peramah dan make sure tempah awal coz selalu bilik penuh..hehe

      Delete
  15. Anonymous18/4/15

    salam eyrie knp x nampak gambar bersama en kangaroo...teringin nak pergi melbourne n berjumpa dgn kangaroo2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xde coz x sempat p Phillip Island.. terpaksa korbankan coz nak p GOR trip..heee

      Delete
  16. Salam eyrie, blh tanya size backpack yg eyrie guna masa ni? 😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. haha.. u mesti x caya if i cakap i bawak beg galas saiz beg skolah yang kecik tu je.. baju x banyak pun.. sbb mainly akan pakai jaket..

      Delete
  17. salam admin eyrie..boleh emailkan iti kat melbourne ke auntiekemai@gmail.com thanks in advance ya. event tulips tu biasanya bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. hehe.. bleh email sy d rajaeyrie@gmail.com...

      Delete
  18. Anonymous18/5/15

    As Salam boss eyrie. Akan ke melbourne julai nanti.mohom email iti..
    bex_car@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  19. salam.saya akn ke melbourne 6/6 ini.bole emailkan full iti. and maps?thanks^^ suekyu13@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. email sy d rajaeyrie@gmail.com...

      Delete
  20. Anonymous30/5/15

    Hello tlong sent full iti n maps ke emel est_slay@yahoo.com..tysm��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello there,

      email me please.. rajaeyrie@gmail.com

      Delete
  21. Tqvm Raja Eyrie. Just received ur emails . X sabar nak baca coretan trip terkini. Sure jet lag lg ni . Rileks2 dulu bru updates hehe

    ReplyDelete
  22. salam tumpang tanya, makanan yg boleh dibawa tu nak declare di mana? *firsttimer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. declare kat kastam airport melbourne nanti...

      Delete
  23. Thanx kongsi pengalaman...

    Memang best pergi Melbourne... haritu kami pergi naik Motorhome... maklumlah bawak askar ramai-ramai lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah terbaik.. bwk satu kerabat ek? hehe

      Delete
  24. Hi Raja..good sharing..please send me ur full itinerary to rdeson89@gmail.com please...thnks..

    ReplyDelete
  25. Hi Raja..good sharing..please send me ur full itinerary to rdeson89@gmail.com please...thnks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Enjoy! ;D

      Delete
  26. as'kum raja ..... menarik dan terbaik...
    tolong hantar list iti serta maps yg berkaitan ke labus007midon@gmail.com
    saya akan ke melbourne minggu ni.
    nak tanya sikit.... saya cadang nak bawak beg troli saiz kecil 20' berat muatan tak sampai pun 7kg.
    rasa2 bole lepas tak beg tu tanpa masuk ke lugged... ??
    terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Enjoy! ;D

      Delete
  27. Anonymous13/8/15

    Nice sharing tapi tak faham konsep kena hantar email utk dapatkan itinerary tu.
    Kenapa tak share je kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb itinerary tu big size + ada maps.. kalau xnak x perlu email.. xperlu nak explain kot..

      Delete
  28. perkongsian yang sangat terpeinci.syabas!!! sangat puas hati!

    ReplyDelete
  29. salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion
    kami salah satu agency pelancongan bernama PT.RISFY HIDAYAH WISATA.yang sudah mempunyai legalitas.berada kat bukittinggi padang west sumatera indonesia.
    menawarkan belbagai pakej pelancongan bukittinggi - padang tour,medan tour.padang island's tour.
    untuk information sila hubungi kami di talian
    phone / whatsapp : +6282169960060.(edward ardy)
    atau sila tengok di www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
    inshaallah
    kepuasan pelanggan tujuan utama kami

    wassallam
    pt.risfy hidayah wisata


    (edward ardy)

    ReplyDelete
  30. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website : http://ukhomestaypengangkutanionlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete
  31. bole share itinerary? nurehan.tahir@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Enjoy! ;D

      Delete
  32. hi...very nice itinerary...sangat helpful! I'm going to Melbourne next week. Nak share itinerary boleh? email me: diyana.mahmud@gmail.com
    Thanks in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Enjoy! ;D

      Delete
  33. Salam. Bleh share iti? shariey87@yahoo.com. tq in advance. Entry awak sgt menarik.

    ReplyDelete
  34. Salam. Bleh share iti? shariey87@yahoo.com. tq in advance. Entry awak sgt menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Enjoy! ;D

      Delete
  35. boleh share itinerary? shafiqalfian2058@gmail.com . best entry tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Boleh download full itinerary kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Delete
  36. salam eyrie. nak minta ehsan share iti awak....nanie_ar@yahoo.com.....:) macehhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sorry lambat reply.. Boleh download kat sini..

      http://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Delete
  37. salam eri. nak minta ehsan share iti ....umaraa5001@gmail.com.....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam boleh download kat sini..

      https://www.dropbox.com/s/p4xq19m2h2q21d8/Raja%20Eyrie%20Melbourne.rar?dl=0

      Delete
  38. salam x pergi mount buller ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa x sempat time tu.. short trip jee..

      Delete
  39. salam

    tq for sharing
    nak tanya nk apply visa leh ke email in bahasa melayu? ke kena all in english ( apply melalui intan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam n welcome..

      Bleh je english or malay coz dia org malaysia.. ;D

      Delete
  40. Blh sharekn jgk iti melbourne. ibyhasnorbayani@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email sy d rajaeyrie@gmail.com...

      Delete
  41. Salam, nak tanya berapa ya tiket untuk naik puffing billy tu? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam AUD54 sorang kalau x silap.. boleh usyar sini..
      http://puffingbilly.com.au/en/visit-puffing-billy/fares/

      Delete
  42. Nice bro..kebetulan tarikh aku nk ke Melbourne pun lebih kurang sama dgn ko, from 23 Oct - 29 Oct 2016. Tak sabar dah ni nak ke sana.

    ReplyDelete
  43. Nice bro..kebetulan tarikh aku nk ke Melbourne pun lebih kurang sama dgn ko, from 23 Oct - 29 Oct 2016. Tak sabar dah ni nak ke sana.

    ReplyDelete
  44. Salam,nak minta itinerary dan apa2 detail ke shafiq.qs@gmail.com, terima kasih Raja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email saya.. rajaeyrie@gmail.com

      Delete
  45. Hi assalam...
    Tgh survey2 best place to visit at Melbourne... Tertarik dgn yr itinerary... Full info brguna..
    Insyaallah thn depan nk visit Melbourne.. Lmbt lg tp exited nyer awal dah..
    Nk request yr itineray utk panduan..
    Tq

    ReplyDelete
  46. Hi assalam...
    Tgh survey2 best place to visit at Melbourne... Tertarik dgn yr itinerary... Full info brguna..
    Insyaallah thn depan nk visit Melbourne.. Lmbt lg tp exited nyer awal dah..
    Nk request yr itineray utk panduan..
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email sy x? rajaeyrie@gmail.com

      nanti sy send through email...

      Delete
  47. Beli barang mentah dan masak lg jimat

    ReplyDelete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)