Percutian (Work Trip) Raja Eyrie ke Papua New Guinea (Port Moresby, Kokopo & Lae), November 2017
10:42 PM
Papua New Guinea...
"Papua? What place is that?!"
"Tempat tu negara orang makan orang kan?"
"Selamat ke kat sana? Dengar kata negara tu bergolak?"
"Kena beli baju kalis peluru la macam tu kan?!"
Yes true. Ayat di atas adalah antara ungkapan-ungkapan pertama rakyat marhaen bila diberitahu yang aku akan dihantar ke Papua New Guinea selama hampir sebulan, lebih-lebih lagi atas urusan kerja. Ye la kan, pergi sana bukan senang sebab nak kena buat visa dan work permit. Kalau nak buat dua benda ni kena ada invitation letter daripada syarikat kat sana sebagai pengesahan. Nasib baikla segala urusan documentation kitorang diuruskan oleh cik Siti dan Kak Normah dibantu oleh geng-geng dari U-Travel Sdn Bhd. So dengan segala ilmu dan contact yang diorang ada, alhamdulillah visa dan work permit kitorang dapat disiapkan dengan jayanya.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari aku perkenalkan rakan-rakan setugas aku yang sama-sama berganding bahu mengharungi segala macam rintangan dan cabaran sebelum dan semasa di Papua New Guinea.
PNG Team...
Persediaan sebelum berlepas...
1. Medical injection
Sementara menunggu visa dan work permit kami siap, kitorang semua dikehendaki mengambil suntikan anti malaria dan typhoid (diarrhea etc). So dengan berbekalkan Guarantee Letter daripada PM Care, kitorang pun terus set masa untuk ke DEMC Shah Alam. Bermacam dugaan dan masalah timbul di sana, tapi berbekalkan kesabaran dan iman di dada, segala masalah tersebut dapat diselesaikan dengan jayanya. Clap..clap..clap.. haha.
So DEMC pun membekalkan setiap seorang dengan 28 biji Malarone, iaitu ubat malaria yang perlu ditelan setiap hari sehingga hari ke 28. AWAS! Kesan ubat ini membuatkan anda rasa weng dan mengantuk. Maka silalah telan sebelum tidur ya.
So DEMC pun membekalkan setiap seorang dengan 28 biji Malarone, iaitu ubat malaria yang perlu ditelan setiap hari sehingga hari ke 28. AWAS! Kesan ubat ini membuatkan anda rasa weng dan mengantuk. Maka silalah telan sebelum tidur ya.
2. Working paper and analysis
Okay yang ni tak perlu cerita detail sebab semuanya berkaitan dengan kerja kitorang. So prepare je apa yang perlu jangan nanti ada yang tertinggal.
3. Makanan (processed food)
Yang ni paling penting. Sebab untuk hidup di Papua New Guinea selama 3 minggu, kitorang kena prepare makanan yang siap di pack seperti:
- Brahim's packed food
- Kicap
- Beras
- Maggi
- Jajan
- etc.
Make sure makanan yang korang bawa tu bukan bahan mentah. Kalau tak sia-sia je kena rampas kat airport sana nanti sebab kastam dan imigresen diorang adapt cara-cara pentadbiran daripada Australia. Dan jangan lupa, luggage kitorang cuma 30kg per person je. So kena jimat-jimat space.
D'Chef Asam Pedas Paste yang digunakan untuk masak asam pedas ikan (6 pax)...
4. Passport & Forex (KINA money)
Passport ni should be no problem sebab kalau nak apply visa kena ada passport. Okay, untuk forex, Malaysia tak ada money changer yang boleh tukar direct RM ke Kina. So, kitorang masing-masing nak tukar ke SGD dan AUD je dulu. SGD sebab kitorang akan transit ke Singapore selama 4 jam. So boleh la guna SGD tu untuk makan-makan dan shopping sket. AUD pula boleh ditukar ke matawang tempatan (KINA) kat airport Papua New Guinea nanti.
5. Keperluan peribadi
Yang ni terpulang kepada masing-masing nak bawak apa. Sebab kat PNG ada sebuah pasaraya milik syarikat dari Malaysia (Rimbunan Hijau) yang bernama Vision City Mega Mall. So kat sana korang boleh jumpa banyak barang-barang made in Malaysia, ayam dan daging halal etc. Tapi harganya kitorang boleh conclude as 3 times more expensive than yang jual kat Malaysia la.
So untuk trip kali ni, aku decided nak bawak Marine Essence Shampoo & Body Wash sebab dengan dua benda alah ni dapat menyegarkan tubuh badan selepas seharian kepenatan bekerja.
Marine Essence Hair Shampoo and Body Wash...
Hari Pertama (11/11/2017): KLIA - Changi Airport - Port Moresby
Okay hari pertama bermula dengan berkumpul beramai-ramai di KLIA. Segala macam barang-barang makanan yang kami bawak dikumpulkan bersama dalam 2 kotak, dibalut kemas-kemas dan check in. Disebabkan kesuntukan masa, kitorang bercadang nak lunch di Changi Airport sahaja nanti.
KLIA ke Changi Airport (transit via MAS)...
Selepas sejam berlepas, kitorang tiba di Changi Airport. Luggage kitorang terus ke Port Moresby, so kitorang tak perlu risau untuk ke sana ke mari dengan luggage kitorang yang besar gedabak tu. So masa kat Changi Airport sementara menunggu our transit flight, Air Niugini, kitorang makan-makan, shopping sikit-sikit dan rehat je.
Selepas 4 jam transit, kitorang pun boarding flight Air Niugini. Perjalanan memakan masa selama 7 jam. Maka, adventure kami pun bermula.
Hari ke-2 (12/11/2017): Port Moresby - Gateway Hotel & Apartment - Vision City Megamall dan jalan-jalan
Setibanya di Port Moresby, kitorang pun beratur la kat garisan imigresen yang panjang tu untuk declare masuk, check passport etc. Pastu kena pula check luggage tengok barang makanan yang kitorang bawak. Nasib baik la semuanya smooth and silky. Tak ada yang kena rampas sebab kitorang declare semuanya.
Then keluar je ke balai ketibaan, kitorang pun tukar duit AUD kepada KINA. rate masa tu AUD - KINA (0.43). Mahal sedikit sebab kat airport kan. So, after that we decided nak beli local simcard. Selepas mengambil kira beberapa perkara, kitorang sepakat nak ambil BMobile Vodafone dengan harga KINA90 (3GB data + 7 days free call + 30 days validity). Internet dia 3G je, so takbleh expect high speed internet kat sini.
Then after that, kitorang tunggu hotel transfer driver datang fetch kitorang. Owh ya by d way, orang PNG fasih cakap English ya sebab English is their school language. Sesampainya kitorang ke Gateway Hotel & Apartment (5 minit je dari airport), kitorang check in dan rehat selama 2 jam. Kemudian, kitorang bersiap untuk ke Vision City untuk beli sedikit barang keperluan. This time, company driver yang peramah dan baik hati namanya Mr Tekki yang datang ambik kitorang.
Vision City Mega Mall, Port Moresby, Papua New Guinea...
Depan Vision City Mega Mall...
Then untuk dinner, kitorang unpack barang-barang makanan yang kitorang bawa dan start memasak. Janji kenyang.
Dinner pertama kitorang. Janji ada kicap cap kipas udang.. hehe...
Kubis goreng + ikan bilis + sardin. Pergh!
Hari ke-3 sampai ke-7 (12 - 17/11/2017): Port Moresby branch & KOKOPO branch
Untuk permulaan, kitorang ada opening meeting kat HQ office. After that, kitorang pun lunch kat Spice Restaurant, the only mamak (halal) kat Port Moresby ni. Mamak ni pernah kerja kat Malaysia selama 5 tahun so dia da boleh cakap Melayu.
So memang sebijik macam kedai mamak kat Malaysia...
Tapi harga kat kedai ni Masyaallah, mahal betul. Yela kan, sebab kat sini susah nak dapat makanan halal. Bayangkan kat kedai ni harga ayam goreng seketul adalah KINA20 (RM25). Tapi apakan daya, perut sudah menjerit-jerit mintak dipenuhkan. So layankan jela.
Dalam pukul 3 petang, aku dan Awin akan fly ke Kokopo menjalankan tugas di sana. Azizi, Watie and Yati akan stay buat kerja kat HQ, Port Moresby. Nanti weekend nanti kitorang akan balik semula ke Post Moresby.
Sesampainya kami di Rabaul Airport (Kokopo), Simon Peni a local branch manager datang fetched us up dan bawak kitorang ke Gazelle Hotel. Kat hotel ni kitorang dapat free 50MBps wifi, breakfast, dinner dan laundry. Very convenient!
Gazelle Hotel, Kokopo...
Lobster + cheese (KINA90)...
Kitorang dijamu dengan buahan tempatan oleh branch staff...
Bergambar kenang kenangan dengan Kokopo Branch staff...
Rabaul Airport (nak balik ke Port Moresby semula)...
Hari ke-8 (18/11/2017): Craft Market @ Holiday Inn Express Hotel Port Moresby
Time paling best.. WEEKEND! Waktu di mana tak perlu fikir pasal kerja.. Eh iya ke? Sorry beb, kitorang weekend pun kerja tau. Siang hari je berjimba, malam ngadap laptop dan working paper, almaklumla nak kena update Team Leader (Yati) dan juga Manager-in-Charge (Watie).
So this time around, one of the staff, Cindy (a Malaysian) nak bawak kitorang pergi local craft market kat Holiday Inn Express Hotel. Actually, craft market ni one of the local government initiatives untuk promote local products kat pelancong. Walaubagaimanapun, tempat di mana berlangsungnya craft market ni berubah-ubah setiap minggu.
Suasana jual beli di craft market...
Muka serius Watie dan Yati tengah usyar barang-barang kraftangan ditemani Cindy...
Nah tu dia. Watie da dapat grab topi reggae Bob Marleyyy...
Contoh lukisan yang dijual...
Yang kecik KINA15, yang besar KINA20. Pilih yang mana berkenan di hati. hehe...
Hari mendung di Ela Beach Harbour...
Da settle shopping kat craft market dan pusing-pusing kat Ela Beach Harbour, kitorang pun balik ke rumah masing-masing sebab nak prepare untuk makan malam. Almaklumla sempena menyambut besday aku dan Azizi pada 15 November lepas. So, menu utama malam ni adalah nasi ayam yabeda beduu..
Muka hepi celebrate besday kat Papua...
Makan nasi ayam kat Papua ni dikira makanan mewah la ni. Kalau tak asyik hadap Brahim je hari-hari...
Hari ke-9 sampai ke-14 (19 - 24/11/2017): LAE branch
Minggu seterusnya diteruskan dengan fly ke LAE district. So kat sini aku dan Awin akan menjalankan tugas hakiki kitorang selama lebih kurang 5 hari.
After sampai ke Nadzab (Lae) airport, kitorang telah dijemput oleh pengawal keselamatan daripada G4S yang telah ditugaskan khas untuk melindungi keselamatan kami. Menurut Sheang Foo, the Financial Controller kat HQ, kawasan Lae merupakan kawasan bergolak di mana sentiasa terjadi pergaduhan dan rusuhan antara pihak berkuasa dan juga rakyat tempatan. Sebab berlakunya kejadian sebegitu tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Suasana di Nadzab (Lae) airport...
Lae City Hotel, tempat kami berteduh selama 5 malam...
Sarapan pagi kami selama di Lae...
Bergambar bersama branch staff, termasuklah Mike Treacy (left) dan Geoff Vincin (right)...
Tidak lupa juga bergambar bersama warehouse staff yang banyak membantu kami menjalankan tugas...
Ni aku nak cerita sesuatu yang berlaku kat kami masa on da way ke airport dari Lae Branch untuk fly back to Port Moresby. Masa tu kitorang naik van G4S di mana mereka telah ditugaskan untuk menghantar kitorang ke airport. Perjalanan sangat jauh sebab kitorang kena lalu jalan kampung yang teruk selama sejam untuk ke sana.
Masa tengah melayan perasaan tu, tetiba driver dan kelindan van tu macam hon dengan lamanya. Kitorang pun tengok la kat luar cuba-cuba untuk tengok apa yang terjadi. Rupanya ada sekumpulan rascal yang cuba nak hentikan van kitorang, maybe untuk merompak. Mesti diorang ingat dalam van ni ada transfer money. A few of them bawak parang panjang sebagai senjata. Nasib baik driver van dengan cekapnya elak mengelak dan terus melepasi kumpulan tu. Then after that driver tu kata "You guys are lucky because they did not bring their gun!". Cuak dowh!
Tapi alhamdulillah kitorang selamat sampai kat sana. Siap kena teman ngan pengawal keselamatan G4S tu sampai ke balai berlepas. Fuh lepas satu azab. Then kitorang pun fly back to Port Moresby dengan selamat.
Hari ke-15 sampai ke-20 (25 - 30/11/2017): Craft Market, Ela Beach Harbour, Water Front Place, Bistro Savannah Cafe Restaurant
So on Saturday, kitorang decided nak ke craft market lagi sekali. Kali ni craft market tu berlangsung kat Ela Beach. So this time kitorang planned nak habiskan duit KINA yang berbaki kat tangan. Sebab tak nak rugi Forex.
Muka hepi sebab dapat jenjalan. Kat belakang tu Mr William Gan...
Mr William Gan ni orang Malaysia. Dia share ngan kitorang macam mana dia boleh end up kerja kat Papua. Dia kata dulu masa dapat offer kerja, dia ingat PNG tu stands for Penang. So dia accept je offer tu. Then masa dia realize rupanya PNG tu stands for Papua New Guinea, dia pun gitau dia punya wife, kononnya nak dapat support untuk decline offer ni. tapi wife dia kata 'Ceh, takut ke?'. Then Mr William ni rasa tercabar lalu dia merelakan diri dia kena hantar pergi Papua. Itula ceritanya. hehe.
Bergambar dengan aunty ni yang bagi kitorang discount sebab beli topi raggae Bob Marleyyy dengan dia. Special price katanya...
After that, kitorang pun balik apartment masing-masing untuk siapkan saki baki report. Sebab apa, sebab esok boss kitorang, Puan Chahya akan datang dari Malaysia.
Macam biasa menu bujang...
Esoknya pagi-pagi lagi pukul 4.30 pagi aku, Awin dan Azizi tunggu kat airport nak welcome Puan Chahya. So that, part pompuan pulak, diorang kena siapkan bilik Puan sebab Puan pilih nak stay ngan diorang instead of hotel. Lebih senang nak bekerja katanya.
Lepas da hantar Puan ke apartment Watie dan Yati, kitorang pun balik semula bilik kitorang untuk sambung tidur. Lebam mata weyh.
Lebih kurang pukul 12 macam tu, kitorang pun lunch bersama ngan Puan. Titik permulaan makanan kitorang da tak bujang. Semenjak Puan datang semua makanan macam kat rumah daa.. Sedap betul. Tak rindu makanan Malaysia da sebab kat sini pun boleh dapat. Sorang-sorang ingat nak diet tapi harapla kann.. haha
Then kitorang deal ngan Cindy untuk bawak kitorang jalan-jalan sempena menemani Puan yang juga first time sampai ke Papua.
Kat Ela Beach Harbour. Lupa nak bawak sunglass...
Happy Sunday!
Water Front Place. Tak sempat nk pose leklok da ada orang snap. haha...
Kat parking pun jadilaa...
Okay settle jenjalan Ahad. Time to finish our work...
Azizi tengah siapkan breakfast...
Time main kita main, time kerja kita kerja...
Kawasan masjid Port Moresby. Ayam seekor KINA30. Mahal oi...
Lunch @ Bistro Savannah Cafe ann Restaurant...
Malam terakhir di Papua New Guinea, dinner @ Dynasty Restaurant, Vision City...
I guess thats gonna be a good bye from us. Bye PNG, hello Malaysia...
Peristiwa yang takkan dilupakan:
- Keti Teki + Fortuner
- Aroma semerbak
- Game Jangan Gelak Lawak Lame
- Game Tepuk Nyamuk Sapa Sikit Dia Kalah
- Ayam panggang marinate resipi campak-campak
- Normazilawati Madzlan (Watie) kena double shots dalam flight
- Ada orang hilang lukisan bas
- Azizi kena terkunci kat luar rumah selama 20 minit
- Shopping baju ragbi world cup
- Main ragbi guna stress ball
- Exit meeting 9 jam
0 comments
Komen anda: