14 Tips Menggandakan Keberkesanan Latihan Bina Badan Anda

4:18 PM


Raja Eyrie's gym buddies since 2012 (Picture: Dec 2013)

Macam mana ingin menggandakan keberkesanan latihan anda untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik hanya dalam masa yang singkat? Jawapannya adalah fokus dan disiplin.

Dalam entri kali ni, saya akan menceritakan dan berkongsi 14 cara untuk menggandakan result daripada latihan workout anda.

1. Hadkan latihan anda kepada 30-40 minit

 
Sesetengah orang terlalu bekerja keras sehingga workout dalam masa yang lama. Ini akan menyebabkan badan anda penat dan lambat untuk recover. Cara terbaik adalah dengan memendekkan masa workout, tapi working out harder dalam masa yang singkat itu.

2. Latihan tinggi intensiti

Jika anda baru nak mula workout, anda perlu meningkatkan stamina anda. Latihan seperti berlari dan berbasikal boleh membantu anda membina ketahanan diri. Selepas anda rasa stamina anda mencukupi untuk workout, barulah anda boleh belajar cara2 untuk meningkatkan keberkesanan latihan anda.

3. Protein


Ramai orang tidak memberi perhatian yang cukup untuk mendapatkan protein membina semula otot. Jika anda tidak lakukan, otot anda tidak akan mendapat sumber yang secukupnya untuk recover daripada latihan kardio dan juga latihan bebanan. Saya mencadangkan sama ada protein whey ataupun susu soya.

4. Air

Banyakkan minum air masak sepanjang hari jangan hanya selepas workout. Tapi jangan minum dengan banyak dalam masa yang singkat.

5. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber utama bahan api untuk badan kita. Jika anda lakukan latihan, anda akan memerlukan karbohidrat, atau anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup.

6. Minum protein shake

Meminum protein shake sebelum dan selepas workout adalah penting. Minum sebelum latihan dapat meningkatkan aliran asid amino kepada otot anda semasa latihan, memberi otot blok bangunan yang diperlukan. Selepas bersenam, protein shake merangsang pertumbuhan otot. Bagus juga mengambil protein / karbohidrat makan 60-90 minit selepas bersenam.

7. Slow lifting

Angkat bebanan secara lambat2. Slow n steady. Jika anda angkat dengan perlahan dalam kedua-dua arah, anda memaksimumkan setiap 'move'. Mengangkat dan menurunkan kiraan dalam setiap arah.

8. Bebanan lebih berat

Mulakan dengan bebanan yang ringan dan tambah berat mengikut kesesuaian. Lakukan secara tertib agar mendapat cutting badan yang menarik. Jangan terlalu taksub untuk workout sehingga mengabaikan cara2 yang betul.

9. One set workout


Anda perlu memastikan postur badan betul dalam setiap set untuk mengelakkan kecederaan.

10. Latihan kompaun

Maksudnya anda melakukan latihan yang melibatkan banyak otot badan pada satu2 masa seperti squats, deadlifts, good mornings, lunges, pushups, bench presses, military presses, rows, pullups, dips dan lain2.

11. Balance lifting

Melakukan latihan secara berdiri dapat membantu mengimbangkan badan anda. Ia dapat memberikan kekuatan kepada otot atas dan juga otot bawah. Dalam masa yang sama, ia dapat memberikan anda kekuatan untuk mengangkat bebanan yang lebih berat.

12. Lakukan senaman kardio

Anda perlu fokus untuk mendapatkan latihan yang baik. So, dengan melakukan latihan kardio seperti berlari, berenang, memanjat dan laen2 dapat membantu anda membina stamina.

13. Latihan bercampur

Lakukan latihan yang berlainan dalam satu minggu. Contohnya harini latihan bicep dan trisep, esok dada, lusa kaki dan seterusnya mengikut kesesuaian.

14. Postur badan yang betul semasa latihan


Ini sangat penting untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik di samping mengelakkan kecederaan.

Tidak ketinggalan juga peranan supplemen yang Raja Eyrie jual untuk membantu dalam proses membina badan seperti..


P/s: Maka dengan tips yang telah diberikan di atas, saya harap dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai latihan bina badan ini.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)