Percutian Raja Eyrie ke Eropah, Spring 2015 (Amsterdam @ Holland)

1:15 PM



[EuroTrip diteruskan ke Amsterdam]

Penat berjalan luas pemandangan... Selesai simpan beg di Amsterdam Centraal, kami pun naik tram ke stesen Rijksmuseum, tempat di mana terletaknya monumen 'I Amsterdam' tu...

Inilah Amsterdam Centraal @ Centraal...




Terlalu ramai pelancong nak bergambar di monumen ni...



Kerusi pun ada 'I Amsterdam'...



Sempat jugala bergambar walaupun tak complete...

Habis semua posisi da masuk dalam gambar, kami pun naik tram sekali lagi untuk ke stesen Leidseplein untuk ke Hard Rock Cafe Amsterdam. Memang peminat Hard Rock Cafe betulla depa ni... hehe...

Baju dan cenderahati Hard Rock Cafe Amsterdam...



Tidak murah baju Hard Rock Cafe original... hehe...


Mari beli mari beli...

Sesudah survey harga barangan di Hard Rock Cafe tu, kami pun naik tren semula untuk ke Amsterdam Centraal dan seterusnya naik sprinter ke Schipol Airport. Pada malam yang penuh berbahagia ini kami tidur di airport. 

Bukan senang nak merasa tidur di airport seperti pelancong-pelancong lain. Tapi kami tak tidur sangat malam tu. Bersembang je sampai ke pagi...

Day 9 - 02/05/2015 

Selesai solat subuh, breakfast ala kadar, kami pun bersiap untuk check in IBIS Budget Hotel Amsterdam. Masa ni kami berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan ke Keukenhof, taman musim bunga yang boleh dikatakan paling cantik di dunia. 

Terdapat bunga tulip yang bermacam-macam jenis dan warna. Taman Keukenhof ni terletak bersebelahan sahaja dengan Schiphol Airport  ni...

Manakala kumpulan kedua akan terus ke IBIS Budget Hotel untuk beristirehat. Saya dan Azhar tergolong dalam kumpulan kedua.. hehe.. Dok hotel tidooo...


Kak Tieha dan Kak Bad sedang layan jiwang bunga...


Banyak bunga tulip bermacam warna...


Sesuai untuk pencinta alam...

Kitorang yang check-in hotel awal... hehe...
Kami yang check-in hotel ni pun berehat dan bersiap-siap untuk ke Zaanse Schans, tempat kelahiran susu Dutch Lady. Di sana terdapat banyak kincir angin

Dari Centraal, kami naik sprinter ke stesen Koog Zaandijk di mana terletaknya Volendam Village. Tadaaaa...

On d way ke rumah kincir angin...

 
Nampak tak kincir angin kat belakang kitorang?


Posing sikit...


Dengan brader Azhar, kaki travel...

Berjalan-jalan di negara Belanda... hehe
Sesudah habis pusing-pusing di kawasan berdekatan, memerhatikan cara keju dihasilkan, kami pun pulang. Tapi sebelum tu kami singgah sebentar di Hard Rock Cafe Amsterdam untuk membeli cenderahati.

Hari hampir gelap, kami pun berjalan kaki ke sebuah restoran Arab yang halal, Crystal Restaurant yang terletak di sebelah jalan. Dinner nasi ini malammmm...

Crystal Restaurant... makanan sedap tapi mahal sikit la... lebih kurang Euro16 sepinggan...

Da settle makan sumer, perut kenyang hati riang, kami pun balik semula ke Centraal dengan menaiki tram dan sekali lagi menaiki sprinter untuk balik semula ke stesen Schiphol Airport dan ambik shuttle bus ke IBIS Budget Hotel.

Malam terakhir kami di bumi Eropah... Tido sambil teringatkan nasi lemak telur mata...

Day 10 - 03/05/2015  

Hari terakhir kami di bumi Eropah. Semua bersiap-siap untuk kembali ke tanah air. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, diabadikan dalam bentuk gambar untuk menjadi kenangan di masa hadapan...

Dari hotel kami ambik shuttle bus dan terus ke Schiphol Airport. Da siap check-in beg semua, kami pun berlepas pulang ke Malaysia. Hati riang penuh puas dapat menjelajah sebahagian bumi Eropah...

Sayonara Eropah! 



Nota kaki...

1) Malaysia Airlines flight ticket = RM2,182.00 (per people)
2) Eurostar Train (London St-Pancras to Paris Nord) = RM194.00 (per people)
3) Hotel Smart Place (Paris) = RM114.98 (per people)
4) Thalys Train = RM150.00 (per people)
5) Hotel (London) = RM462.00 (per people)
6) Urban City Centre Hostel (Brussles) = Euro152.48 (for 7 people)
7) Pathpoint Cologne Hostel (Cologne) = Euro179.06 (for 7 people)
8) Baggage Locker (Schiphol AIrport) = Euro9.50 per day
9) Baggage Locker (Amsterdam Centraal) = Euro30 (for 7 people)
10) Train = Euro14.70
11) IBIS Budget Hotel (Amsterdam) = Euro213.64 (for 6 people) 
12) Buses (Amsterdam-Brussels; Brussels-Cologne; Cologne-Amsterdam) = RM590.00 (per people) 
13) National Rail return ticket (Greenwich to London Terminals) = GBP3.90 

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 k...

Popular Posts