Percutian Raja Eyrie ke Eropah, Spring 2015 (Brussels @ Belgium)

1:18 PM


 

Raja Eyrie's Other Travelogs...



Day 7 - 30/04/2015

[EuroTrip diteruskan ke Brussels]

Permulaan hari baru di Brussels, Belgium. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini kami sudah sesat. Agak susah mencari hostel yang ditempah. Tapi dengan semangat tidak putus asa, kami berjaya jumpa juga akhirnya. Dengan ini, kami syorkan anda standby GPS untuk memudahkan pergerakan anda. Jangan harapkan peta yang dicetak daripada internet sahaja ya... hehe...

Sesudah breakfast, kami pun berjalan kaki ke menuju ke bandar Brussels. Antara tempat menarik dan patut dilawati di sini antaranya:
  • Chocolate shops 
  • Grand Place Brussels
  • Hard Rock Cafe
  • Manneken Pis
  • Atomium


Bergambar di lobi hostel kami kat Brussels...




Jom cari coklat Belgium...


Kedai yang banyak terdapat di Brussels adalah kedai coklat. Bermacam-macam jenis coklat dengan harga yang berpatutan dijual di sini. Lagi murah rasanya daripada beli di Langkawi or Labuan. Sebab kat sini adalah tempat di mana pengeluaran coklat dilakukan secara besar besaran.. wah gittew...


Pelbagai aneka coklat yang boleh dipilih...




Coklat Belgium.. murah...




Nah beli coklat dapat duit.. hehe...


Sesudah membeli coklat, kami terus sahaja menyusur bandar Brussels untuk ke Grand Place. Dekat sahaja. Sepanjang perjalanan kami melihat ramai pelancong-pelancong asing yang datang. Memang ramai yang teruja dengan senibina yang masih utuh berdiri.

Nasib baikla cuaca nyaman sepoi sepoi bahasa. Best la juga berjalan kaki.. hehe...


On da way ke Hard Rock Cafe...





Kuda ku lari gagah berani...


Hard Rock Cafe Brussels pula terletak di kawasan yang sama dengan Grand Place. So sambil menyelam sambil minum air. Di HRC Brussels, kami berkesempatan membeli T-Shirt eksklusif yang dijual di sini. Harganya agak mahal, tapi bukan selalu datang sini kan...


Hard Rock Cafe Brussels.. I was here!




Posing sat...



Kemudian, kami terus sahaja ke destinasi berikutnya iaitu Manneken Pis. Entah apa yang special kat sini tapi disebabkan tempat ni menjadi salah satu tempat tarikan pelancong, so kami pun jalan jela ke sana. Tak de apa pun, just patung budak kecik tengah kencing berdiri. Tak semenggah orang kata... haha...


Ni la dia Manneken Pis.. patung budak kencing...


Tidak menunggu lama, kami pun meneruskan pengembaraan penuh berliku ni dengan menaiki tren untuk ke Atomium. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam juga la naik tren.


Dari jauh ku lihat Atomium...




Betul-betul di bawah atomium...


Sekali tengah bergambar tetiba kami teringat yang bas kami untuk ke Koln, Germany adalah pada pukul 4.30 petang. Kami ada kurang dari 2 jam untuk balik semula ke hotel, ambil beg dan naik tren ke stesen Park.

Kelam kabut sorang-sorang berlari bawak beg sebesar banglo mencari tempat bas berhenti. Pusing punya pusing, sesat. Dan akhirnya bila kami sampai di tempat Mega Bus tu, bas pukul 4.30 petang da berlalu pergi. Muahaha.. Padan muka tertinggal bas...


Padan muka kome tertinggal bas.. huahahaha...


Kami semua da macam mati kutu sebab tak tau nak buat apa da dalam cuaca sejuk tu. Dengan hujan lagi, lapar lagi. Memang adventure habis.

Sekali ada satu bas datang. Bila ditanya, bas tu akan ke Koln. Nego punya nego, akhirnya driver bas tu membenarkan kami menumpang bas tersebut. Alhamdulillah. Hasrat untuk ke Germany akhirnya tercapai.. Fuh legaa... Ingat tadi kalau tiada bas terus je sewa hotel mana-mana kat situ...


Ada busker tengah perform...


Lega woo dapat naik bas ke Cologne. Kalau tak habis burn semua hotel fee yang kami da bayar. Turun sahaja daripada bas, kami pun berjalan menuju ke stesen tren yang berdekatan untuk ke stesen Koln HBF. Memang susah nak faham signboar dia sebab mostly dalam bahasa German. Dengan bantuan warga tempatan, akhirnya kami berjaya sampai ke stesen yang dituju.

Tapi kalau korang naik tren kat German ni jangan pelik sebab ada yang bawak basikal, bawak pokok, berkelah dalam tren pun ada. Sungguh pelik.. haha...

Dan akhirnya kami pun sampai ke hotel yang dituju. Mencari-cari di celah-celah bangunan akhirnya jumpala hotel yang dicari. Malam yang penat, mencabar tapi menyeronokkan... 

You Might Also Like

0 comments

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)