High Intensity Interval Training (HIIT): Latihan Kardio Terbaik Membakar Lemak

4:43 PM

Apabila kebanyakan orang berfikir tentang kardio, mereka berfikir tentang joging yang lama dan membosankan atau jangkamasa yang tiada kesudahan.

Saya ada berita baik untuk anda: terdapat kaedah kardio yang mengambil masa yang pendek dan jauh lebih bagus untuk berjoging untuk membantu anda membakar lemak.


Ia dipanggil High Intensity Interval Training (HIIT) dan artikel ini akan memberikan anda perkara asas supaya anda dapat membawa ketahanan badan anda ke suatu tahap baru.


Apa Itu High Intensity Interval Training (HIIT)?

High Intensity Interval Training melibatkan selang-seli antara senaman 'pantas' dan senaman 'perlahan'. Sebagai contoh, 'sprinting' selama 30 saat, kemudian berjalan selama 60 saat. HIIT boleh dilaksanakan serentak bersama anarob (weights) dan aerobic (cardio).

Kenapa HIIT Latihan Kardio Terbaik Untuk Membakar Lemak?

Physiologists dulu mempercayai bahawa keadaan 'steady' kardio bagus untuk pembakaran lemak kerana lemak yang agak banyak digunakan oleh badan sebagai bahan api pada 'lower exercise intensities' daripada 'higher exercise intensities'.

"Zon Pembakaran Lemak" yang ditunjukkan di atas peralatan kardio kebanyakannya hanya 60% -65% daripada kadar jantung maksimum hanyalah sebuah mitos dan TIDAK optimum untuk membakar lemak.

Ya, secara 'relative' anda membakar lebih banyak lemak daripada glikogen apabila berjalan, tetapi apa yang kita utamakan adalah tentang jumlah bakar lemak dibakar. Pada 'higher exercise intensities', anda membakar jauh lebih banyak lemak, walaupun nisbah lemak / glikogen adalah lebih rendah.

Di samping itu, latihan selang-seli membolehkan anda melakukan 'higher exercise intensity' untuk tempoh yang lebih lama daripada keadaan 'steady', jadi anda membakar lebih banyak lemak.

Sebagai bonus, terdapat juga kesan 'afterburn' dikenali sebagai EPOC (excess-post exercise oxygen consumption). Anda meningkatkan kadar metabolisme anda dan membakar lebih banyak kalori sehingga 24 jam selepas latihan selang-seli, manakala pergi untuk berjoging hampir tidak membakar sedikit kalori pun.

Kelebihan HIIT Yang Lain

1. Increased Aerobic Capacity
Jumlah pengambilan oksigen badan anda meningkat, begitu juga kapasiti keseluruhan aerobik anda boleh meningkat lebih cepat daripada 'lower exercise intensity'.

2. Increased Lactate Threshold
Anda lebih berupaya menghadapi kesan peningkatan asid laktik dalam otot.

3. Improved Insulin Sensitivity
Otot anda lebih bersedia untuk menyerap glukosa dan mengurangkan glukosa daripada menjadi lemak.

Cara Melakukan HIIT:
Boleh klik SINI 

***Selamat mencuba***

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)