Percutian Raja Eyrie ke Eropah, Spring 2015 (Paris @ France)

1:20 PM


    Raja Eyrie's Other Travelogs...
    Day 5 - 28/04/2015 

    [EuroTrip diteruskan ke Paris] 

    Hari kelima dimulakan dengan bangun pagi dan bersiap, packing semua barang sebab sebentar lagi kami akan ke Paris. Ibu kota cinta dunia katanya...

    Dari Edgware Road, kami ambik tube dan terus ke stesen St Pancras untuk naik eurotrain. Agak kelam kabut juga la nak ke sana sebab nak kena tengok map sumer, berebut dengan orang lain yang berpusu pusu pergi kerja. So dinasihatkan agar beli tiket eurotrain tengahari ye kengkawan. At least tak kena tinggal nanti..hehe...

    Then kami pun naikla Eurotrain. Perjalanan ke Paris memakan masa lebih kurang 3 jam. Dapatla kami rehat sebentar dalam train tu melelapkan mata...


    Ber'whatsapp' di stesen St Pancras...



    Wefie sebelum menaiki Eurotrain...



    Inilah coach Eurotrain kami...


    Setelah beberapa ketika, kami pun sampaila ke Paris. Keluar sahaja daripada stesen keretapi, kami berjalan menuju ke arah kiri sehingga berjumpa jalan besar. Kemudian ke kanan menyusur jalan mencari Smart Stay Hotel Paris. Berdasarkan alamat yang diberikan, Alhamdulillah senang sahaja kami jumpa hotel tu.


    Tadaaa... duduk di lobi Smart Place Hotel Paris...


    Tidak menunggu masa yang lama, setelah check-in hotel dan letak barang, kami pun terus bersiap-siap untuk meronda kawasan Paris. Antara tempat yang menjadi pilihan kami adalah:
    • Grand Palais Museum 
    • Notre Dame Cathedral of Paris
    • Arc de Triomphe
    • Eiffel Tower
    Sebenarnya kalau nak naik train atau tube kat Paris ni kena beli tiket kat mesin jualan tiket dengan bayaran tertentu. Tapi disebabkan kami tak tau, maka dengan selambanya kami naik segala train dan tube kat sana tanpa bayar tiket. Mohon halal ye Encik Perancis... hehe

    So tempat persinggahan pertama kami adalah Grand Palais Museum. Bergambar saje... hehe...


    On da way ke Grand Palais Museum...



    Bergambar di depan piramid muzium Grand Palais...



    Piramid lagi... haha...



    Kak Tieha pakai baju Oxford yang baru dibelinya...


    Dan kami juga singgah ke Notre Dame Cathedral of Paris dan Arc de Triomphe untuk bergambar...


    Di depan Notre Dame Cathedral of Paris...


    Dan akhir sekali sebelum melangkah pulang, kami sempat singgah di Eiffel Tower yang menjadi kegilaan pasangan romeo dan juliet di seluruh dunia. Apa yang best kat sini? Datang dan rasainya sendiri...


    Bergambar di jambatan menuju ke Eiffel Tower...



    Betul-betul di bawah Eiffel Tower...



    Pemandangan Eiffel Tower di malam hari...


    Hari kelima berakhir dengan tenang. Kami tidur pun dengan aman damai...
     
    Day 6 - 29/04/2015
     
    Hari keenam bermula dengan semangat berkobar-kobar untuk berjalan-jalan di Kota Paris melihat awek-awek Paris yang cun melecun... haha gatai nooo...
     
    So setelah breakfast, kami pun bersiap untuk check-out dan ke Paris City. Beg kami semua simpan di hotel tersebut sebab free je. So dengan hanya berjalan kaki kami pun menapak dengan gagahnya sebab bandar dia dekat je...
     
    Singgah sana singgah sini untuk beli cenderahati dan baju. Kami pun menapak la ke mall yang ada kat sana untuk ber'shopping' untuk kesekian kalinya...


    Rehat sebentar merehatkan kaki yang penat...


    Di dalam Galeries La Fayette Mall ni, kami pun singgah ke kedai yang menjual French Macaroon. Memang sedap tapi manis sikit la. Untuk try sikit-sikit tu okay tapi kalau nak makan selalu tu tak digalakkan sebab manis.


    Kedai menjual French Macaroon... 


     


    On da way balik ke hotel nak ambik beg...


    Da settle beli belah pusing sana pusing sini, kami pun terus balik ke hotel untuk ambik beg dan terus kembali ke stesen Gar Du Nord, menaiki Thalys Train untuk ke Amsterdam.
     
    Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam juga untuk ke Amsterdam. Sesampai sahaja di stesen Amsterdam Airport, kami simpan beg kami di tempat luggage yang disediakan. Instead if bawa beg berbondong-bondong, kami just bawa sedikit sahaja pakaian dan alatan peribadi untuk memudahkan kami meneruskan perjalanan ke Brussels.
     
    Da siap simpan barang sumer, kami pun ambik tren ke stesen Amsterdam Sloterdijk. Keluar sahaja daripada stesen tu, kami berjalan sedikit dan ternampak iDBus yang akan membawa kami ke Brussels.
     
    Dalam iDBus tu sumer kepenatan. Tertidur sampaila kami tiba di Brussels. Bas menurunkan kami di tepi jalan. Suasana sudah gelap, sejuk dan memang mencabar. Kami pun dengan gigihnya buka peta untuk mencari backpacker hostel yang kami tempah. Dalam lebih kurang sejam mencari tak jumpa jumpa, kami pun singgah di satu kedai arab ni untuk dinner. Lapaq woo...
     
    Da siap bungkus kami pun menapak lebih kurang 10 minit dan akhirnya jumpala hostel yang dicari. Legaa.. Kami pun makan dan tidur dalam senyum...


    You Might Also Like

    2 comments

    1. Anonymous23/7/15

      best nyeeee jejalan... untung llaahh abam sado. =P

      ReplyDelete
      Replies
      1. Mesti.. jauh perjalanan luas pemandangan.. ;D

        Delete

    Komen anda:

    Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

    Featured Post

    Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

    Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

    Disable text selection (prevent copy and paste)