Cara Mengurangkan Lemak Badan Dalam 2 Minggu!

11:18 AM

As salam dan selamat sejahtera kawan2...

Wah, sudah lama blog ni tak bercerita. Ada dekat 5 bulan jugakla.. Maafla kawan2 sekalian, busy sket dengan kerjanya, dengan travelnya, dengan aktivitinya, macam2 lagi la..

Untuk entri kali ni, aku ingin share serba sedikit tentang cara senaman ringkas yang sure boleh mengurangkan kadar lemak di badan (untuk diet nanti akan diceritakan dalam entri berikutnya). Ini pun kalau korang betul2 disiplin dan ada motivasi untuk kurus lerr. Hehee..

Okay, teruskan membaca...



Pengenalan:

1. Ada 2 perkataan yang aku akan selalu guna dalam entri ini iaitu glikogen dan lemak (nak kasi senang faham).

2. Nak kurus kena bakar lemak, bukan bakar glikogen.

3. Glikogen datangnya dari nutrisi yang kita makan, dan lebihan glikogen akan menjadi lemak tepu yang bertepek kat tisu adipos anda (di perut, peha dan sbgnya).

Aktiviti:

Disclaimer: Ni contoh untuk orang yang bekerja, kena bertolak dari rumah pukul 7 pg macam aku. Bagi yang student dan laen2, anda boleh ubah sedikit timing yang dinyatakan dalam entri ni ok ikut kesesuaian masing2.

1. Bangun seawal pukul 6 pagi dan terus sahaja minum segelas air masak (sebelum gosok gigi)



2. Ambik masa selama 10-15 minit untuk lari2 anak (jogging) di sekitar kawasan rumah


3. Lepas itu, balik mandi, bersiap, sarapan (nutrisi seimbang) dan pergi kerja

4. Lunch sekadar perlu (nutrisi seimbang)

5. Lepas waktu kerja, boleh la jogging atau guna treadmill (kardio) untuk membakar lemak tepu

6. Selesai bersenam, makan sedikit sebagai makan malam (nutrisi seimbang)

7. Mandi, bersiap, melakukan aktiviti keluarga dan dapatkan rehat yang secukupnya


8. Ulang langkah 1-7 selama 2 minggu, insyaallah anda akan merasa perubahan yang ketara



Pantang Larang:


1. Kurangkan atau elak terus dari makan nasi/beras/pulut kerana nasi tergolong dalam kelas karbohidrat yang susah untuk dipecahkan menjadi tenaga, tapi sangat senang menjadi lemak kalau tidak digunakan.

2. Kurangkan/elak dari terlebih manis, masin, pedas dan minyak dalam makanan.


Ulasan Terperinci:

1. Tujuan minum air masak setelah bangun tidur (dan sebelum gosok gigi) adalah untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

2. Makanan mestilah mengikut nutrisi yang seimbang untuk mengurangkan lebihan glikogen menjadi lemak.

3. Sebagai contoh kiraan:
  • Kadar lemak dalam badan = 10,000g 
  • Kadar glikogen semasa bangun tidur = 0g
  • Semasa bersenam pagi, badan akan bakar lemak sebanyak 200g 
  • Maka kadar lemak menjadi 9,800g 
  • Selepas sarapan pagi, kadar glikogen menjadi = 400g 
  • Glikogen akan digunakan semasa bekerja sampai lunch time 
  • Masa lunch, kadar glikogen = 0g, lemak 9,800g 
  • Selepas lunch, kadar glikogen naik jadi = 400g 
  • Glikogen digunakan sehingga habis sampai waktu bersukan pada waktu petang. 
  • Maka, semasa senaman petang, badan akan membakar lemak sebab glikogen sudah habis digunakan. 
  • Senang cerita, dalam sehari badan akan membakar lemak sebanyak 200-600g 
  • Disiplinkan diri, insyaallah hasilnya memuaskan.
Anda juga boleh menggunakan supplemen membakar lemak yang dapat membantu mempercepatkan proses penukaran lemak kepada tenaga. Klik sini untuk lebih info.

Supplement yang boleh membantu dalam proses membakar lemak... 


Untuk cara melakukan senaman membakar lemak yang berkesan, aku akan ceritakan dalam entri kardio ok.. Teruskan mencuba..

You Might Also Like

0 comments

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)