Percutian Raja Eyrie ke Eropah, Spring 2015 (London @ United Kingdom)

1:21 PM



Raja Eyrie's Other Travelogs...


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Malaysia! Wah setelah lama balik bercuti daripada Eropah (bulan April 2015) baru sekarang saya dapat tulis travelog "Cuti Cuti Eropah" ni.. Pengembaraan di bumi Eropah bermula pada 23/04/2015 - 04/05/2015 (12 hari) pada musim bunga (spring).

Almaklumla busy sket. Saya bukannya full time travel pun. Ada kerja juga nak buat utk sara anak bini.. cewah (walaupun masa ni masih belum kawen..hehe).

So without further a due, saya macam biasa akan perkenalkan musim di Eropah terlebih dahulu... 

Musim di Eropah:
  • Musim panas (summer): Jun-September 
  • Musim luruh (autumn): September-Disember 
  • Musim sejuk (winter): Disember-Mac 
  • Musim bunga (spring): Mac-Jun

Okay settle perkenalkan musim apa dan bulan berapa. Now kita cerita pasal preparation yang saya dan rakan-rakan buat sebelum kami flyyyy..

Firstly, kenala book tiket kapal terbang untuk terbang ke Eropah. So, pada bulan November 2014, kami pun mula la survey harga tiket kat MAS, Etihad Airways, Qatar Airways, British Airlines dan lain-lain.. Cari punya cari tanya orang cari bawah katil (okay tu overr...), akhirnya kami decide nak beli tiket Malaysia Airlines dengan satu travel agency ni, iaitu Sedunia Travel.

Alhamdulillah bila kami beli tu masih harga promosi, RM2,200.00 (return ticket) sahaja harga tiket dari KLIA-Heatrow, dan balik dari Amsterdam-KLIA. Murah la juga sebab naik Airbus Malaysia Airlines, MH004. Tapi agak risau sikit bila teringatkan tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tu.. #alfatihah

Okay, bila da settle beli tiket flight, so semua orang da tak boleh cancel da.. kalau cancel juga, silalah tanggung kerugian. Then masing-masing mula bukak calendar kerja masing-masing dan sibuk apply cuti siap-siap.. Kang boss marah..heee..

Now, we move on to list of barang-barang yang saya sarankan untuk bawak semasa travel kat Eropah time musim bunga. Keadaan cuaca yang sejuk dan kering di sana dengan anggaran suhu 6-18 darjah celcius memerlukan anda untuk buat persediaan sebaik mungkin. Walaupun tidak sesejuk musim sejuk, tapi still sejuk di malam hari. Bersedia sebelum kena.. hehe..

Senarai barang yang dibawa (tidak terhad kepada):
 
FOREX as at 22/04/2015
Euro1.00 = RM3.99
GBP1.00 = RM5.49

Okay mari kita sambung cerita...

Pejam celik pejam celik, hari yang dinantikan pun tiba. Berdebar-debar pula rasa. bagi kengkawan lain yang masih lagi belum dapat kelulusan boss untuk cuti lagi la cuak.. hehe.. Last-last semua confirm dapat pergi. #alhamdulillah

Berpagi-pagian pada 23/04/2015 (Khamis), saya berangkat daripada Shah Alam ke KLIA. Flight kami pukul 10.20 pagi waktu tempatan dan kami dikehendaki untuk berada di kawasan check-in back pada pukul 7.30 pagi sebab dijangka akan ramai orang beratur untuk drop luggage.

Tapi macam biasa saya nak perkenalkan geng-geng travel untuk kali ni. Mostly muka yang sama tapi ada penambahan ahli baru yang mantap, iaitu Apit seperti gambar di bawah.
 

Geng Kembara London Raja Eyrie...


Sesampai je KLIA, pergh.. masih awal.. haha.. baru pukul 6.30 pagi. Disebabkan masih awal, saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata sebentar di kerusi-kerusi yang ada kat KLIA tu. Jadila gelandangan kejap..Zzz Zzz

Bila kengkawan sumer da datang, barula kami berkumpul dan terus ke kaunter drop luggage. Tengah syok-syok sembang, tetiba Kak Bard gitau.. cer tengok sana.. Emma Maembong lerr.. Sekali tengok.. Iyela.. Emma nak ke London juga.. hihi.. Satu flight dengan kitorang lak tu. Tapi tak sempat pun nak bergambar dengan dia. Dikelilingi kengkawan bodyguard dia yang ramai..


Testing wefie di KLIA...


Da settle check in luggage kitorang yang tak berapa nak banyak lagi ni (jangan percaya), kami pun singgah jap ke Old Town White Coffee untuk makan nasi lemak dia yang tak berapa nak murah tu. Sedang syok-syok makan, tetiba Emma dan konco-konco nya ambik meja sebelah kitorang.. haha.. rezeki pagi..


Tiket penerbangan ke London...


Da kenyang makan, kami pun terus ke Gate C17 untuk boarding. Setelah seketika menunggu, kami pun dibenarkan untuk masuk ke perut pesawat Airbus MH004 yang besar botingkek tingkek tu.

Kami ambik seat sebelah menyebelah. So chances untuk berkenalan dengan penumpang lain tu agak tipis.. hihi. masa ni boleh da nak keluarkan travel pillow anda untuk tido.. maka dengan ini, bermulalah kisah pengembaraan kami ke Eropah. Perjalanan ke Heathrow dijangka mengambil masa 12 jam. Penat weh... 

Day 1 - 24/04/2015

[EuroTrip bermula di London]

Setelah bersakit pinggang kat dalam Airbus tu, kami pun tiba di lapangan terbang Heathrow, London tanpa ada masalah.. #alhamdulillah 

Setelah keluar daripada airport, kami terus ambik jalan ke underground train (tube). Keadaan underground train kat London ni tak dela gempak mana sebab kelihatan seperti KTM Komuter yang old school je. Tapi takpe, masih awal lagiii.. hehe

Then kami beli Oyster Card dengan harga GBP20. Oyster Card ni macam kad Touch N' Go yang kita selalu guna. Kegunaan dia mostly untuk access pengangkutan awam kat London. Tidak lupa juga untuk mengambil local map sebagai rujukan.


Sampai sudah kami di Heathrow Airport...


Daripada stesen Heathrow Terminal, kami naik train dan turun di stesen Piccadilly Circus. Daripada stesen Piccadilly Circus, kami tukar tube ke laluan Bakerloo dan terus sahaja ke stesen Edgware Road.

Sekarang masa untuk kami mencari apartment yang kami sewa daripada Kak Umi. Siapakah dia? Nantikannn.. hehe..

Setelah sampai ke stesen Edgware Road, kami meneruskan pengembaraan ke Church Street untuk mencari Blackwater Court Apartment. Kedengaran menyeramkan tapi sebenarnya kawasan tu sangat aman damai sebab kat situ adalah kawasan perumahan orang-orang Islam yang datang dari bermacam-macam negara termasuklah Malaysia. Bila jalan sikit jumpa orang Malaysia.. Da rasa macam kat negara sendiri da.. hehe

Setelah berjalan selama lebih kurang 10 minit, kami pun tiba di apartment tu. Setelah selesai proses check-in, kami pun mengambil keputusan untuk rehat sebentar menghilangkan penat. Sambil-sambil tu, ada yang ambik kesempatan makan jajan yang di bawa.. Lapar katanya...

Malam pun tiba. Perut pun berbunyi-bunyi menandakan minta diisi. kami pun ambik tube dari Edgware Road ke Paddington. Setelah sampai di stesen Paddington, kami ambik Circle Line ke stesen Bays Water. Gunakan map sebagai rujukan.

Setelah sampai, kami pun berjalan kaki untuk mencari Taza kebab House. Kedai ni jual kebab yang sedap dan berpatutan. Yang penting halal sebab pemilik dia orang Turki. Tapi da lama bermastautin kat London, so diorang punya English accent British woo.. hehe.. saya order Lamb Shawarma dengan harga GBP4.5 satu set dengan air tin. Murah kan berbanding Malaysia?

Sambil makan kebab sambil tengok gelagat orang British. Daripada 10 orang yang lalu, hanya 3 orang sahaja orang British. Yang lain nampak macam Italian, Indian, Turkish dan even Indonesian pun ada. Ramai sangat foreigner kat London ni.


Dinner malam pertama... kebabsss... 

 

Di stesen Paddington, London...


Da siap makan, perut pun da kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Malaysian Hall. Dulu asalnya kami nak book bilik kat sini, tapi da penuh. Kalau korang nak stay sini, kena book at least 6 bulan awal tau. Sebab Malaysian memang suka tinggal sini. Harganya agak murah (tak ingat rate dia) tapi peraturan ketat sikit la kat sana. Tak boleh masak dan sebagainya.

Kalau korang nak buat booking, boleh ke website Malaysian Hall ye.


Wefie di depan Malaysian Hall, London...


Setelah puas berselfie berwefie bagai, posing sana sini depan Malaysian Hall tu, kami pun ambik tube untuk pulang semula ke Blackwater Court Apartment. Malam pertama di London yang indah permai. Masa untuk tidur merehatkan badan untuk perjalanan seterusnya...

Day 2 - 25/04/2015

Dan bermulalah hari kedua kami berada di London. Masa untuk pusing pusing kawasan London yang digemari orang Malaysia. Jalan sikit jumpa orang Melayu.. Jalan sikit jumpa orang Indonesia. Jalan sikit lagi kena sapa dengan Chinese people yang cakap melayu (orang Malaysia litteww...)

Then dengan berbekalkan Oyster Card yang masih berbaki GBP7.30, kami pun meneruskan perjalanan untuk meronda kawasan yang menjadi perhatian ramai seperti Big Ben, Primark dan sebagainya. Menurut penjaga kauter, maksimum penggunaan Oyster Card sehari adalah GBP6.40 sehari. So lebih daripada tu, FREE!!! Naik la tube sepuas puasnya.. Kalau kat Malaysia bleh bankrap naik tren tak henti-henti.. hehe..

Dengan menaiki tube di stesen Paddington, kami turun di Westminster. Sesampai je di stesen Westminster, kami keluar dari kawasan stesen dan terus saja terlihat Big Ben di depan mata. Besaq habaq hang.

Untuk pengetahuan semua, Big Ben ni berdekatan sahaja dengan The Parliament. Masa kami sampai tu masih awal pagi, dan keadaan cuaca masih hujan. So kami sempat ambik gambar view dari kawasan stesen tube sahaja. Masa ni kami lihat ramai pegawai kerajaan yang datang ke Parliament naik chopper!! Tipu je la.. diorang sumer datang naik tube je. Low profile.. Steady je mingle around dengan rakyat jelata dalam tube. #respect

Disebabkan hujan masih belum berhenti, kami membuat keputusan untuk terus ke Primark. Tempat paling syok katanya nak shopping. Dari stesen Westminster kami naik tube ke Notting Hill Gate dan terus ambik stesen Marble Arc. Tadaaaa.. Sampai sudah ke Oxford Street di mana terletaknya tempat shopping paling femes iaitu Primark.

Shopping...shopping and shopping...


Primark... syurga untuk kaki shopping...


Pusing pusing di kawasan Primark membeli belah sampai tak cukup tangan. Tu diaaa.. Kalau bawak seribu habis seribu.. hehe...


Muka separuh puas shopping...


Da settle shopping di Primark, kitorang terus pusing pusing kat kawasan Oxford Street tu. Sedang berjalan secara riang ria di sana, kami singgah di satu kiosk jual kacang karamel. Sedappp.. GBP2 sahaja satu cawan...


Kacang Madu Karamel yang sedap... jangan tak cuba...


Sambil sambil menunggu ada insan yang masih shopping, kami makan kacang.. nyamm dapnyer.. Selang beberapa ketika, seorang lagi kawan kami, Adhim pun tiba... Sebagai pengenalan, Encik Adhim kita yang kacak ni bekerja kat Rolls-Royce Derby. So elok plak time weekend ni dia free. So dia pun dengan rela hatinya meng'offer' dirinya nak jadi tourist guide kitorang. Yezza.. Pengembaraan London menjadi semakin menarik...

Perjalanan diteruskan lagi... Nak repeat semula Big Ben dan Parliament. Cuaca da kembali cerah dan kami ambik tube ke stesen Westminster sekali lagi.

Nah, kali ni baru syok nak bergambar dengan Big Ben, Marble Arc dan Parliament. Bergambar sakan nooo.. Bukan senang nak datang sini. Sekali sekala.. maka bergambarlah sepuasnya.. hehehe


Menunggu diorang habis shopping... 

 

Di stesen tube... penat tapi masih semangat... 

 

The Big Ben... 

 

Poyo sebentar di depan Marble Arc... 

 

Masih lagi di kawasan Marble Arc... 

 

Lagi lagi depan Marble Arc... Beautiful scenery...


 

Banyak burung merpati jinak di kawasan Marble Arc ni...


 

Pemandangan Big Ben daripada jambatan...


 

Di kawasan London Bridge...


Daaa settle pusing Big Ben dan sekitar, kami plan nak melawat London Tower. Untuk mempercepatkan perjalanan, kami ambik tube ke Town Hill. Sampai di sana, kami pusing pusing tanya orang camne nak ke London Tower.

Dengan bantuan orang sekeliling, maka sampailah kami di London Tower.. Macam biasa.. ambik gambar dulu... lompat lompat dulu...


Depan London Tower... Penat da ni gayanya...


Hari sudah beransur gelap. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Masa ni siang dia panjang sebab musim bunga kan. Disebabkan kaki da macam nak patah sebab berjalan dari pagi sampai petang, kami pun decide nak naik bas sahaja. Sesampai di stesen tube berdekatan, kami ambik tube dan balik semula ke Edgware Road.

Da sampai hotel, kami pun berehat yakni mandi, makan, solat dan tidur. Perjalanan di Kota London akan diteruskan lagi keesokan harinya...

Day 3 - 26/04/2015

Bangun pagi pagi gosok gigi... Eh kompem la kena gosok gigi kan... hehe... Ingat tau, pagi kat sini dalam musim spring memang lerr sejuk. Mengigil gak nak mandi. Nasib baikla ada water heater. Syok sikit mandi..

Da settle mandi, geng pompuan decide nak p Primark lagi sekali, geng lelaki lelaki kacak iaitu saya sendiri, Adhim, Azhar dan Apit decide nak gerak Greenwich dan Brighton Beach. Nak jumpa Faiz Dickie katanya...

Kami berempat pun meneruskan pengembaraan kami menuju ke stesen Edgware Road dan topup oyster card kami GBP10. Hopefully cukupla untuk hari ni.

So then kitorang naik tube ke Baker Street dan transit ke stesen Canary Wharf. After that kami keluar dari stesen Canary Wharf dan berjalan ke arah stesen Lewisham dan turun kat stesen Cutty Sark.

Sesampainya kami di stesen Cutty Sark, dengan bantuan Google Maps Encik Adhim kita ni, kami meneruskan perjalanan ke arah kawasan Greenwich. Amatlah berguna Google Maps ni sebab boleh bantu kami cari shortcut ke sana.


Bergambar di kawasan penggambaran cerita Iron Man...


Sepanjang perjalanan kami ke kawasan Greenwich, kami sempat bergambar bersama brader brader polis yang tinggi dan sporting. Diorang juga tunjukkan kami jalan shortcut nak ke kawasan Zero Hour, tempat di mana bermulanya waktu dunia.


Brader polis yang sangat peramah dan very helpful...


Masa kami tengah jalan tu, ada pula program marathon kat sana. Nak lintas jalan pun payah sebab kawasan Zero Hour tu terletak di seberang jalan. Nak tak nak kami gamble habis cross orang orang tengah marathon tu. Buat muka selamba.. Bukan diorang kenal pun.. muehehee...


Ni lah dia kawasan marathon... terpaksa kamikaze nak cross diorang...


Da siap lintas jalan, kami pun terus berlari ke arah kawasan Zero Hour. Tercungap-cungap berlari ke atas. Memang semput sebab kitorang tengah kejar masa untuk ke Brighton Beach pula sebab Konsert Faizal Tahir (jemputan Faiz Dickie) akan start around 2 petang.


Pendakian ke kawasan Zero Hour... 

 

Di depan Royal Observatory Greenwich... 

 

Berada di garisan pemisah timur dan barat...


Ingat nak masuk ke dalam tapi kena bayar. Lupa pula berapa harga. So kami decide nak ambik gambar di luar sahaja. At least ada kenangan yang kami penah sampai ke Greenwich.. hehe...

Then da settle, kami pun meneruskan perjalanan ke Brighton Beach. Kami berjalan ke arah National Rail, beli tiket ke London Bridge dan terus ke Brighton. Kalau tak sure boleh tanya penjaga kaunter. Don't worry sebab mat salleh ni mostly sangat peramah.

Sesampainya kami di Brighton, kami pun sekali lagi menggunakan khidmat Google Maps via Encik Adhim yang kacak untuk mencari Komedia, tempat di mana berlangsungnya Brighton Malaysia Festival 2015, anjuran pelajar-pelajar Malaysia yang study di University of Brighton dan juga University of Sussex.

Jalan punya jalan akhirnya sampaila kami di tempat yang dituju. Untuk masuk ke dalam, kami dikenakan bayaran sebanyak GBP2 sahaja untuk seorang. Murah kan? Sebab diorang ni Malaysia Student Body, so senang dapat dana from our government. Tu yang murah. hehe..

Masuk je dalam tetiba nampak ada orang astro tengah interview sorang mamat mana entah dalam keadaan suram. Sekali mamat tu adalah Faizal Tahir. Tapi kitorang memang da tahu artis jemputan adalah Faizal Tahir coz kitorang usyar kat instagran Faiz Dickie. Tu yang tau aturcara dia semua..

Selesai bergambar dengan Faizal Tahir, kami pun masuk ke dalam sebab acara da start. Dimulai dengan sembang santai oleh student, ada buat lawak sikit-sikit dan akhirnya Faizal Tahir dijemput untuk menyanyi. Syok habisla..

Kami dihidangkan dengan pizza dan minuman ringan sepanjang aturcara. Okayla kan.. dengan GBP2 dapat jumpa Faizal Tahir, Faiz Dickie dan juga dapat makan.. Rezeki kitorang nampak gayanya.. hehehe...
 

Memperkenalkan... Faiz Dickie... 

 

Suasana Brighton Malaysia Festival 2015... 

 

Faizal Tahir masih jetlag... Ada ke tertidur masa bergambar...


Da settle bergambar, perut pun da kenyang, kami pun keluar dari Komedia dan berjalan santai di tepian Brighton Beach. Ambik angin, jalan-jalan cuci mata sampai penat. Asalnya kami nak ke Primark kat Brighton Dome tu, tapi sekali pergi tutup daa... Tak de rezeki nak shopping kat sana..


Bersiar santai di Brighton Beach... 

 

Nampak tak apa kat belakang kami?


Masa on da way balik tu kami melalui kawasan The Royal Pavilion. Saje singgah singgah ambik gambar alang-alang da datang kan...


Tourist yang friendly nak join bergambar sekali... 

 

Burung merpati yang suka 'pow' makanan kami...


Da settle bergambar sumer, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Kota London. Penat da seharian berjalan berkejaran...

Day 4 - 27/04/2015

Hari keempat pun bermula. Masih lagi di Kota London. Memang best sebenarnya kat Kota London ni. Sebab penduduknya berbilang kaum. Ramai Malaysian, Arabian, Mexican... Boleh dikatakan 60% penduduk Kota London adalah orang luar.

So hari ni plan kami adalah Oxford Tours by GOLDEN TOURS Gray Line di mana kami akan dibawa melawat beberapa tempat menarik antaranya:
  • Warwick Castle 
  • Stratford (Shakespeare Village)
  • Oxford University

Tepat pukul 7.15 pagi, kami pun menunggu Oxford Tour Bus datang jemput kitorang depan Hilton Hotel. Perjalanan pertama adalah melawat Warwick Castle. Untuk sejarah tempat ni, anda boleh baca di SINI.


Wefie kat lobi Hilton Hotel...

 

Peta kawasan Warwick Castle... 

 

Ni kawasan perumahan di Warwick Castle... 

 

Bergambar bersama staff coffee shop...


Da settle melawat Warwick Castle, kami pun meneruskan perjalanan ke Stratford di mana terletaknya kampung halaman penyair British yang terkenal, Shakespeare. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shakespeare Village ni, anda juga boleh ke SINI.


Singgah minum kopi sebentar di Shakespeare Village... 

 

Ada gaya Shakespeare tak? 

 

Wefie saje...


Da settle bergambar sakan kat Shakespeare Village, kami pun meneruskan lagi perjalanan kami ke destinasi terakhir untuk Oxford Tours kami ni iaitu Oxford University. Tempat di mana budak-budak genius belajar dan juga menjadi tempat penggambaran cerita Harry Potter. Saksikannn.. hehehe...


Di Oxford University... 

 

Mr Tobby, tourist guide kitorang... 

 

Pinjam basikal student Oxford... 

 

Depan pintu kuliah...


Dan berakhirlah sudah pengembaraan kami pada hari keempat di Kota London. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 5 petang.

Wah masih awal... maka kami meneruskan perjalanan menapak ke Oxford Street nak shopping di Primark sampaila malam.. Then baru kami balik ke hotel untuk beristeri.. eh silap.. untuk beristirehat... peace!

Malam terakhir kami di Kota London. Esok kami akan ke Paris pula. Gonna miss this place!

You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum...
    Terima kasih share bercuti ke London..tetiba rasa jelly pulak. Boleh saya minta iti...

    ReplyDelete
  2. Boleh minta itenarary. Ni emel sy naimleha88@gmail.com
    Tq yea ;)

    ReplyDelete
  3. Boleh minta itenarary. Ni emel sy naimleha88@gmail.com
    Tq yea ;)

    ReplyDelete
  4. Boleh minta itenarary. Ni emel sy naimleha88@gmail.com
    Tq yea ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email saya.. rajaeyrie@gmail.com

      Delete
  5. Salam bkenalan drp kami makan angin London@Makan Angin Shopper

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Makan Angin Shopper
    https://m.facebook.com/ukpersonalshopper
    Instagram: makananginshopper
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete

Komen anda:

Powered by Raja Eyrie. Powered by Blogger.

Featured Post

Kontraktor Rumah Penipu, Scammer Dan Mesti Di Ban Orang Malaysia

Hati-hati dengan kontraktor rumah tidak berdaftar! Di bawah adalah list kontraktor rumah yang giat menipu dan melarikan duit pemilik-pemilik...

Disable text selection (prevent copy and paste)